Sunday, February 21, 2010

Hubungan manusia dan buah

Jangan suka mendedah tubuh
Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.

Setia terhadap pasangan
Jadilah seperti pohon pisang.
Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.

Kecantikan dalaman
Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong.
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis.
Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.

Jaga kesucian dalam bergaul
Jadilah seperti sengkuang, walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih.

Selalu bertindak adil
Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan.
Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang, tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.

Semakin tua semakin bijaksana
Jadilah seperti cili. Semakin tua,semakin pedas.

Jangan bermuka-muka
Jadilah seperti buah manggis.
Buah manggis bisa diteka isinya dari bahagian bawah buahnya.

Pengalaman mengajar erti dewasa...

assalamualaikum...tajuk entry kali ini penagalaman mengajar erti hidup...
Subhanallah itulah yang telah aku alami...itulah dikatakan rezeki kerana aku diberi peluang dan izin oleh Allah S.W.T untuk merasai detik tersebut..bukan utk aku banggakan..tapi melalui pengalaman inilah aku merasakan belum tentu kehidupan kita pada masa akan datang akn tetap sama seperti sekarang..sesungguhnya manusia merancang sesuatu..tetapi perancangan Allah adalah yang terbaik utk hambaNYA..SUBBHANALLAH..

ITULAH YANG DIKATAKAN REZEKI...aku terfikir dan teringat ada seorang insan tealh mnyatakan padaku bahawa apa yg berlaku ini adalah disebabkan oleh rezeki yg Allah berikan..aku terfikir ini adalah rezeki utk aku lebih berhati- hati dan berusaha utk menjadikan diriku sentiasa diredhai di sisi Allah..sesungguhnya pengalaman dua hari yg aku perolehi pada 18 dan 19 Februari merupakan pengalaman hidup dari manusia yg berlainan umur dari ku...dari situ aku dapat mengutip seribu kenangan da sejuta pengajaran hidup yg x akan diajar dalam mana2 silibus...

pengalaman hidup yg aku dapat ialah belum tentu kehidupan seseorang yg menjangkau usia 50 tahun mereka akan mnjadi baik, golongan yg aku temui ini terdapat pelbagai karekter dan ragam, melalui karakter mereka aku terfikir...jika aku tidak memantapkan iman aku dari skrg apa kan terjadi dalam masa 20 tahun akan datang..Nauzubillah minta dijauhkan daripada perkara2 yg tidak baik...apa yg aku ingin nyatakan di sini pertemuan aku dgn auntie zai, noli, aunty Dee n uncle Din..memang interesting..tp disebalik sesuatu itu pasti ada hikmahnya..aku betul2 mendapat satu pengajaran selama dua hari tersebut apabila bertemu dgn insan2 yg aku nyatakan...semoga hidup kita semua sentiasa dirahmati oleh Allah SWT...

Ketentuan Ilahi

Assalamualaikum…sekali lagi entry sama yang masuk, kenapa lama sangat aku tak update blog. Aku still akan guna alsan yang sama, iaitu aku kekeringan idea dan tiada apa yang nak di tulis. Entah kenapa tetiba ja malam ni mata aku begitu payah untuk lelap. Jadi saja la nak mulakan langkah menulis esei. Alas an yang sama aku tak da idea nak mengarang esei.

Aku dibuai rasa bila terkenangkan mak dan ayah kat kampong. Sesungguhnya aku adalah anak manja ayah, jika ada apa- masalah aku lebih selesa berkongsi dengan ayah. Jika ada saja perihal kisah sedih atau gembira aku lebih gemar berkongsi dengan ayah aku. Sebab tu bila aku rasa sedih or gembira aku mesti ingatkan ayah aku. Pelik dan terbalikkan, selalunya anak perempuan lebih manja dengan emak, aku pula berbeza sikit. Sudah menjadi lumrah alam, bila berjauhan kita akan terlalu merindui orang yang kita kasihi. Itulah apa yang aku rasakan malam ni, perasaan rindu dan kasih ku terhadap mak dan ayah seolah- olah tidak dapat dibendung lagi. Kalau ada pintu ajaib Doremon ingin ja aku menjelma di hadapan kedua orang tua aku untuk memeluk mereka.

Kadang- kadang aku tertanya mampukah aku untuk menjadi seorang anak yang akan mmebahagikan mereka sehingga ke akhir hayat mereka. Mampukah aku melakukan sedemikian. Jika ditanya sekarang memang lidah akn berkata manis belaka. Tapi hakikat kehidupan yang bakal berlaku dalam detik 5 atau 10 tahun akan datang. Cuba fikir apakah kita akan menunaikan janji yang pernah kita taburkan dahulu. Ini adalah untuk ingatan aku. Mampukah aku melaksanakan apa yang telah aku janjikan. Oleh itu, aku meminta pada Yang Maha Esa agar aku ditetapkan iman untuk menjadi seorang hambanya yang beriman dan menjadi seorang anak yang solehah..aminnn …insyAllah…

JUMAAT: Adakah Ia Satu Kebetulan Atau Petanda? "Renungkan.. 27-11-2009 Jumaat Hari Raya AidilAdha, 18-12-2009 Jumaat Tahun Baru Hijrah, 25-12-2009 Jumaat Sambutan Krismas, 01-01-2010 Jumaat Tahun Baru Masihi, 26-02-2010 Jumaat Sambutan Maulud NABI SAW, 02-04-2010 Jumaat Matinya Yesus Kristus, 28-06-2010 Jumaat Hari Wesak, 05-11-2010 Jumaat Sambutan Depavali, 10-09-2010 Jumaat Hari Raya AidilFitri, 01-01-2010 Jumaat Gerhana Bulan, 15-01-2010 Jumaat Gerhana Matahari; Kepada semua kenalanku..sepertimana yang kita tahu melalui sabda Nabi MUHAMMAD SAW bahawa hari khiamat juga akan berlaku pada hari JUMAAT...sama2lah kita berdoa,beristigfar memohon keampunan dan keredhoan daripada ALLAH SWT.. renungan bersama.."

Friday, January 15, 2010

I'M back

salam alaikum..rasanya sudah lama aku kekeringan idea utk meng update my blog..tak dinafikan tujuan aku membuka akaun ni adalah utk mencoret apa sahaja yang terpahat dalam hati dan ingatan yang aku rasa patut dicurahkan..

Alu kembali ke blog= i'm back..tetiba malam ini aku terasa untuk mencoret sesuatu..aku bukanlah seorang blogger yang tegar, hanya seorang manusia biasa yang juga ada keinginan mambuat sesuatu..aku terlalu sibuk dan betul- betul kekeringan idea untuk menulis sesuatu..

Tapi apa yang aku rasakan mlam ni ada suatu perkara yang di luar dugaan..Hari ini adalah Gerhana Matahari, aku rasa terbuai dan betul2 rindukan family.Entah mengapa tetiba rasa syahdu dan ingin menangis..Muangkin semua ni berlaku disebabkan aku berada di tahun akhir dan semua pelajar mula rasa tertekan..kerana kami sendiri yang mencipta tekanan tersebut, bukannya ia datang bergolek seoleh- olah datg macm sebiji bola..

Aku cuba menjadi seorang sahbat yang baik, take care terhadap semua sahabatku, tapi sayang seribu kali sayng kerana apa yang kita harapkan berlaku sebaliknya..Niatku bukan utk mendapat balasan, tapi niatku hanya utk menjadikan kami semua akrab, dan semua memori yang tercipta semasa bersahabat akan kekal indah..Sekarang aku redha dan berserah pada Ynag Maha Kuasa kerana DIA mengetahui segala- galanya..

bermula satu pertemuan, terjalin sebuah ikatan persahabatan,
Tercipta seribu kenangan,
Kini hadirnya sebuah dugaan menguji keutuhan dan kesetiaan dalam hubungan persabatan,
Lantaran itu, utk aku dan semua yang bergelar sahabat, Berlajarlah menghargai sebuah kenangan kerana ia kini hanya akan wujud dalam ingatan, Dan tak mungkin akan Berulang lagi, Malah tak siapa bisa mengubahnya...

Itulah realiti kehidupan, Namun sebuah hubungan persahabatan yang sejati pasti akan membawa kerinduan...tapi bila aku dan semua sahabat sudah terpisah hanya kenangan yang tinggal...jadi..apakah yang telah kita ciptakan dalam kenangan tersebut...