Friday, April 3, 2009

CERITA DULU.....

sebenarnya artikel yg ku pos kt bwh ni adalah artikel yg ku tulis mlm tu....n msa tu ku x wat blog lg....so ku just coretkan ja la dlm words n smpn dlm laptop.....

ini la cara ku untuk ku luahkan apa yg ku rasa.....utk ku merasakan lebih ketanangan kiranya blog aku ni lebih mcm diari aku kot....tp xda la secret sgt pun cma aku nk coretkan perasaan x puas hati, marah n as on la......watever la kan.....

Malam ni 24 februari 2009, bertepatan dengan 28 safar 1430 hijrah….sudah lama aku tidak mengungkapkan kata hatiku. Ya Allah sesungguhnya Kau mengetahui apa yang tersirat dalam hatiku ini, hanya engkau yang mengetahui dan lagi maha mengetahui.aku berharap pada mu Ya Allah. Dengan apa yang dikatakan oleh sinse ku mula tersedar mungkin ada hikmah disebalik sesuatu itu, tapi Ya Allah ku memohon pada-Mu agar aku ditetapkan iman, mungkin ada kebaikannya jika aku masih solo kerana aku tidak perlu melakukan zina,iaitu dosa besar yang aku sendiri takut untuk menanggungnya. Ku bersyukur ya Allah, kerana aku diberi kesempatan untuk membetulkan diriku ini. Jika aku bercinta mesti pelbagai maksiat yang aku kan lakukan dan myb tak tertanggung dosa dan takut untuk aku memikirkan. Sedangkan sekarangpun telah banyak dosa yang aku lakukan. Ya Allah ampunkan lah dosaku.jika masih ada kesempatan jodoh untukku Kau kurniakanlah kepada ku suami yang beriman yang akan bersama membimbing aku dan zuriat- zuriat kami. Selain itu, ya Allah andainya sudah ditakdirkan untuk aku menyambung master aku disini kau kurniakanlah kepada ku jodoh yang benar- benar memahami dan akan memberi sokongan kepada ku dalam usaha ku untuk menuntut ilmu.


Kerana sesungguhnya ilmu yang ku tuntut ini adalah kerana mu Ya ALLAH, Jika tiada redha Mu apalah guna untuk ku berhempas pulas menuntut ilmu ini. Sesungguhnya dengan redha dan keberkatan-Mu lah aku dapat memanfaatkan apa yang aku peroleh ini. Sesungguhnya ku balajar ini adalah kerana mu ya Allah dan untuk membalas kembali pengorbanan kedua ibu bapaku yang ku sangat cintai dan semua ahli keluarga ku yang menjadi pemangkin semangat untukku bertahan dan sabar dalam menghadapi segala cubaan dan dugaan ku ini. Berilah aku kekuatan ya allah untuk meneruskan perjuangan ku ini. Kerana apa yang aku lakukan adalah kerana Mu dan berilah aku kekuatan, semangat dan azam yang tinggi utk ku teruskan jihad ku ini dalam menuntut ilmu. Bantulah aku Ya ALLAH dan perkenankanlah doa hambamu ini ya Allah. Bantulah aku….ku bermohon pada mu bantulah aku..Ya Rahman Ya Rahim pada Mu ku bermohon.


No comments: