Thursday, April 30, 2009

SELESAI SUDAH MENJAWAB SOALAN FALSAFAH

sekarang ni memeng tengah musim exam kat UKM..Aku lah salah seorang student yg terkena demam exam ni huhuuu....macam ku katakan selesai sudah aku menjawab soklan pengantar falsafah...memang penin pala menjawab persoalan falsafah n bertambah lg la penin pala ku ini nk membaca n memahaminya.....

tapi syukur Alhamdulillah aku bolh plak menjawab dengan lancar myb ni semua berkat study group yg kita org tubuhkan.....thnks semua geng study group aku yg memberi sumbangan idea masing2 supaya persoalan yg fenin bila kita discus dah jadi x fenin kan heheeee.....moga kita semua beroleh kejayaan di dunia n akhirat......

ok kat bawah ni aku cba nk bg somthing tentang pengaruh agama ke atas moral manusia dari pandangan falsafah etika...kalo dh bca soklan pun fenin kan tmbahan plak nk kna wat tugasan ni..memnag mencabar bila aku n 2 lg member aku yg len kna wat tjuk ni n masa present memang kna hentam teruk la dgn prof....huhuhuu memnag sedih la masa tu....biasa la kan kita org girl mesti la emo skit hehheee....

tp pape pun thnks Prof coz dr teguran la kami cba mncari bhn bacaan yg lebih bnyk utk nk membetulkan kekurangan yg terdapat dalam esei kita org huhuuu....n mstilah berjaya kan.....usaha kan tangga kejayaaan.....

be4 tu biar ana terang dulu apa itu falsafah etika....mcm pro la plak kan hehhee...x pa belajar kalo salh tolg tunjukkan taw.....

Falsafah Etika

Falsafah etika adalah gabungan daripada perkataan falsafah dan etika. Perkataan etika berasal daripada perkataan Greek iaitu ethos yang bermaksud karektor, perangai, ataupun sikap. Manakala dari segi istilah pula, etika bermaksud sebagai satu kajian bersifat falsafah terhadap moral iaitu mengkaji tentang moral dan tingkah laku manusia terutamanya dalam konteks hubungan manusia sama ada melibatkan perihal peribadi, sosial, atau politik yang mana akan dinilai dalam bentuk baik atau buruk.

Etika adalah teori tentang kelakuan yang betul dan menjalani kehidupan yang baik. Dalam erti kata lain, etika adalah mangenai kehidupan yang baik, iaitu tentang apa yang lebih baik dan apa yang lebih buruk. Prinsip tingkah laku manusia ini akan dijustifikasikan secara rasional berdasarkan akal. Etika menurut perspektif ahli falsafah Yunani adalah pencapaian kehidupan yang baik serta mengkaji hakikat atau istilah perbuatan seperti hikmah, baik cinta dan sebagainya.

Secara keseluruhannya, boleh disimpulkan falsafah etika adalah satu bidang yang mengkaji tentang tingkah- laku dan moraliti manusia. Falsafah etika juga merupakan satu kajian secara formal ke atas standard moral atau kelakuan manusia dalam masyarakat. Kajian mengenai falsafah etika ini juga adalah untuk mengetahui sejauhmana unsur- unsur moral yang tersemai dalam masyarakat dan bagaimana ianya membentuk budaya kelakuan seseorang itu.

Memandangkan kehidupan manusia sentiasa memerlukan peraturan- peraturan dan juga penilaian dalam membuat keputusan, ,maka falsafah etika berperanan dalam mengisi keperluan ini. Dalam erti kata lain, falsafah etika menghubungkan antara tingkah laku individu dengan akal. Penilaian terhadap kepercayaan, perasaan atau tindakan seseorang adalah bergantung sejauh mana ia gagal atau berjaya memberikan respon melalui akalnya



Tuesday, April 28, 2009

BERILAH AKU KEKUATAN

SUBHANALLAH.....syukur ke hadrat MU Ya A llah dengan limoah kurnianya ku masih dapat hidup dan bernafas di muka bumi Mu ni ya Allah...

sebenarnya dah lama la juga aku tidak mencoretkan pape dalam blog ni...dah dekat 2 mngu rasanya..tp entah la..aku sendiri pun dah buntu...biasa lakan minggu exam memang la macam tu hheeee demam exam la katakan...

seriously..ku rasakan petang ni aku dah x leh baca lg n kepala ku rasa berat sangat..n kalo ku baca pun msti dah x bolh nk masuk...so..teringat la plak kat blog kesayanganku ini yg memng x berapa lawa pun..coz aku x taw sangt nk update bg jd lawa cam blog org len hahahaa....tu la al kisah sebenarnya...huhuuhuu....xpa lepas exam abih ni aku akn cba cr cara cm na nk update blog ku ni bg jd cun cam blog org len....hahaaa just wait n see....

aku sebenarnya x sabo nak tunggu abih paper n aku nk balik kg...waaaa coz aku rindu bangat kat mak n ayah n family aku yg len....n tp aku blik ni pun ada mtlamatnya nk kna cari bahn utk tesis coz pejam celik tup2 aku dah nk masuk thn akhir thn 3 bln 7 ni...cepat kan masa berlalu....

masa memang sentiasa berlalu tp kita ni ja la sbg manusia yg kadang-kala leka wat smntara..n lps tu baru nk menyesal...betul x...hahhaa just panduan utk kesedaran aku sama....

ok lah dah xda idea nk coret apa lg...krn sememngnya aku hnya ingat kan exam ja n aku nk wat yg terbaik dan dpt good result....insyAllah n Aminnnnnnnnnnn

Wednesday, April 15, 2009

jahat kah aku..

tertanya aku sendirian mengapa aku bersikap macam ni...seperti yang telah ku katakan aku hanya lah manusia biasa x dapat lari dari perasaan marah, benci dan geram....
dalam setiap pergaulan mestilah ada batasnya...tapi mengapa aku harus hadapi semua ini...
aku memang x faham dengan orang zaman sekarang bila kita tidak buat mereka akan katakan kita sebagai seorang yang kolot....heeee x faham la aku dalam menghadapi situasi ini...sapa mereka yang nak menghukum aku...janji apa yg aku lakukan x salah di sisi agama...

aku betul2 sediah dengan sikap sahabatku yang tak taw nak menghargai perasaan aku..bukan aku mnta perhatian yg melampau dari mrk...tp entahlah bila susah bru nk cari x fahamnya aku...
biarla mereka buat kat aku macam ni krn Allah ada bersama- sama aku....

aku hanyalah insan biasa penuh dengan salah dan silap....

Wednesday, April 8, 2009

DI MANA SIKAP T'JWB MEREKA SBG PELAJAR...

SALAM....aku memang betul2 benci dengan manusia yg x bertanggungjawab n aku bnci dgn mereka yang hipokrit....aku taw sifat ku ini salah di sisi Allah...Tp aku hnya insan biasa x lari dr perasaan bnci, meluat dan geram............

Arghhhhhhhhhhh...napa la semua ni terjadi...kenapa dia orang yang bergelar pelajar x bertanggungjawab n selalu ponteng klas..kemudian tidak jujur pada diri sndiri, pensyarah dan yg pling penting dia org ni x jujur pd Allah...mengapa harus berlaku penipuan jika sekali sekala n ada sebab tertentu myb bolh di maafkan...tp mrk telah menyusahkan kawan2....

jika mrk ada bnyk reja, tido lewat org lain pun bergelar pelajar jga n ada komitmen yg lain...knp dia org hanya pentingkan diri...bkn niat di hati aku nk jeles tp aku x ska dgn perangai dia org ni dan aku hnya melihat saja perkara mungkar ini terjadi di depan mata...bersalah kah aku Ya Allah..sedangkan aku tidak bersubahat dgn mereka...bntu lah aku ya Allah supaya aku tenang dan sabar dlm mengharungi dugaan yg mendatang...sesungguhnya aku menuntut ilmu adlh krnMU dan ingin mndpt keberkatan dan keredhaanMu......

jika mls datang kelas bersikap jujur la...jika da hal yg betul2 urgent ok la jga ni x...tanpa sebab n alasan yg kukuh mrk suka- hati je ponteng klas....argh mlas nk ulas lanjut....tmbh dosa den ado la...biarlah Allah melihat apa yg kalian lakukan....dan Biarlah ALLAH yg menentukannya...aku x mau mnnjd mnuasia yg bersubahat....nauzubilllah....mnta dijauhkan...Aminnnnnnnnnn

Sunday, April 5, 2009

renungan dan ingatan bersama...

aku benar2 tertarik dgn artikel yg tersiar dlm iluvislam...aku adlh salah seorg ahli iluv isla....
saja je aku copy n paste artikel ni kerana aku suka akan renungan yang ada dalamnya dan penuh penghayatan jika kita amati dengan teliti.....bukan bermakna aku anti couple.....sapa x mau disayangi dan menyayangi seseorang tapi biarlah apa yg ingin kita lakukan berlandaskan ajaran Allah....kerana setiap pa yg kita lakukan dicatit amlan kita......

aku juga ingin merasai di sayangi tp...aku hnya bersabar krn aku yakin akan mendapat jua apabila sudah smapai jodoh ku utk bersuami...itulah landsan yg sebaik- baiknya.....moga hidup ku dirahmati Aminnnnnnn......

Allah telah menentukan bahawa ada perkara tertentu yang menarik perhatian di antara lelaki dan wanita. Dan untuk itu, Allah juga yang mengatur bentuk hubungan yang perlu dilakukan, agar di antara mereka tidak timbul perkara-perkara yang tidak diingini. Walaupun demikian, ramai juga manusia yang melanggar batas-batas tersebut sehingga mereka tertunduk malu kerana keterlanjuran yang mereka lakukan. Lelaki yang tidak mampu mengawal dirinya daripada daya tarik yang ada pada wanita, pasti mudah untuk melakukan perkara-perkara yang menjadi larangan Allah Taala.

Apabila membicarakan tentang fitnah wanita, bukan bermakna wanita itu jahat dan sukakan keburukan. Tetapi apa yang dimaksudkan ialah keadaan mereka itu mampu menjadikan lelaki lupa daratan dan apabila usaha pencegahan tidak dilakukan, akan berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini. Ini sudah pasti apabila lelaki yang berkenaan tidak berhati-hati. Bagaikan binatang ternak yang memakan rumput berdekatan dengan padang larangan, adalah mudah bagi binatang itu memasuki kawasan tersebut.

Fitnah ini boleh berlaku dalam dua keadaan, iaitu sebelum kedua jenis ini berkahwin dan ketika atau selepas lelaki dan wanita ini bernikah. Sebelum bernikah, Islam menentukan adanya mahram dan yang bukan mahram. Antara lain, adalah untuk memudahkan manusia mengetahui orang yang dibolehkan mereka berhubung atau bergaul secara bebas dan yang tidak boleh berbuat demikian. Perlanggaran pada ketentuan ini akan mengakibatkan perkara mungkar yang berlaku. Kebiasaannya manusia melakukan sesuatu yang tidak baik secara berperingkat-peringkat sesuai dengan bentuk kemungkaran itu.

Bermula dari dosa kecil seperti melihat, bercakap-cakap (berdua-duaan), berpegangan dan bersentuhan kulit dan akhirnya melakukan dosa besar. Orang yang berzina sebenarnya tidak ada harganya di sisi Allah, kecualilah dia bertaubat. Mengatasi masalah zina tidak dapat diatasi hanya dengan menyediakan rumah-rumah kebajikan bagi mereka yang telah terlanjur. Apa yang utama ialah memberi kefahaman kepada mereka tentang panduan agama dalam masalah ini dan dalam masalah kehidupan yang lain.

Islam dalam masalah ini, memperuntukkan hukuman yang berat kepada penzina, kerana mereka telah bersungguh-sungguh untuk memulakannya. Setelah berkahwin pula, seorang suami kadangkala tidak berupaya memimpin dengan baik dan sempurna. Ketenangan yang sepatut dikecapi semasa bernikah, hanya menjadi impian kosong. Bernikah dengan wanita pilihan hati rupanya tidak seindah namanya. Sebabnya ialah proses dan matlamat perkahwinan tidak menjejaki apa yang telah digariskan oleh Allah.

Kecantikan yang menjadi dasar pilihan itu rupanya bagaikan memetik mawar yang berduri yang tidak ada wanginya yang harum. "Hai orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka. Dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." (At-Taghaabun : 14)

Keadaan ini sebenar bukan suatu yang merendah-rendahkan wanita. Andaikata mereka mendapat pendidikan yang baik serta memahami tuntutan agama dalam perkara-perkara yang dihadapi, mereka justeru menjadi pendorong yang digigih. Sesuai dengan kejadian mereka seumpama daripada tulang rusuk yang bengkuk, kepemimpinan yang baik daripada pihak lelaki akan mampu membawa mereka ke jalan yang lurus. Jika demikian gambaran keadaan fitnah yang dihadapi melalui wanita, tentu lebih hebat keadaannya bilamana wanita itu aktif dalam perkara-perkara sumbang.

Kalau dalam masjid dan dalam rumah tangga keadaan boleh menjadi tidak tenteram kerana kurang fahamnya wanita terhadap sesuatu, tentulah lebih mencabar jikalau keadan ini digiatkan bila berada di luar masjid dan rumahtangga. Rasulullah saw pernah memberi pesanan kepada para sahabat baginda yang selalu duduk-duduk ditepi jalan agar menjaga hak-hak jalan, iaitu menjaga pandangan, tidak mengganggu orang yang lalu, menjawab salam serta melakukan pencegahan maksiat. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Said al-Khudry).

Ini bermakna, setiap anggota masyarakat akan menerima akibatnya apabila suasana maksiat disuburkan khususnya melalui wanita-wanita jahat. Tercatit dalam sejarah Islam, bahawa ayat 1-2 Surah at-Tahrim turun disebabkan angkara isteri-isteri baginda. Ketika baginda habis meminum madu di rumah isteri baginda Saudah, dia berkata bahawa ada bau yang busuk. Begitu juga ketika baginda selesai meminum madu di rumah Aisyah, dia diberitahu bahawa ada bau yang busuk. Lalu Rasulullah saw kerana untuk menjaga hati isterinya telah berjanji untuk tidak meminum madu lagi.

Allah lalu menurunkan firman Nya : "Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah halalkan bagimu, kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri kamu?" (at-Tahrim : 1) Perlu ditegaskan bahawa fitnah wanita tidak selalunya datang dari arah wanita itu sendiri. Bahkan selalunya godaan nafsu dalamlah yang menjadi pendorong bagi lelaki untuk mendekati wanita dan melakukan maksiat. Oleh kerana itu, wanita atau isteri bukanlah musuh yang sebenarnya yang perlu dijauhi. Perlakuan yang berlaku adalah antara dua jenis ini adalah gambaran umum tentang bentuk perhubungan yang diwujudkan.

Apabila masing-masingnya memberi perhatian yang wajar untuk sama-sama membina kebahagiaan, maka mereka akan mengecapinya dengan sempurna. Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah saw bersabda : "Sesempurna iman seseorang ialah yang paling baik budi pekertinya,dan sebaik-baik kamu ialah yang terbaik pergaulannya terhadap isterinya." (Riwayat Tirmizi). Dan dalam sebuah hadis dari Abdullah bin Amru al-Ash, bahawa Rasulullah bersabda : "Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah." (Riwayat Muslim)

KEMALASAN DAN KESENGALAN....

this is the true story wat i want to write in this blog.....

first story.....berlaku apabla ada dua 3 org member aku yg kaki ponteng klas...dah korang nk ponteng je la tp masalah ska menyusah kan org tu yg wat aku bengang....dah taw diri malas rajin2 kanla....

ingt dia orang ja ka penat n banyak asgment org lain pun ada asgment n reja banyak juga tp dia orang yang berkenaan n sebagai hmba Allah yg x malu ni suka hati ja sruh org lain sain kehadiran utk dia org....

cuba korang fikir aku bukan jeles tp rasa sakit hati mna tgjwab dia org sebagai seorang pelajar...malas nk ulas panjang2 tkut tambah dosa jer....

BIARLA PE ORG NK KATA YG PENTING pe ku nak luahkan ni benar moga Allah bersama- sama dgn ku dan Allah lbih taw segala-galanya n agar Allah membalas ats pe perkara kebaikan dan keburukan yang kita lakukan....

story 2.....ni mslah aku yg satu lagi....ada seorg member aku ni....memang la dia sakit...aku faham dia sakit...tp kadang2 bila dia x sakit dia telah membuat kan aku rimas n menyampah...
suka tnya org soal yg remeh temeh...n kadang2 tu suka preasure org....aku dah mula naik muak n menyampah dgn perangai hamba Allah ni....biar la ku gelarkan dgn hamba Allah....aku taw x baik membenci seseorang coz kita semua makhluk ciptaan Allah n semua nya ada kelemahan masing2....tp skrg ni aku memang dah mula menyampah dengan perangai HMBA ALLAH NI....
YA ALLAH AMPUNILAH AKU KRN SIFAT KU INI TP KU HANYALAH INSAN BIASA X DPT LARI DR PERASAAN SEBEGINI.....AMPUNILAH AKU YA ALLAH.....

BUKIT FRASER...

SALAM...TIME AKU POS BLOG NI BARU JA SMPAI KOLEJ KUL 8.15 TD....

PENGALAMAN g Fraser Hill...tempat nya seronok tp myb disebabkn skrg ni berlakunya global warming so...bukit tu pun dah x sejuk sangat...

thanks to my auncle n aunti bcoz they bring to fraser hill....w/pun tmpat dia x bnyak bnda menarik atlis ku dh pernah smpai kt sana...bes la jga...tp skrg dh x sejuk sangat la....kita org g 2 family uncle jo n uncle rosman....

Frase Hill ok tp dah xda bnyak benda menarik la...ingt ada la buah strawberi ke, ladang teh, ladang sayur n ladang bunga tp xda pape..just...bnyk rumah lama tinggalan British DULU LA....

Ape pun aku dpt pglmn yg menarik....terima kasih ya Allah krn kau brikan aku keluarga yg sentiasa saling tolg menolong....n beri aku kesempatan utk melihat kenikmatan ciptaan MU SUBHANALLAH...