Thursday, April 30, 2009

SELESAI SUDAH MENJAWAB SOALAN FALSAFAH

sekarang ni memeng tengah musim exam kat UKM..Aku lah salah seorang student yg terkena demam exam ni huhuuu....macam ku katakan selesai sudah aku menjawab soklan pengantar falsafah...memang penin pala menjawab persoalan falsafah n bertambah lg la penin pala ku ini nk membaca n memahaminya.....

tapi syukur Alhamdulillah aku bolh plak menjawab dengan lancar myb ni semua berkat study group yg kita org tubuhkan.....thnks semua geng study group aku yg memberi sumbangan idea masing2 supaya persoalan yg fenin bila kita discus dah jadi x fenin kan heheeee.....moga kita semua beroleh kejayaan di dunia n akhirat......

ok kat bawah ni aku cba nk bg somthing tentang pengaruh agama ke atas moral manusia dari pandangan falsafah etika...kalo dh bca soklan pun fenin kan tmbahan plak nk kna wat tugasan ni..memnag mencabar bila aku n 2 lg member aku yg len kna wat tjuk ni n masa present memang kna hentam teruk la dgn prof....huhuhuu memnag sedih la masa tu....biasa la kan kita org girl mesti la emo skit hehheee....

tp pape pun thnks Prof coz dr teguran la kami cba mncari bhn bacaan yg lebih bnyk utk nk membetulkan kekurangan yg terdapat dalam esei kita org huhuuu....n mstilah berjaya kan.....usaha kan tangga kejayaaan.....

be4 tu biar ana terang dulu apa itu falsafah etika....mcm pro la plak kan hehhee...x pa belajar kalo salh tolg tunjukkan taw.....

Falsafah Etika

Falsafah etika adalah gabungan daripada perkataan falsafah dan etika. Perkataan etika berasal daripada perkataan Greek iaitu ethos yang bermaksud karektor, perangai, ataupun sikap. Manakala dari segi istilah pula, etika bermaksud sebagai satu kajian bersifat falsafah terhadap moral iaitu mengkaji tentang moral dan tingkah laku manusia terutamanya dalam konteks hubungan manusia sama ada melibatkan perihal peribadi, sosial, atau politik yang mana akan dinilai dalam bentuk baik atau buruk.

Etika adalah teori tentang kelakuan yang betul dan menjalani kehidupan yang baik. Dalam erti kata lain, etika adalah mangenai kehidupan yang baik, iaitu tentang apa yang lebih baik dan apa yang lebih buruk. Prinsip tingkah laku manusia ini akan dijustifikasikan secara rasional berdasarkan akal. Etika menurut perspektif ahli falsafah Yunani adalah pencapaian kehidupan yang baik serta mengkaji hakikat atau istilah perbuatan seperti hikmah, baik cinta dan sebagainya.

Secara keseluruhannya, boleh disimpulkan falsafah etika adalah satu bidang yang mengkaji tentang tingkah- laku dan moraliti manusia. Falsafah etika juga merupakan satu kajian secara formal ke atas standard moral atau kelakuan manusia dalam masyarakat. Kajian mengenai falsafah etika ini juga adalah untuk mengetahui sejauhmana unsur- unsur moral yang tersemai dalam masyarakat dan bagaimana ianya membentuk budaya kelakuan seseorang itu.

Memandangkan kehidupan manusia sentiasa memerlukan peraturan- peraturan dan juga penilaian dalam membuat keputusan, ,maka falsafah etika berperanan dalam mengisi keperluan ini. Dalam erti kata lain, falsafah etika menghubungkan antara tingkah laku individu dengan akal. Penilaian terhadap kepercayaan, perasaan atau tindakan seseorang adalah bergantung sejauh mana ia gagal atau berjaya memberikan respon melalui akalnya



No comments: