Thursday, April 30, 2009

SELESAI SUDAH MENJAWAB SOALAN FALSAFAH

sekarang ni memeng tengah musim exam kat UKM..Aku lah salah seorang student yg terkena demam exam ni huhuuu....macam ku katakan selesai sudah aku menjawab soklan pengantar falsafah...memang penin pala menjawab persoalan falsafah n bertambah lg la penin pala ku ini nk membaca n memahaminya.....

tapi syukur Alhamdulillah aku bolh plak menjawab dengan lancar myb ni semua berkat study group yg kita org tubuhkan.....thnks semua geng study group aku yg memberi sumbangan idea masing2 supaya persoalan yg fenin bila kita discus dah jadi x fenin kan heheeee.....moga kita semua beroleh kejayaan di dunia n akhirat......

ok kat bawah ni aku cba nk bg somthing tentang pengaruh agama ke atas moral manusia dari pandangan falsafah etika...kalo dh bca soklan pun fenin kan tmbahan plak nk kna wat tugasan ni..memnag mencabar bila aku n 2 lg member aku yg len kna wat tjuk ni n masa present memang kna hentam teruk la dgn prof....huhuhuu memnag sedih la masa tu....biasa la kan kita org girl mesti la emo skit hehheee....

tp pape pun thnks Prof coz dr teguran la kami cba mncari bhn bacaan yg lebih bnyk utk nk membetulkan kekurangan yg terdapat dalam esei kita org huhuuu....n mstilah berjaya kan.....usaha kan tangga kejayaaan.....

be4 tu biar ana terang dulu apa itu falsafah etika....mcm pro la plak kan hehhee...x pa belajar kalo salh tolg tunjukkan taw.....

Falsafah Etika

Falsafah etika adalah gabungan daripada perkataan falsafah dan etika. Perkataan etika berasal daripada perkataan Greek iaitu ethos yang bermaksud karektor, perangai, ataupun sikap. Manakala dari segi istilah pula, etika bermaksud sebagai satu kajian bersifat falsafah terhadap moral iaitu mengkaji tentang moral dan tingkah laku manusia terutamanya dalam konteks hubungan manusia sama ada melibatkan perihal peribadi, sosial, atau politik yang mana akan dinilai dalam bentuk baik atau buruk.

Etika adalah teori tentang kelakuan yang betul dan menjalani kehidupan yang baik. Dalam erti kata lain, etika adalah mangenai kehidupan yang baik, iaitu tentang apa yang lebih baik dan apa yang lebih buruk. Prinsip tingkah laku manusia ini akan dijustifikasikan secara rasional berdasarkan akal. Etika menurut perspektif ahli falsafah Yunani adalah pencapaian kehidupan yang baik serta mengkaji hakikat atau istilah perbuatan seperti hikmah, baik cinta dan sebagainya.

Secara keseluruhannya, boleh disimpulkan falsafah etika adalah satu bidang yang mengkaji tentang tingkah- laku dan moraliti manusia. Falsafah etika juga merupakan satu kajian secara formal ke atas standard moral atau kelakuan manusia dalam masyarakat. Kajian mengenai falsafah etika ini juga adalah untuk mengetahui sejauhmana unsur- unsur moral yang tersemai dalam masyarakat dan bagaimana ianya membentuk budaya kelakuan seseorang itu.

Memandangkan kehidupan manusia sentiasa memerlukan peraturan- peraturan dan juga penilaian dalam membuat keputusan, ,maka falsafah etika berperanan dalam mengisi keperluan ini. Dalam erti kata lain, falsafah etika menghubungkan antara tingkah laku individu dengan akal. Penilaian terhadap kepercayaan, perasaan atau tindakan seseorang adalah bergantung sejauh mana ia gagal atau berjaya memberikan respon melalui akalnya



Tuesday, April 28, 2009

BERILAH AKU KEKUATAN

SUBHANALLAH.....syukur ke hadrat MU Ya A llah dengan limoah kurnianya ku masih dapat hidup dan bernafas di muka bumi Mu ni ya Allah...

sebenarnya dah lama la juga aku tidak mencoretkan pape dalam blog ni...dah dekat 2 mngu rasanya..tp entah la..aku sendiri pun dah buntu...biasa lakan minggu exam memang la macam tu hheeee demam exam la katakan...

seriously..ku rasakan petang ni aku dah x leh baca lg n kepala ku rasa berat sangat..n kalo ku baca pun msti dah x bolh nk masuk...so..teringat la plak kat blog kesayanganku ini yg memng x berapa lawa pun..coz aku x taw sangt nk update bg jd lawa cam blog org len hahahaa....tu la al kisah sebenarnya...huhuuhuu....xpa lepas exam abih ni aku akn cba cr cara cm na nk update blog ku ni bg jd cun cam blog org len....hahaaa just wait n see....

aku sebenarnya x sabo nak tunggu abih paper n aku nk balik kg...waaaa coz aku rindu bangat kat mak n ayah n family aku yg len....n tp aku blik ni pun ada mtlamatnya nk kna cari bahn utk tesis coz pejam celik tup2 aku dah nk masuk thn akhir thn 3 bln 7 ni...cepat kan masa berlalu....

masa memang sentiasa berlalu tp kita ni ja la sbg manusia yg kadang-kala leka wat smntara..n lps tu baru nk menyesal...betul x...hahhaa just panduan utk kesedaran aku sama....

ok lah dah xda idea nk coret apa lg...krn sememngnya aku hnya ingat kan exam ja n aku nk wat yg terbaik dan dpt good result....insyAllah n Aminnnnnnnnnnn

Wednesday, April 15, 2009

jahat kah aku..

tertanya aku sendirian mengapa aku bersikap macam ni...seperti yang telah ku katakan aku hanya lah manusia biasa x dapat lari dari perasaan marah, benci dan geram....
dalam setiap pergaulan mestilah ada batasnya...tapi mengapa aku harus hadapi semua ini...
aku memang x faham dengan orang zaman sekarang bila kita tidak buat mereka akan katakan kita sebagai seorang yang kolot....heeee x faham la aku dalam menghadapi situasi ini...sapa mereka yang nak menghukum aku...janji apa yg aku lakukan x salah di sisi agama...

aku betul2 sediah dengan sikap sahabatku yang tak taw nak menghargai perasaan aku..bukan aku mnta perhatian yg melampau dari mrk...tp entahlah bila susah bru nk cari x fahamnya aku...
biarla mereka buat kat aku macam ni krn Allah ada bersama- sama aku....

aku hanyalah insan biasa penuh dengan salah dan silap....

Wednesday, April 8, 2009

DI MANA SIKAP T'JWB MEREKA SBG PELAJAR...

SALAM....aku memang betul2 benci dengan manusia yg x bertanggungjawab n aku bnci dgn mereka yang hipokrit....aku taw sifat ku ini salah di sisi Allah...Tp aku hnya insan biasa x lari dr perasaan bnci, meluat dan geram............

Arghhhhhhhhhhh...napa la semua ni terjadi...kenapa dia orang yang bergelar pelajar x bertanggungjawab n selalu ponteng klas..kemudian tidak jujur pada diri sndiri, pensyarah dan yg pling penting dia org ni x jujur pd Allah...mengapa harus berlaku penipuan jika sekali sekala n ada sebab tertentu myb bolh di maafkan...tp mrk telah menyusahkan kawan2....

jika mrk ada bnyk reja, tido lewat org lain pun bergelar pelajar jga n ada komitmen yg lain...knp dia org hanya pentingkan diri...bkn niat di hati aku nk jeles tp aku x ska dgn perangai dia org ni dan aku hnya melihat saja perkara mungkar ini terjadi di depan mata...bersalah kah aku Ya Allah..sedangkan aku tidak bersubahat dgn mereka...bntu lah aku ya Allah supaya aku tenang dan sabar dlm mengharungi dugaan yg mendatang...sesungguhnya aku menuntut ilmu adlh krnMU dan ingin mndpt keberkatan dan keredhaanMu......

jika mls datang kelas bersikap jujur la...jika da hal yg betul2 urgent ok la jga ni x...tanpa sebab n alasan yg kukuh mrk suka- hati je ponteng klas....argh mlas nk ulas lanjut....tmbh dosa den ado la...biarlah Allah melihat apa yg kalian lakukan....dan Biarlah ALLAH yg menentukannya...aku x mau mnnjd mnuasia yg bersubahat....nauzubilllah....mnta dijauhkan...Aminnnnnnnnnn

Sunday, April 5, 2009

renungan dan ingatan bersama...

aku benar2 tertarik dgn artikel yg tersiar dlm iluvislam...aku adlh salah seorg ahli iluv isla....
saja je aku copy n paste artikel ni kerana aku suka akan renungan yang ada dalamnya dan penuh penghayatan jika kita amati dengan teliti.....bukan bermakna aku anti couple.....sapa x mau disayangi dan menyayangi seseorang tapi biarlah apa yg ingin kita lakukan berlandaskan ajaran Allah....kerana setiap pa yg kita lakukan dicatit amlan kita......

aku juga ingin merasai di sayangi tp...aku hnya bersabar krn aku yakin akan mendapat jua apabila sudah smapai jodoh ku utk bersuami...itulah landsan yg sebaik- baiknya.....moga hidup ku dirahmati Aminnnnnnn......

Allah telah menentukan bahawa ada perkara tertentu yang menarik perhatian di antara lelaki dan wanita. Dan untuk itu, Allah juga yang mengatur bentuk hubungan yang perlu dilakukan, agar di antara mereka tidak timbul perkara-perkara yang tidak diingini. Walaupun demikian, ramai juga manusia yang melanggar batas-batas tersebut sehingga mereka tertunduk malu kerana keterlanjuran yang mereka lakukan. Lelaki yang tidak mampu mengawal dirinya daripada daya tarik yang ada pada wanita, pasti mudah untuk melakukan perkara-perkara yang menjadi larangan Allah Taala.

Apabila membicarakan tentang fitnah wanita, bukan bermakna wanita itu jahat dan sukakan keburukan. Tetapi apa yang dimaksudkan ialah keadaan mereka itu mampu menjadikan lelaki lupa daratan dan apabila usaha pencegahan tidak dilakukan, akan berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini. Ini sudah pasti apabila lelaki yang berkenaan tidak berhati-hati. Bagaikan binatang ternak yang memakan rumput berdekatan dengan padang larangan, adalah mudah bagi binatang itu memasuki kawasan tersebut.

Fitnah ini boleh berlaku dalam dua keadaan, iaitu sebelum kedua jenis ini berkahwin dan ketika atau selepas lelaki dan wanita ini bernikah. Sebelum bernikah, Islam menentukan adanya mahram dan yang bukan mahram. Antara lain, adalah untuk memudahkan manusia mengetahui orang yang dibolehkan mereka berhubung atau bergaul secara bebas dan yang tidak boleh berbuat demikian. Perlanggaran pada ketentuan ini akan mengakibatkan perkara mungkar yang berlaku. Kebiasaannya manusia melakukan sesuatu yang tidak baik secara berperingkat-peringkat sesuai dengan bentuk kemungkaran itu.

Bermula dari dosa kecil seperti melihat, bercakap-cakap (berdua-duaan), berpegangan dan bersentuhan kulit dan akhirnya melakukan dosa besar. Orang yang berzina sebenarnya tidak ada harganya di sisi Allah, kecualilah dia bertaubat. Mengatasi masalah zina tidak dapat diatasi hanya dengan menyediakan rumah-rumah kebajikan bagi mereka yang telah terlanjur. Apa yang utama ialah memberi kefahaman kepada mereka tentang panduan agama dalam masalah ini dan dalam masalah kehidupan yang lain.

Islam dalam masalah ini, memperuntukkan hukuman yang berat kepada penzina, kerana mereka telah bersungguh-sungguh untuk memulakannya. Setelah berkahwin pula, seorang suami kadangkala tidak berupaya memimpin dengan baik dan sempurna. Ketenangan yang sepatut dikecapi semasa bernikah, hanya menjadi impian kosong. Bernikah dengan wanita pilihan hati rupanya tidak seindah namanya. Sebabnya ialah proses dan matlamat perkahwinan tidak menjejaki apa yang telah digariskan oleh Allah.

Kecantikan yang menjadi dasar pilihan itu rupanya bagaikan memetik mawar yang berduri yang tidak ada wanginya yang harum. "Hai orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka. Dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." (At-Taghaabun : 14)

Keadaan ini sebenar bukan suatu yang merendah-rendahkan wanita. Andaikata mereka mendapat pendidikan yang baik serta memahami tuntutan agama dalam perkara-perkara yang dihadapi, mereka justeru menjadi pendorong yang digigih. Sesuai dengan kejadian mereka seumpama daripada tulang rusuk yang bengkuk, kepemimpinan yang baik daripada pihak lelaki akan mampu membawa mereka ke jalan yang lurus. Jika demikian gambaran keadaan fitnah yang dihadapi melalui wanita, tentu lebih hebat keadaannya bilamana wanita itu aktif dalam perkara-perkara sumbang.

Kalau dalam masjid dan dalam rumah tangga keadaan boleh menjadi tidak tenteram kerana kurang fahamnya wanita terhadap sesuatu, tentulah lebih mencabar jikalau keadan ini digiatkan bila berada di luar masjid dan rumahtangga. Rasulullah saw pernah memberi pesanan kepada para sahabat baginda yang selalu duduk-duduk ditepi jalan agar menjaga hak-hak jalan, iaitu menjaga pandangan, tidak mengganggu orang yang lalu, menjawab salam serta melakukan pencegahan maksiat. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Said al-Khudry).

Ini bermakna, setiap anggota masyarakat akan menerima akibatnya apabila suasana maksiat disuburkan khususnya melalui wanita-wanita jahat. Tercatit dalam sejarah Islam, bahawa ayat 1-2 Surah at-Tahrim turun disebabkan angkara isteri-isteri baginda. Ketika baginda habis meminum madu di rumah isteri baginda Saudah, dia berkata bahawa ada bau yang busuk. Begitu juga ketika baginda selesai meminum madu di rumah Aisyah, dia diberitahu bahawa ada bau yang busuk. Lalu Rasulullah saw kerana untuk menjaga hati isterinya telah berjanji untuk tidak meminum madu lagi.

Allah lalu menurunkan firman Nya : "Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah halalkan bagimu, kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri kamu?" (at-Tahrim : 1) Perlu ditegaskan bahawa fitnah wanita tidak selalunya datang dari arah wanita itu sendiri. Bahkan selalunya godaan nafsu dalamlah yang menjadi pendorong bagi lelaki untuk mendekati wanita dan melakukan maksiat. Oleh kerana itu, wanita atau isteri bukanlah musuh yang sebenarnya yang perlu dijauhi. Perlakuan yang berlaku adalah antara dua jenis ini adalah gambaran umum tentang bentuk perhubungan yang diwujudkan.

Apabila masing-masingnya memberi perhatian yang wajar untuk sama-sama membina kebahagiaan, maka mereka akan mengecapinya dengan sempurna. Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah saw bersabda : "Sesempurna iman seseorang ialah yang paling baik budi pekertinya,dan sebaik-baik kamu ialah yang terbaik pergaulannya terhadap isterinya." (Riwayat Tirmizi). Dan dalam sebuah hadis dari Abdullah bin Amru al-Ash, bahawa Rasulullah bersabda : "Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah." (Riwayat Muslim)

KEMALASAN DAN KESENGALAN....

this is the true story wat i want to write in this blog.....

first story.....berlaku apabla ada dua 3 org member aku yg kaki ponteng klas...dah korang nk ponteng je la tp masalah ska menyusah kan org tu yg wat aku bengang....dah taw diri malas rajin2 kanla....

ingt dia orang ja ka penat n banyak asgment org lain pun ada asgment n reja banyak juga tp dia orang yang berkenaan n sebagai hmba Allah yg x malu ni suka hati ja sruh org lain sain kehadiran utk dia org....

cuba korang fikir aku bukan jeles tp rasa sakit hati mna tgjwab dia org sebagai seorang pelajar...malas nk ulas panjang2 tkut tambah dosa jer....

BIARLA PE ORG NK KATA YG PENTING pe ku nak luahkan ni benar moga Allah bersama- sama dgn ku dan Allah lbih taw segala-galanya n agar Allah membalas ats pe perkara kebaikan dan keburukan yang kita lakukan....

story 2.....ni mslah aku yg satu lagi....ada seorg member aku ni....memang la dia sakit...aku faham dia sakit...tp kadang2 bila dia x sakit dia telah membuat kan aku rimas n menyampah...
suka tnya org soal yg remeh temeh...n kadang2 tu suka preasure org....aku dah mula naik muak n menyampah dgn perangai hamba Allah ni....biar la ku gelarkan dgn hamba Allah....aku taw x baik membenci seseorang coz kita semua makhluk ciptaan Allah n semua nya ada kelemahan masing2....tp skrg ni aku memang dah mula menyampah dengan perangai HMBA ALLAH NI....
YA ALLAH AMPUNILAH AKU KRN SIFAT KU INI TP KU HANYALAH INSAN BIASA X DPT LARI DR PERASAAN SEBEGINI.....AMPUNILAH AKU YA ALLAH.....

BUKIT FRASER...

SALAM...TIME AKU POS BLOG NI BARU JA SMPAI KOLEJ KUL 8.15 TD....

PENGALAMAN g Fraser Hill...tempat nya seronok tp myb disebabkn skrg ni berlakunya global warming so...bukit tu pun dah x sejuk sangat...

thanks to my auncle n aunti bcoz they bring to fraser hill....w/pun tmpat dia x bnyak bnda menarik atlis ku dh pernah smpai kt sana...bes la jga...tp skrg dh x sejuk sangat la....kita org g 2 family uncle jo n uncle rosman....

Frase Hill ok tp dah xda bnyak benda menarik la...ingt ada la buah strawberi ke, ladang teh, ladang sayur n ladang bunga tp xda pape..just...bnyk rumah lama tinggalan British DULU LA....

Ape pun aku dpt pglmn yg menarik....terima kasih ya Allah krn kau brikan aku keluarga yg sentiasa saling tolg menolong....n beri aku kesempatan utk melihat kenikmatan ciptaan MU SUBHANALLAH...

Saturday, April 4, 2009

Sejarah April Fool...

Menurut sejarah, April Fool mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam yang bertapak berkurun lamanya di Granada, Sepanyol yang ditawan oleh tentera Kristian.

Akibatnya, penduduk Islam terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera Kristian ternyata tidak berpuashati dan cuba menghapuskan orang Islam dari bumi Sepanyol.

Oleh itu, mereka membuat satu helah dengan memberitahu penduduk Islam bahawa mereka boleh keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan.

Di kalangan umat Islam, ada yang mempercayai dan sebahagian lagi sangsi dengan pemberitahuan itu. Mereka yang mempercayainya telah meninjau di pelabuhan dan berpuashati lalu memutuskan untuk bertolak pada keesokannya hari(1 April). Mereka keluar membawa kesemua barangan dan menuju ke pelabuhan. Pada ketika itulah, puak Kristian mengambil kesempatan untuk menyerang penduduk Islam berkenaan. Mereka tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya telah dibakar. Manakala orang Islam yang berada di sekitar telah dibunuh tanpa mengira lelaki,perempuan atau kanak-kanak.

Peristiwa berdarah itu kemudian diraikan oleh tentera Kristian yang kemudiannya menjadi acara tahunan. Apa yang menyedihkan, orang-orang Islam merayakannya tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya meraikan ulangtahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri

TAMBAHAN PULA MASYARAKAT KITA SEKARANG NI X MENGAMBIL TAHU TENTANG SEJARAH HANYA MEMNADANG KEPADA PERKEMBANGAN SAINS N TEKNOLOGI....TIDAK TAHUKAH BAHAWA HIDUP KITA BERMULA DENGAN SEJARAH...


Masyarakat Kini

Masyarakat hari ini sebenarnya tidak mengetahui dengan jelas asal usul April Fool. Selain boleh merosakkan akidah, budaya ini sebenarnya meniru gaya hidup kebaratan yang bertopengkan humor, gurauan dan komedi. Bagi mereka, 1 April merupakan hari kejutan dengan berbagai perkara pelik, humor dan memalukan. Namun apa yang dilihat hari ini ia banyak membawa unsur memalukan orang lain. Ia bukan sahaja memperbodohkan si pelaku tetapi juga yang menerima akibat bersesuaian dengan nama Fool itu sendiri yang bermaksud bodoh atau tolol.

Jelas ia cuba menjatuh air muka dan martabat seseorang. Bagi yang bersikap selamba mungkin boleh menerima gurauan tersebut, tetapi bagi tidak dapat menerima pasti akan menyimpan perasaan negatif dalam diri hingga akhirnya menjadi seorang yang pendendam hingga sanggup menjadi pembunuh. Ini merupakan sesuatu yang tidak diterima oleh landasan syarak.

Kita tidak wajar berkiblatkan budaya barat apatah lagi mengagungkannya kerana Islam agama yang tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya. Islam mempunyia adab dalam bergurau senda tanpa menganiyai orang lain.

Selain menghormati orang lain, kita juga diwajibkan menutup keaiban orang lain.

Bagi yang kurang memahami sejarah, mereka tidak merasakan apa-apa tentang budaya April Fool. Sesungguhnya ia merupakan satu penghinaan halus ke atas umat Islam . Akhirnya, marilah sama-sama kita renungi sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Kamu pasti akan mengikuti jejak-jejak orang-orang sebelum kamu, sejengka demi sejengkal, sehasta demi sehasta hingga mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun , pasti kamu tetap mengikuti mereka. Kami bertanya : Wahai Rasulullah SAW, Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab;:Lalu siapa lagi(kalau bukan mereka)"
~Hadis riwayat Bukhari dan Muslim~

Friday, April 3, 2009

AL- INSYIRAH....KETENANGAN BUATKU...

DENGAN NAMA ALLAH YG MAHA PEMURAH LAGI PENYAYANG

BUKANKAH KAMI TELAH MELAPANGKAN DADAMU, DAN KAMI TELAH RINGANKAN BEBANMU YANG BERAT, YANG MEMBEBANKAN PUNGGUNGMU, DAN KAMI MULIAKAN NAMA MU. SESUNGGUHNYA DISAMPING KESUKARAN DATANGLAH KESENNAGAN 2X.
APABILA ENGKAU TELAH SELESAI (MENGERJAKAN SESUATU PEKERJAAN) MAKA BERSUSAH PAYAHLAH MENGERJAKAN LAIN PEKERJAAN..
DAN KEPADA TUHANMU BERHARAPLAH....INI ADALAH MAKSUD dari surah AL- INSYIRAH...BACALAH DAN FAHAMILAH MAKSUDNYA BARULAH KITA AKAN MENDAPAT KETENANGAN....




NI LA GMBO MAK N AYAH AKU...AKU TERLALU RINDU N KASIHKAN MEREKA BERDUA...MAK AYAH IEMAH SAYANG MAK N AYAH AKAN MNJAD ANAK YG SOLEHAH N BERJAYA D DUNIA DAN AKHIRAT..DOAKAN KEJAYAAN ANAK2 MU INI...YA ALLAH BERKATILAH MEREKA DAN AMPUNILAH DOSA MEREKA YA ALLAH DAN KASIHKANLAH MEREKA SEBAGAIMANA MEREKA MENGASIHI KAMI SEWAKTU KECIL KAMI...AMINNNN

DENgan melihat wajah tua mereka lah menjadi semangat buatku meneruskan pembelajaran ku ini...bila aja di timpa masalah aku kan teringat mereka berdua krn dengan mengingati mrk akn buat ku kembali bersemangat...

di sini aku nak coretkan sesuatu iaitu kerana peristiwa ini lah menjadikan aku seorang anak yang tabah, menghadapi ujian, kerana aku benar2 mndapat ujian ini...terima kasih ya Allah krn dgn ujian ini telah menikkan semangat aku yg kadang- kala goyah dan luntur krn desakan nafsu...

peristiwa pertama pada:

5/7/2009- aku memnag frust gila bila g cek o9 nma aku xda utk masuk ke U..aki=u memang frust yg x terhingga n rasa duniaku dah tamat..sedih yg teramat..aku rasa Allah dah x sayang kay=t aku...sedih yg x terhingga...mak n ayh cba pujuk aku..dia org kta dh xda rezeki...yg aku peliknya aku dpt ujian medsi n tmdga medsi...las2 satu pun tawaran aku x terima...lama jga utk ku pulih rpanya bkn aku ja xdpt msuk u kawn2 aku ada jga dua tiga org yg senasib...smpaikan kami semua g putrajaya wat rayuan...ok la tu org tu kta tgu ja la coz persaingan sengit..aku pn sabar ja la mslhnya result stp aku ok bkn nya x ok..tu yg rsa frust sangat msa tu memng dah x ingt Allah rsa dunia ku dh gelap...hahhaa memang poyo kan...tp Allah nk uji ja kan...

9/72007- mak aku mula mengadu badan dia menjadi kebas2 dan rasa x sedap badan...
so kami bwa la mak p klinik biasa ja la...tp yg peliknya dr yang cek tu bolh kata mak aku xda pape pelik kan dr apa la mcm tu...memang siot gila smpai 3 kali plak tu mak aku still g klinik dia n dia kta mkcik ok ja...tu la org kta bnda nk jdkan...apa bolh buat...

16/7/2009- mak aku still rasa x ok so, abg long decide bwa mak ku g hospital...tgu pnya tgu las2 mak aku kena tahan kat wad tp penyakit pe dr still x taw n dia kta nk wat pemeriksaan ujian darah n as on la...kerja dr la kata kan...bagus jga hosp. kerajaan kepala batas penang la...so..aku la yg kena tgu dgn mak aku dr pg samai kul 3 ptg aku tunggu n kul 3 tu la bru taw mak aku kan tahan kat wad 3A(P)....SO MASA ni aku dah leh terima aku x dpt u n memnag xda rezeki aku...tiap2 mlm x lupa aku berdoa ya ALLah ku terima ujian mu ini dgn redha...n msa tu semua abg n akak aku bz dgn reja...so..myb ada hikmah aku la yg tunggu mak aku di hospital..look tiap ssuatu ada hikmahnya kan...

17/7/2009- hari ke-2 mak aku di hospital...n masih x taw apa puncanya...msa pg tu dr ada dtg wat check up...n ptg dia sruh mak aku g hosp..besar utk wat x- ray satu badan..pe lagi org lain dh sibuk dgn kerja mujurlah ada aku...aku n abg long ikut naik reta..follow blkg ambulans...bygkan dr mlm tu aku tgu n smpai ptg still x balik umah nasib abik ayh ku yg tersayang dtg bwa mknan n baju so..bolh mndi kat hospital...
taw x masa perjalanan blik dr hosp. besar n nk blik ke hosp. kepala batas...aku dpt call..taw x call dr sapa...panggilan dr UKM...DIA KTA CIK NUR ..... ANDA DIMINTA DFTAR KE UKM PD TARIKH 19/7/2007...cuba imagine dpt dua berita sedih n gembira dlm satu masa...msa dlm keta aku memnag betul2 blur..n ku bg taw abg long dia ckp btl ke...pas tu dia sruh call pkcik aku yg ada kt kajang....n pkcik ku kta betul xkan tipu plak...ku khabrkan pd mak aku msa aku iring mak aku nk balik ke wad 3A(P)...MAK pun menadah tgn n mengucapkan syukur n mak kta ALhamdulillah ada rezeki utk ko..n penat lelah ko blajar syukur ada rezeki...pe lag aku yg memnag dlm keadaan blur dgn nk siapkan barang...ku rsa macam x nak g pun ada..tp ayah kata belajar tetap kna belajar..n mslh kat umah ni jgn risau ramai yg ada..tu la kata2 semangat ayh ku yg still ku ingt smpai skrg...tmbh pula ayh kata ko yg first msuk U...xkan nk sia2 kan peluang ni...ptg tu ku blik umah sat n giliran adik n akak aku yg teman mak aku ptg tu...coz mk aku x larat nk jln dsbbkn bdn dia yg lemah n kebas...

ku blik ptg tu trus ku g fotostat la sijil pape yg perlu...memnag kelam kabut gila...
n mlm tu kul 10 aku g plak hosp. teman mak aku kt sna wat mlm terakhir coz mlm soknya aku nk kna bertolak dah...mlm tu aku x lena n aku tdo kt lntai bwh berlapikkan kain batik n aku menangis x henti...aku bersyukur yg x terhingga..aku kta terima kasih YA ALLAH jika memang tiada rezeki aku k masuk U aku redha krn myb ada hkmah mak aku sakit n aku bolh jga mak aku...sedih sangat bla ku ingat....

18/7/2007- pg tu ayh aku mai amik aku kt hosp..aku dah siap mndi pa semua...n ayh trus bwa aku g sek..amik sijil aku yg dh siap dicop nasib bek ada paklong aku vgy=u kt sek lma aku bolh mnta tolg dia cop cpt skit..n msa tgh hari tu la aku ibuk dgn nk cr brang2 yg perlu aku bwa..memang kelam kabut kan...al maklum la nk p jauh..n dah la x kenal sapa2..riso la jga...n ptg tu ayh akku blik dia kabo mak aku kna angin ahmar..aku menitiskan air mata sedih sangat..n aku kta cam mna ni ayh x bes la mcm ni..ayah kta nk buat mcm mna dh ni yg Allah tentukan dan kta kna redha..angin ahmar @ strok takut coz mak aku x leh jln msa dia sakit tu...sedih sgt nasib abik aku ada kakak ipar yg bg aku memang betul baik jga mak aku mcm jga mak sendir...coz kak aku yg sorang tu reja, yg len sume abg aku...n adik aku plak msa tu form 4 n mstilah bz dgn tuisyen coz nk spm....

mlm tu pas sumenya selesai aku g umah abg long ku coz x la jauh sgt dgn umah aku...semua brg dh siap packing...n g jmpa mak aku kt umah abg long coz abg yg sruh mak duk umah dia wat semntara wktu coz leh kak ipar aku tgok2 kan...semua family aku ada kat umh abg long....msa tu dh kul 10 aku slam semua org coz km dah nk bertolak ke kajang nk g umah pak cik dulu...coz esok tu aku kna dftr kat UKM..BERLINAG air mata msa salam mak aku sedih nk tinggal mak aku yg sakit...semua yg ada kt situ bapa sedara aku yg bg kta2 semangat sruh aku blajar rajin2 bkn p U utk main2...jgn mdah terpengaruh...mlm tu aku bertolak dgn perasaan yg hiba dgn apa yg terjadi kt family aku..bkn aku nk mengungkit tp tmbul rsa keinsafan...bygkan org lain nk msk U parents yg tmnkn dgn perasaan yg gmbira...tp aku hnya diteman oleh dua org abg n dgn perasaan yg sedih n rsa x mau p pun ada...sepanjang prjalanan aku hanya menagis ja ku tetap smbnyi kan perasaan aku..hnya Allah yg taw mcm mna aku rasa...abg aku masa dlm reta x putus2 bg kta2 smngat n perangsang...terima kasih abg aku syg kalian semua akn aku buat yg terbaik dan balas jasa baik kalian suma.....

19/7/2007....aku mula melangkah kaki masuk ke UKM...aku diterima sebagai peljar second intake sebab tu lmbt masuk...org lain family yg datang antar...tp disebabkan masalah keluarga aku hanya di teman oleh abang long,abg buan dan pakcik aku saja...kalo nk citer bnyk pglmn yg mnjd pengajaran utk aku n timbulkan keinsafan...tp aku ini lah pglmn yg betul2 mnjd semangat buat aku dikala aku merasa sangat sukar utk menghadapi pelajaran n tmbhn pula bila aku rasa mls memori ini yg mnjadi motivasi utk aku....

sesungguhnya tiap sesuatu kejadian yg telah ditentukan oleh Allah ada hikmah di sebaliknya kita hanya insan biasa perlu lbh tabah dan berdoa agar kta mnjadi hambanya yg sentiasa mengingatinya dan beriman pdNYA...AMINNN

NAPA LA AKU BOLH LUPA...

wah ini yg betul2 terjadi kat aku ari ni...sepatutnya aku ada tutorial pukul 3 ptg td, ntah cam mna la ku bolh lupa...siap bolh tidur lagi...las2 tersedar bla dpt msj dr member aku yg baik hati tolg bg taw bilik tutor kt na....huh apa lagi cam spiderman ala aku siap....hahahaa lawak2...tu la cam mna bolh lupa ni...malu la dh la masuk klas tutor lmbt..lecterur n member suma senyum2 kat aku...ops bukn aku sengaja yer...cma over sleep jer....

ni yg aku bolh lupa ni msti sal kes pg td aku memng tngh hot giler pg td...dah la masa klas kul 8 rmai yg x dtg n pas tu ada kwn yg tolg sain attendance plak...bg aku ni semua x fair la kan..org lain tido lewat jga, ada komitment lain kna wat asgment jga...tp kita org leh ja dtg ke klas....

Ya ALLAh Ampunilah aku bukan aku nak berburuk sangka kat org tapi jika perbuatan yg mrk wat tu jarang2 ok jga...tp ni dah selalu sangat...aku rasa geram n marah la juga..aku pun ada juga ponteng klas...ops...terlepas la plak...tp aku ponteng bersebab n bukn selalu just dlm semua klas sem ni aku hnya ponteng 3 kali ja tu pun dlm klas yg berbeza not the same klas ok....

coz ku ingt matlamat ku nk menuntut ilmu n dpt keberkatan dr Allah n aku nk sambung master aku thn depan...td dah g jmpa dgn penyelia n aku akan wat yg terbaik utk tesis aku...coz bukan senang aku nak capai ke tahap ni xkan la aku nk sia- sia kan peluang yang ada kesian parents aku kat kampung n family aku semua...aku sayang kan dia org semua n hnya Allah yg tahu betapa dalamnya cinta n sayangku pada parents n my family...luv u all

RENU NGAN BERSAMA.....

KALO LA ADA ORG TERBACA APA YG AKU POS NI MARILAH SMA2 KITA INSAF DAN SEDARI...MOGA KITA SEMI=UA SBG UMAT ISLAM DAPAT MANINGKATKAN LAGI MARUAH UMAT ISLAM DI MATA DUNIA...I LOVE ISLAM....MOGA INI SEMUA DPT MNJADI RENUNGAN KITA BERSAMA DAN ILMU YG KITA PEROLEH INI DPT DIPRAKTIKKAN UTK MEMBENTUK GENERASI ISLAM YANG AKAN DATANG....

PEMBERITAHUAN: ARTIKEL INI SY AMBIL DARI SEBUAH LAMAN WEB DAN TUJUAN SY POS DI BLOG SAYA NI ADLH DGN NIAT UTK MENYEBARKAN PADA RAKAN2 SEAGAMA YG MEMBACA, MOGA KITA SEMUA DIRAHMATI DAN DILIMPAHI KEREDHAAN DARI ALLAH S.W.T..AMINNNN

Mengapa Yahudi Bijak? Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu mengapa Yahudi bijak? Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya. Ketika tahun kedua, akhir bulan Disember 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau oleh manusia sendiri? Adakah kebijaksanaan boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni.

Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum-kaum lain. Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku matematik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikannya, oleh kerana saya memang minat tentang matematik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak. Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya.

Berbalik kepada matematik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan matematik sehingga beliau melahirkan anak. Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang-orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi satu kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yang sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan karbohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita rasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. Ironinya, pemilik & pengeluar rokok terbesar adalah.... (tekalah sendiri..!)

Pemerhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Di dalam pengamatan saya, kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan dari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka, bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) dengan itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi. Seterusnya dari darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California, ianya jauh berbeza dari segi IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!! Segala pelajaran dengan mudah ditangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi, sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perkhidmatan negara.


Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah). Disini murid-murid diberi penekanan dengan matapelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatan lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institut tinggi di politeknik dan universiti. Satu lagi yg diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun di universiti, para penuntut dibidang perniagaan dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) mendapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan dunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat menstimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yang pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah! Berpusat di New York, dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yang bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Coca-cola, DKNY, Oracle, perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus-ratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yang mudah tetapi konsisten disamping mendengar muzik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berhasiat yang baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan tumpuan yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan jenerasi yang moron (goblok) dan sudah tentu gene bodoh akan mengikuti generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7!!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negara Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!! Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat sahaja di Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ 0.70cts!!! Dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat disana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai Bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Dalam tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Pharaoh (firaun) hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendidik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri pada cucu saya, setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai mengapa saya gemarkan tomato! Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

CERITA DULU.....

sebenarnya artikel yg ku pos kt bwh ni adalah artikel yg ku tulis mlm tu....n msa tu ku x wat blog lg....so ku just coretkan ja la dlm words n smpn dlm laptop.....

ini la cara ku untuk ku luahkan apa yg ku rasa.....utk ku merasakan lebih ketanangan kiranya blog aku ni lebih mcm diari aku kot....tp xda la secret sgt pun cma aku nk coretkan perasaan x puas hati, marah n as on la......watever la kan.....

Malam ni 24 februari 2009, bertepatan dengan 28 safar 1430 hijrah….sudah lama aku tidak mengungkapkan kata hatiku. Ya Allah sesungguhnya Kau mengetahui apa yang tersirat dalam hatiku ini, hanya engkau yang mengetahui dan lagi maha mengetahui.aku berharap pada mu Ya Allah. Dengan apa yang dikatakan oleh sinse ku mula tersedar mungkin ada hikmah disebalik sesuatu itu, tapi Ya Allah ku memohon pada-Mu agar aku ditetapkan iman, mungkin ada kebaikannya jika aku masih solo kerana aku tidak perlu melakukan zina,iaitu dosa besar yang aku sendiri takut untuk menanggungnya. Ku bersyukur ya Allah, kerana aku diberi kesempatan untuk membetulkan diriku ini. Jika aku bercinta mesti pelbagai maksiat yang aku kan lakukan dan myb tak tertanggung dosa dan takut untuk aku memikirkan. Sedangkan sekarangpun telah banyak dosa yang aku lakukan. Ya Allah ampunkan lah dosaku.jika masih ada kesempatan jodoh untukku Kau kurniakanlah kepada ku suami yang beriman yang akan bersama membimbing aku dan zuriat- zuriat kami. Selain itu, ya Allah andainya sudah ditakdirkan untuk aku menyambung master aku disini kau kurniakanlah kepada ku jodoh yang benar- benar memahami dan akan memberi sokongan kepada ku dalam usaha ku untuk menuntut ilmu.


Kerana sesungguhnya ilmu yang ku tuntut ini adalah kerana mu Ya ALLAH, Jika tiada redha Mu apalah guna untuk ku berhempas pulas menuntut ilmu ini. Sesungguhnya dengan redha dan keberkatan-Mu lah aku dapat memanfaatkan apa yang aku peroleh ini. Sesungguhnya ku balajar ini adalah kerana mu ya Allah dan untuk membalas kembali pengorbanan kedua ibu bapaku yang ku sangat cintai dan semua ahli keluarga ku yang menjadi pemangkin semangat untukku bertahan dan sabar dalam menghadapi segala cubaan dan dugaan ku ini. Berilah aku kekuatan ya allah untuk meneruskan perjuangan ku ini. Kerana apa yang aku lakukan adalah kerana Mu dan berilah aku kekuatan, semangat dan azam yang tinggi utk ku teruskan jihad ku ini dalam menuntut ilmu. Bantulah aku Ya ALLAH dan perkenankanlah doa hambamu ini ya Allah. Bantulah aku….ku bermohon pada mu bantulah aku..Ya Rahman Ya Rahim pada Mu ku bermohon.


Thursday, April 2, 2009

APA ORG KATA TENTANG SJ....

BILA SEBUT JE SAL SEJARAH MESTI ADA ORG YANG X SUKA KAN.....

APABILA disebut tentang sejarah, lazimnya kebanyakan kita akan menggambarkannya sebagai satu topik yang membosankan. Logiknya, sejarah secara stereotaip dilabel sebagai penghikayatan sesuatu yang telah berlalu dan sukar untuk dilitah kena mengenanya ia dengan peristiwa semasa atau apa pentingnya untuk terus diberikan perhatian.
Apatah lagi di dalam sistem pendidikan kita yang banyak dipengaruhi oleh orientasi peperiksaan, sejarah diolah dan dianalisis dengan cara yang amat sepi daripada unsur-unsur yang boleh mencelikkan mata.

Al-Quran yang progresif, berdaya maju, serta menjadi pendorong kejayaan, mengemukakan aspek sejarah sebagai tubuh badannya yang utama. Selain ayat-ayat yang berkaitan dengan akidah kepercayaan, hukum amali dan akhlak diri, al-Quran juga membentangkan persoalan sejarah di sebahagian besar lembarannya.

Di sini, dengan kata lain, al-Quran telah memberikan satu definisi yang istimewa kepada sejarah. Kedudukan sejarah tinggi di mata al-Quran kerana ia adalah wasilah untuk manusia mendengar bicara Allah tentang peraturan serta hukum-hukumnya yang terlaksana ke atas setiap kejadian dan kehidupan alam inI.
Walaupun zaman silih berganti menyusul, bicara itu tetap sama, sekelian alam perlu tetap tersusun atur mengikut ketetapan Allah.
Maka amat malang jika umat Islam yang sinonim dengan sejarah itu mengabaikannya. Mentaliti terpilih amat jarang diperuntukkan untuk mendalami sejarah. Fakulti-fakulti sejarah di menara gading juga kurang menonjol di tengah masyarakat sebagaimana fakulti lain yang lebih segera membawa pulangan terhitung


BRU FIRST TIME WAT BLOG NI....

SALAM

entah napa tetiba je mlm tu dlm kul satu aku teringin nk wujudkan blog ni.....myb ku rasa ada kepuasan slps aku menulis ape yg ku rsa xpuas hati ke...time aku marah ke senang kan...bila dah ada kemudahan semua ni....syukur pd Allah krn masih mebri jln pada ku dlm meluahkan isi hati ku ini....

bes juga ada blog ni ku boleh tulis macam2...n org pun x kenal aku....kerana memang dah sikap aku suka meluahkan apa je perasaan aku secara penulisan krn aku sukar utk kongsi masalah aku dgn org lain myb aku x percaya kat dia org kot...even sahabat baik sendiri....ini lah sifat semulajadi ku yg lebih suka kongsi masalah secara penulisan krn bila tulis ja apa yg aku rasa cam marah, benci, geram, suka, sedih aku akan rasa lebih tenang lps aku tulis ape yg ku rasa....bila habis ja ku tulis ku rasa masalah aku selesai...pelik kan coz sesetngh org ska cari kawan utk tmpat dia nk meluahkan rasa hati dia....

ini lah cara aku...senang kan....tp x bermakna aku xda kawan baik...tp cara ku yg berbeza utk luahkan perasaan kat dia org myb xda sifat kepercayaan sepenuhnya....
tp kadang2 ada je yg ku leh kongsi dgn dia org tp x semua la...ada gak tahap2 nya....

ok la dah xda pape lagi nk taip dah pukul 6 cpt sungguh masa berlalu ....
solat asar dulu....

APA YG TERJADI HARI INI.....

SALAM....

masyAllah aku sendiri x faham dgn perangai kwn2 ni kan...kadang2 kta nk jga hati org tp diri sndri x sedar n x taw nk jga hati org lain....susahkan

kadang2 kita sebg hamba yang kerdil sentiasa berfikir n merungut napa la semua ni jd kat kita...insafkan bila kita renung balik Allah baru uji kita sikit ja dah x mampu nk hadapi...mcam la yg terjadi kat aku hari ini...aku rasa aku xsalah akak tu yg salah msa mlm ku infom dia org cam buat xtaw ja...las2 dia msuk trus buat muka masam....cuak jga aku pd mulanya...entahlah macam2 feel ada x faham aku n kadang2 mls nk layan...

so wat do no dah le....mls nk fikir kang tambah dosa je lagi ada la....subhanallah mnta Allah beri aku kekuatan dlm menghadapi semua ini dan harap Allah memberkati perjlanan ku dlm urusan menuntut ilmu ini...