Sunday, February 21, 2010

Ketentuan Ilahi

Assalamualaikum…sekali lagi entry sama yang masuk, kenapa lama sangat aku tak update blog. Aku still akan guna alsan yang sama, iaitu aku kekeringan idea dan tiada apa yang nak di tulis. Entah kenapa tetiba ja malam ni mata aku begitu payah untuk lelap. Jadi saja la nak mulakan langkah menulis esei. Alas an yang sama aku tak da idea nak mengarang esei.

Aku dibuai rasa bila terkenangkan mak dan ayah kat kampong. Sesungguhnya aku adalah anak manja ayah, jika ada apa- masalah aku lebih selesa berkongsi dengan ayah. Jika ada saja perihal kisah sedih atau gembira aku lebih gemar berkongsi dengan ayah aku. Sebab tu bila aku rasa sedih or gembira aku mesti ingatkan ayah aku. Pelik dan terbalikkan, selalunya anak perempuan lebih manja dengan emak, aku pula berbeza sikit. Sudah menjadi lumrah alam, bila berjauhan kita akan terlalu merindui orang yang kita kasihi. Itulah apa yang aku rasakan malam ni, perasaan rindu dan kasih ku terhadap mak dan ayah seolah- olah tidak dapat dibendung lagi. Kalau ada pintu ajaib Doremon ingin ja aku menjelma di hadapan kedua orang tua aku untuk memeluk mereka.

Kadang- kadang aku tertanya mampukah aku untuk menjadi seorang anak yang akan mmebahagikan mereka sehingga ke akhir hayat mereka. Mampukah aku melakukan sedemikian. Jika ditanya sekarang memang lidah akn berkata manis belaka. Tapi hakikat kehidupan yang bakal berlaku dalam detik 5 atau 10 tahun akan datang. Cuba fikir apakah kita akan menunaikan janji yang pernah kita taburkan dahulu. Ini adalah untuk ingatan aku. Mampukah aku melaksanakan apa yang telah aku janjikan. Oleh itu, aku meminta pada Yang Maha Esa agar aku ditetapkan iman untuk menjadi seorang hambanya yang beriman dan menjadi seorang anak yang solehah..aminnn …insyAllah…

JUMAAT: Adakah Ia Satu Kebetulan Atau Petanda? "Renungkan.. 27-11-2009 Jumaat Hari Raya AidilAdha, 18-12-2009 Jumaat Tahun Baru Hijrah, 25-12-2009 Jumaat Sambutan Krismas, 01-01-2010 Jumaat Tahun Baru Masihi, 26-02-2010 Jumaat Sambutan Maulud NABI SAW, 02-04-2010 Jumaat Matinya Yesus Kristus, 28-06-2010 Jumaat Hari Wesak, 05-11-2010 Jumaat Sambutan Depavali, 10-09-2010 Jumaat Hari Raya AidilFitri, 01-01-2010 Jumaat Gerhana Bulan, 15-01-2010 Jumaat Gerhana Matahari; Kepada semua kenalanku..sepertimana yang kita tahu melalui sabda Nabi MUHAMMAD SAW bahawa hari khiamat juga akan berlaku pada hari JUMAAT...sama2lah kita berdoa,beristigfar memohon keampunan dan keredhoan daripada ALLAH SWT.. renungan bersama.."

No comments: