Thursday, August 20, 2009

Yang Terbuku di Hati


بسم الله الرحمن الرحيم

di mulakan dengan lafaz Bismillah dan diakhiri dengan lafaz Alahamdulillah..begitulah sehari dalam hidup kita, moga2 diberkati oleh Allah....jadi kepada semua kawan2 seperjuangan yang dikasihi. dalam menghadapi ramadhan yang mulia ini marilah kita saling ingat mengingati, maaf segala kesalahan, dan buangkan segala apa yang terbuku di hati kita agar menjadi lebih tenang.

yang terbuku di hati, begitulah lumrah kita sebagai manusia dan insan biasa yang masih banyak kelemahan dan kekurangan yang perlu diperbaiki. ingatan ini termasuklah diri ku sendiri. kadang- kadang kita sebagai manusia biasa tidak menyedari akan kelamahan diri sendiri. Hanya sahabat yang baik akan menegur kelemahan kita, so..sbg manusia terima la segala teguran baik yang dilakukan oleh sahabat kita.Kerana sesungguhnya "seorang manusia itu harus cukup rendah hati untuk mengaku kesilapannya, cukup bijak mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup bijak untuk membetulkan kesilapannya."

seperti kata- kata hikmah yang dinyatakan oleh Hamka.."supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang...".
so..nak bagi taw kawan yang baik adalah dia akan menegur segala kesalahan kita untuk membentuk kearah kebaikan dan bukan bertujuan memuji dan mamalukan sahabat sendiri walaupun sedar sahabat tersebut melakukan sesuatu perkara yang tidak baik. syukur yang tidak terhingga sesungguhnya aku dikurniakan sahabat yang memahami diri ku ini,yang sudi menegur segala kesalahan dan khilaf aku selama ini. kerana kawan atau sahabat yang sejati ialah sahabat yang mencintai diri kita, meskipun telah mengenal diri kita yang sebenar- benarnya iaitu tentang kebaikan dan keburukkan diri kita. tepuk dada tanya lah iman..di mana tahap diri kita.

"apabila semua yang kita lakukan semata-mata kerana Allah kita akan temui ketenangan yang abadi..tiada kekecewaan, hanyalah redha dan sabar bila bersedih dan syukur bila gembira..."Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram". kerana sesungguhnya orang yang terlalu mengikut emosinya akan menyebabkan dirinya kehilangan adab.." Dengan gemerlap dan bersinarnya hati, maka akan lahirlah kebaikan. Tetapi dengan gelapnya hati akan lahirlah kejahatan. Apabila manusia telah mengenali hatinya, maka dia akan mengenali dirinya, maka akan mengenal Tuhannya."


sebelum kita sebagai manusia dan hamba-NYA ini yang banyak kekurangan. jadi, eloklah jika kita ingin memulakan suatu ucapan untuk menasihati sahabat dengan ucapan yang akan kita ungkapkan, eloklah terlebih dahulu kita menasihati seseorang itu dengan perbuatan yang kita lakukan untuk menasihati sahabat kita ke arah kebaikan. kerana kadang- kadang kata- kata yang diungkapkan sembarangan akan dapat mewujudkan perselisihan, kata- kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan, tetapi kata- kata yang diucapkan kena pada tempatnya dan penuh hemah akan meredakan ketegangan, manakala kata- kata cinta dan penuh dengan keindahan dapat menyembuh dan merawat hati yang sedang duka lara..

kerana dengan kata- katalah menyebabkan hubungan yang rapat menjadi renggang. ini disebabkan lidah yang panjangya 3 inci boleh membunuh diri manusia yang panjangnya 6 kaki. Lihat betapa hebatnya penangan "kata". tetapi sebaliknya pula dimana, kata- kata yang lembut bisa melembutkan hati seseorang yang keras seperti batu, manakala kata- kata yang kasar boleh mengasarkan hati yang lunak sperti sutera..Lihat betapa halus dan lembutnya perasaan manusia, hanya dengan kata- kata sahaja bisa membunuh, membuatkan seseorang itu berduka..

kadang- kadang kita sebagai manusia biasa sukar untuk memberi kemaafan bila hati telah terluka. tetapi pada hakikatnya, dengan memberi kemaafanlah dapat mengubat hati kita yang terluka.


untuk yang menjadi sahabat ku syukran ya-zillan / terima kasih atas teguran kalian selama ini..sesungguhnya dengan teguran kalian aku dapat memeperbaiki lagi segala kelemahan dan kekurangan ini ke aarah yang lebih baik..InsyAllah..Sahabat yang setia dan baik adalah pewangi yang mengharumkan, manakala sahabat sejati akan menjadi pendorong impian, sahabat yang berhati mulia akan membimbing kita ke arah kebaikan dan membawa kita ke jalan Allah.

di sini ku tinggalkan sebuah cerpen yang ku ambil dari laman web www.iluvislam.com..moga dgn cerita pisang dan hati ini menjadi iktibar buat kita semua...insyAllah..


Pisang dan hati….


Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup.
Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.













No comments: