Thursday, April 2, 2009

APA ORG KATA TENTANG SJ....

BILA SEBUT JE SAL SEJARAH MESTI ADA ORG YANG X SUKA KAN.....

APABILA disebut tentang sejarah, lazimnya kebanyakan kita akan menggambarkannya sebagai satu topik yang membosankan. Logiknya, sejarah secara stereotaip dilabel sebagai penghikayatan sesuatu yang telah berlalu dan sukar untuk dilitah kena mengenanya ia dengan peristiwa semasa atau apa pentingnya untuk terus diberikan perhatian.
Apatah lagi di dalam sistem pendidikan kita yang banyak dipengaruhi oleh orientasi peperiksaan, sejarah diolah dan dianalisis dengan cara yang amat sepi daripada unsur-unsur yang boleh mencelikkan mata.

Al-Quran yang progresif, berdaya maju, serta menjadi pendorong kejayaan, mengemukakan aspek sejarah sebagai tubuh badannya yang utama. Selain ayat-ayat yang berkaitan dengan akidah kepercayaan, hukum amali dan akhlak diri, al-Quran juga membentangkan persoalan sejarah di sebahagian besar lembarannya.

Di sini, dengan kata lain, al-Quran telah memberikan satu definisi yang istimewa kepada sejarah. Kedudukan sejarah tinggi di mata al-Quran kerana ia adalah wasilah untuk manusia mendengar bicara Allah tentang peraturan serta hukum-hukumnya yang terlaksana ke atas setiap kejadian dan kehidupan alam inI.
Walaupun zaman silih berganti menyusul, bicara itu tetap sama, sekelian alam perlu tetap tersusun atur mengikut ketetapan Allah.
Maka amat malang jika umat Islam yang sinonim dengan sejarah itu mengabaikannya. Mentaliti terpilih amat jarang diperuntukkan untuk mendalami sejarah. Fakulti-fakulti sejarah di menara gading juga kurang menonjol di tengah masyarakat sebagaimana fakulti lain yang lebih segera membawa pulangan terhitung


No comments: