Sunday, February 21, 2010

Hubungan manusia dan buah

Jangan suka mendedah tubuh
Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.

Setia terhadap pasangan
Jadilah seperti pohon pisang.
Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.

Kecantikan dalaman
Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong.
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis.
Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.

Jaga kesucian dalam bergaul
Jadilah seperti sengkuang, walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih.

Selalu bertindak adil
Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan.
Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang, tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.

Semakin tua semakin bijaksana
Jadilah seperti cili. Semakin tua,semakin pedas.

Jangan bermuka-muka
Jadilah seperti buah manggis.
Buah manggis bisa diteka isinya dari bahagian bawah buahnya.

Pengalaman mengajar erti dewasa...

assalamualaikum...tajuk entry kali ini penagalaman mengajar erti hidup...
Subhanallah itulah yang telah aku alami...itulah dikatakan rezeki kerana aku diberi peluang dan izin oleh Allah S.W.T untuk merasai detik tersebut..bukan utk aku banggakan..tapi melalui pengalaman inilah aku merasakan belum tentu kehidupan kita pada masa akan datang akn tetap sama seperti sekarang..sesungguhnya manusia merancang sesuatu..tetapi perancangan Allah adalah yang terbaik utk hambaNYA..SUBBHANALLAH..

ITULAH YANG DIKATAKAN REZEKI...aku terfikir dan teringat ada seorang insan tealh mnyatakan padaku bahawa apa yg berlaku ini adalah disebabkan oleh rezeki yg Allah berikan..aku terfikir ini adalah rezeki utk aku lebih berhati- hati dan berusaha utk menjadikan diriku sentiasa diredhai di sisi Allah..sesungguhnya pengalaman dua hari yg aku perolehi pada 18 dan 19 Februari merupakan pengalaman hidup dari manusia yg berlainan umur dari ku...dari situ aku dapat mengutip seribu kenangan da sejuta pengajaran hidup yg x akan diajar dalam mana2 silibus...

pengalaman hidup yg aku dapat ialah belum tentu kehidupan seseorang yg menjangkau usia 50 tahun mereka akan mnjadi baik, golongan yg aku temui ini terdapat pelbagai karekter dan ragam, melalui karakter mereka aku terfikir...jika aku tidak memantapkan iman aku dari skrg apa kan terjadi dalam masa 20 tahun akan datang..Nauzubillah minta dijauhkan daripada perkara2 yg tidak baik...apa yg aku ingin nyatakan di sini pertemuan aku dgn auntie zai, noli, aunty Dee n uncle Din..memang interesting..tp disebalik sesuatu itu pasti ada hikmahnya..aku betul2 mendapat satu pengajaran selama dua hari tersebut apabila bertemu dgn insan2 yg aku nyatakan...semoga hidup kita semua sentiasa dirahmati oleh Allah SWT...

Ketentuan Ilahi

Assalamualaikum…sekali lagi entry sama yang masuk, kenapa lama sangat aku tak update blog. Aku still akan guna alsan yang sama, iaitu aku kekeringan idea dan tiada apa yang nak di tulis. Entah kenapa tetiba ja malam ni mata aku begitu payah untuk lelap. Jadi saja la nak mulakan langkah menulis esei. Alas an yang sama aku tak da idea nak mengarang esei.

Aku dibuai rasa bila terkenangkan mak dan ayah kat kampong. Sesungguhnya aku adalah anak manja ayah, jika ada apa- masalah aku lebih selesa berkongsi dengan ayah. Jika ada saja perihal kisah sedih atau gembira aku lebih gemar berkongsi dengan ayah aku. Sebab tu bila aku rasa sedih or gembira aku mesti ingatkan ayah aku. Pelik dan terbalikkan, selalunya anak perempuan lebih manja dengan emak, aku pula berbeza sikit. Sudah menjadi lumrah alam, bila berjauhan kita akan terlalu merindui orang yang kita kasihi. Itulah apa yang aku rasakan malam ni, perasaan rindu dan kasih ku terhadap mak dan ayah seolah- olah tidak dapat dibendung lagi. Kalau ada pintu ajaib Doremon ingin ja aku menjelma di hadapan kedua orang tua aku untuk memeluk mereka.

Kadang- kadang aku tertanya mampukah aku untuk menjadi seorang anak yang akan mmebahagikan mereka sehingga ke akhir hayat mereka. Mampukah aku melakukan sedemikian. Jika ditanya sekarang memang lidah akn berkata manis belaka. Tapi hakikat kehidupan yang bakal berlaku dalam detik 5 atau 10 tahun akan datang. Cuba fikir apakah kita akan menunaikan janji yang pernah kita taburkan dahulu. Ini adalah untuk ingatan aku. Mampukah aku melaksanakan apa yang telah aku janjikan. Oleh itu, aku meminta pada Yang Maha Esa agar aku ditetapkan iman untuk menjadi seorang hambanya yang beriman dan menjadi seorang anak yang solehah..aminnn …insyAllah…

JUMAAT: Adakah Ia Satu Kebetulan Atau Petanda? "Renungkan.. 27-11-2009 Jumaat Hari Raya AidilAdha, 18-12-2009 Jumaat Tahun Baru Hijrah, 25-12-2009 Jumaat Sambutan Krismas, 01-01-2010 Jumaat Tahun Baru Masihi, 26-02-2010 Jumaat Sambutan Maulud NABI SAW, 02-04-2010 Jumaat Matinya Yesus Kristus, 28-06-2010 Jumaat Hari Wesak, 05-11-2010 Jumaat Sambutan Depavali, 10-09-2010 Jumaat Hari Raya AidilFitri, 01-01-2010 Jumaat Gerhana Bulan, 15-01-2010 Jumaat Gerhana Matahari; Kepada semua kenalanku..sepertimana yang kita tahu melalui sabda Nabi MUHAMMAD SAW bahawa hari khiamat juga akan berlaku pada hari JUMAAT...sama2lah kita berdoa,beristigfar memohon keampunan dan keredhoan daripada ALLAH SWT.. renungan bersama.."

Friday, January 15, 2010

I'M back

salam alaikum..rasanya sudah lama aku kekeringan idea utk meng update my blog..tak dinafikan tujuan aku membuka akaun ni adalah utk mencoret apa sahaja yang terpahat dalam hati dan ingatan yang aku rasa patut dicurahkan..

Alu kembali ke blog= i'm back..tetiba malam ini aku terasa untuk mencoret sesuatu..aku bukanlah seorang blogger yang tegar, hanya seorang manusia biasa yang juga ada keinginan mambuat sesuatu..aku terlalu sibuk dan betul- betul kekeringan idea untuk menulis sesuatu..

Tapi apa yang aku rasakan mlam ni ada suatu perkara yang di luar dugaan..Hari ini adalah Gerhana Matahari, aku rasa terbuai dan betul2 rindukan family.Entah mengapa tetiba rasa syahdu dan ingin menangis..Muangkin semua ni berlaku disebabkan aku berada di tahun akhir dan semua pelajar mula rasa tertekan..kerana kami sendiri yang mencipta tekanan tersebut, bukannya ia datang bergolek seoleh- olah datg macm sebiji bola..

Aku cuba menjadi seorang sahbat yang baik, take care terhadap semua sahabatku, tapi sayang seribu kali sayng kerana apa yang kita harapkan berlaku sebaliknya..Niatku bukan utk mendapat balasan, tapi niatku hanya utk menjadikan kami semua akrab, dan semua memori yang tercipta semasa bersahabat akan kekal indah..Sekarang aku redha dan berserah pada Ynag Maha Kuasa kerana DIA mengetahui segala- galanya..

bermula satu pertemuan, terjalin sebuah ikatan persahabatan,
Tercipta seribu kenangan,
Kini hadirnya sebuah dugaan menguji keutuhan dan kesetiaan dalam hubungan persabatan,
Lantaran itu, utk aku dan semua yang bergelar sahabat, Berlajarlah menghargai sebuah kenangan kerana ia kini hanya akan wujud dalam ingatan, Dan tak mungkin akan Berulang lagi, Malah tak siapa bisa mengubahnya...

Itulah realiti kehidupan, Namun sebuah hubungan persahabatan yang sejati pasti akan membawa kerinduan...tapi bila aku dan semua sahabat sudah terpisah hanya kenangan yang tinggal...jadi..apakah yang telah kita ciptakan dalam kenangan tersebut...

Tuesday, December 29, 2009

Perkara Yang Tak Disangka selalu terjadi dengan tiba- tiba..

salam....

lama rasanya tidak menaip apa2 butir dalam blog ni...kenapa ya myb disebbakan kekangan masa barangkali...apa yang ingin docoretkan adalah kisah tentang diri ku sendiri dan perkara yang berlaku di sekeliling ku...

Baru- baru ni aku pulang ke kampung pada tarikh 22/ 12/ 2009 aku berkesempatan untuk menemui sahabat lama ku iaitu As..sudah lama rasanya kami tidak berkesempatan utk bertemu, barangkali kerana aku berada jauh dan dia plak dah bekerja..Apa yang ingin aku paparkan di sini ialah tentang kisah sebuah keluarga yang bahagia, walaupun mereka ini hidup dalam serba kekurangan, tapi aku dapat rasakan keluarga sahabat ku ini hidup dalam keluarga yang penuh harmoni dan bahagia. Kenapa aku boleh siftakan mereka begitu, kerana aku pernah tinggal dalm keluarga tersebut selama beberapa hari. apa yang di ceritakan ialah anak- anak mak cik ini pun adalah anak yang mendengar kata dan baik sama seperti mak dan ayahnya, tapi yang aku pelik bila ada ja kehadiran menantu sulong..menantu sulong ini pandai melawan kata, dan boleh dikatakan bersikap biadap dengan ibu mertuanya. Pelik bin ajaib kan, anak- anak sendiri tidak berkelakuan sedemikian, tapi dengan kehadiran orang baru dalam keluarga ini telah memporak- perandakan perasaan si ibu tadi...Aku betul2 terkilan dan kesal dengan situasi yang berlaku terhadap keluarga sahabat ku ini...Subhanallah minta aku dijauhkan oleh hal2 yang sedemikian...

satu lagi kisah yang betul- betul buat aku fobia...hehheeh 23/ 12/ 2009 kul 6 petang. Hheehe biasa la kan budak baru dapat lesen reta..kononnya balik kampung nka test bawa reta...sekali bawa terlanggar tiang. memnag kantoi n terpaksa la menadah telinga mendengar leteran yang berpanjangan.. apa boleh buat sabo aja la. dah memang salah diri sendiri terima ja la...apa pun learn from mistake...

Abang n ayah kesayangan ku siap bagi syarahan free lagi n kena perli sesedap rasa, huhuhu masa tu apa boleh buat hanya sabo aja la...dah nasib badan...biasa la jadi gabra, n gatal nak bawa reta, pada hal dah taw diri sendiri x confident...huh padan muka kan...hahhaha makanya, jadilah hari itu dlam sejarah, orang lain x pernah merosakkan kereta abg lang, hehehe aku la org yang mula2 merosakkannya...hebat kan...rugi x sempat nak amik gambo semasa kemalangan tersebut berlaku, kerana dah gelabah semacam ja, coz takut kena marah n memang confom kena marah pun...hehheeh apa bolh buat sabo ajalah...

Friday, November 20, 2009

Alhamdulillah aku masih hidup pada usia ini...

Semalam 19/11/ 2009 genap usiaku 22 tahun..Terima Kasih pada kedua ibubapaku, keluarga dan semua teman- teman yang turut mendoakan kesejahteraan hidup ku...InsyAllah moga doa kita semua di makbulkan...Aminnn...Tiada apa yang aku dambakan cukup sekadar doa yang kalian sudi titIpkan buatku...hanya ucapan terima kasih yang mampu ku ungkapkan dan hanya Allah yang mampu membalas semuanya..InsyALLAH...Pejam celik sungguh pantas masa berlalu..

Aku tertanya- tanya adakah diriku sudah matang untuk terus meneroka hidup ini. Memang tak dapat dinafikan aku ada cita- cita yang ingin aku kejar, Terasa ingin mencoretkan sesuatu, tak dapat dinafikan dengan gelaran pelajar tahun akhir telah membuatkan diri aku terlalu sibuk..sehinggakan aku tidak pulang ke kampung pada cuti semester ini...

kalaulah ada insan- insan yang mengerti di sinilah duniaku, walaupun apa yang aku coretkan ini bukanlah 100 % kebenaran..tapi itu lah hakikat dan realiti yang harus aku, kamu atau kita semua harus hadapi dan lalui dalam menjalani kehidupan di dunia fana ini..apa yang aku coretkan di sini adalah dari pengalaman hidup aku dan teman- temanku sendiri...

Aku tertanya- tanya apa yang aku inginkan dalam hidupku ini??? Aku tidak mahu membuat apa2 permintaan, tapi aku ingin membuat satu titik perubahan dalam hidupku. Aku sedar umurku sekarang sudah menjangkau 22 tahun bukan lagi seorang yang berusia belasan tahun yang boleh mengambil mudah dalam semua hal..

tertanya- tanya pada diriku..apakah yang sudah aku lakukan sepanjang usiaku 21 tahun, sifatku dan sikapku adakah masih sama, suka membebel dan marah..aku juga masih lagi bersifat 'childish'..tu pun berlaku kadang- kadang tanpa diriku sedari..apa yang aku ketahui aku, masih ambil mudah terhadap semua perkara dan masih lagi bersendirian...tapi aku yakin semua itu ada hikmah disebaliknya..."Hasbunallah wa ni' mal wakil..Cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Dia adalah sebaik- baik pelindung"...

Tuesday, November 17, 2009

Apa Yang tidak diduga selalu jadi dgn tiba- tiba

merenung keindahan alam di waktu pagi yang dipenuhi kabus...kenangan di Fraser Hill...4- 5 April 2009...suasan yang hening dan penuh syahdu menjadikan aku bersyukur dgn ciptaan Allah yang Maha Agung...Subhanallah...


Persoalan yang pertama kenapa aku menulis di dalam blog ini...apa yang menarik...itu hanya diri aku sendiri yang mengetahuinya...memang mudah untuk menulis apa sahaja yang tersirat dan tersirat...Tapi di samping menulis sesuatu adakah aku mengerti maksud disebaliknya...Ask Yourself????


kadang- kadang betapa Mudahnya mereka bercakap soal hati, tentang perasaan sedangkan diri sendiri pun belum pernah bercinta. memang Mudah untuk kita berkata-kata, tetapi kadang kala memang sukar untuk diri kita melakukannya. bak kata orang, Cakap memang la senang dan mudah, tapi cuba la buat. Betul kata orang tua, bahu yang memikul lebih berat dari mata yang memandang. Benar juga kata pepatah orang putih, "try to be in her/his shoe, then you will understand".Maksud yang mendalam tu...

kenapa ye kadang- kadang kita sebagai manusia biasa terlalu berhati- hati dan berwaspada, Sehinggakan kadang-kadang menjadikan saya 'manusia yang pelik'. Tetapi bagi diriku, pengalaman hidup lah yang akan mengajar aku seribu satu ilmu. Liku-liku dan ranjau kehidupan yang dilalui selama ini, penuh onak dan duri menjadikan siapa diri aku yang sebenar pada hari ini. Aku akui, aku pernah melakukan kesilapan dan telah pun mengakui kesilapan yang aku telah lakukan.Tetapi yang peliknya tiadakah unsur kemanusiaan yang boleh dipertimbangkan. Memang manusia yang pelik kan, bagi aku, seolah- olah tiada hati perut apabila kesalahan yang telah diakui seperti tidak diberi pertimbangan.. Dan aku juga sedar, bahawa sejarah tidak mungkin dapat diubah apa yang tealah terjadi memang sudah terjadi dan akan terus kekal. Aku memang tidak mungkin mampu dan berdaya untuk mengubah masa. Biar mengalir airmata darah sekalipun, aku tetap tak mungkin mampu mengubah apa-apa.


Mahu atau tidak, aku menjdi redha dan pasrah dengan segala ketentuan Ilahi.Mungkin inilah Harga yang perlu dibayar kerana dosa semalam bukan sedikit. apa pun aku tetap Yakin bahawa Allah itu Maha Adil, suka atau tidak, aku harus menebus segala dosa-dosa yang pernah aku ukir dalam diari kehidupan aku selama aku hidup di dunia yang fana ini. Bagi ku Harganya memang tidak ternilai.
Akuhidup hari ini adalah kerana apa yang telah aku lakukan pada hari semalam.


Namun apa yang akan berlaku pada hari esok bukan kerana apa yang telah berlaku semalam. Jadi aku mesti berusaha sedaya upaya, bagi memastikan apa yang berlaku pada hari ini, penentu bagi sesuatu yang baik atau buruk pada hari esok. Kemarin yang berlaku adalah sejarah yang telah membuatkan aku menangis. Aku harus bangkit dan mencuba, meneruskan kehidupan ini tanpa terus dihantui kesilapan semalam. Bukan mudah untuk menghilangkan sejarah yang telah terjadi, tapi aku terpaksa! Terpaksa bangkit dari kesilapan lalu untuk terus maju di dunia dan akhirat...InsyAllah.



Memang diakui Sakit dan pedih yang aku rasa bukan sedikit. Bagi mereka yang pernah melaluinya mungkin akan memahami penderitaan dan kesakitan tersebut. Tiada siapa yang tahu cerita duka aku ini sepenuhnya kecuali Allah S.W.T? Ain, Najaha, krul teman saya yang paling baik dan rapat pun cuma tahu 1% daripada keseluruhan cerita. Dan mereka pernah memberi aku semangat dan kekuatan..Thanks A lot my friends..I'm Really appreciate. Thanx friends for always being there for me. Support me no matter how hard i am.Hanya Allah yang mampu membalas segalanya.. Alhamdulillah, selepas apa yang berlaku, aku memang telah hilang arah dan teramat kecewa dgn apa yang telah terjadi..tapi Alhamdulillah aku mendapat kekuatan dan waktu itu aku percaya, Tuhan akan memberi dugaan hanya kepada hamba2-Nya yang mampu dan alhamdulillah, i am still alive. till now..

Namun apa pun, aku sangat2 bersyukur kerana dengan nikmat Iman dan Islam ini masih kukuh ada dalam diri aku. Syukur kerana dikurniakan Keluarga yang amat menyayangi diriku. Alhamdulillah. Itu sudah lebih dari memadai.
Betul kata orang 'Experience is the best teacher' iaitu Pengalaman mampu mematangkan diri seseorang. Ramai yang belajar dari pengalaman, namun jangan kerana mahu belajar dari pengalaman sendiri, kita akan menyesal seumur hidup. Nasi sudah menjadi bubur tak mungkin dapat jadi beras semula.

justeru itu, berilah kemaafan kepada semua musuh atau orang yang pernah menyakiti hati kita, agar diri kita ini terhindar dari segala pemusuhan, iri hati, bentuk balas dendam, dan kebencian yang akan terus menyelubungi hidup kita.

Diantara perkara yang boleh membuatkan hati seseorang menjadi tenang dan lapang adalah dengan merenungkan keindahan ciptaan Allah Yang Maha Agung di alam semesta. maksudnya, semua ciptaan Allah dilakukan dengan perhitungan yang cermat, dgn hikmah, dengan kerapian, dan dgn berperaturan. sesiapa pun yg melihat alam semesta ini akan tahu bahawa di sana ada Tuhan Yang Maha Kuasa yang melakukan segala sesuatu dgn tidak main- main. Dialah TUHAN YANG MAHA AGUNG lagi MAHA MULIA...