Tuesday, August 18, 2009

Bila kesunyian Melanda…

Wah napa ni tetiba je keluar idea nk tulis bila kesunyian melanda. Mungkin kesunyian ini pernah melanda diri ku n sesiapa ja. Dan mungkin juga kita semua pernah merasakan kesunyian yang pernah melanda sanubari kita. Kesunyian yang dimaksudkan di sini ialah perasaan yg hening senyap, suasana senyap sunyi dan masing- masing membisu. Tetapi terpulang pada diri individu itu sendiri untuk mentafsirkan tajuk di atas yakni ” Bila Kesunyian Melanda”.



Apabila hal ini terjadi, kita semua termasukla diri aku sendiri akan merasa amat hampa, sedih, jadi tak tentu hala, kemudian kita pasti merasa diri kita ini amat hampa, ada sesuatu yang seakan hilang tapi kita x tau kemana sesuatu itu menghilang entah ke mana.

Hati kita pasti akan terasa macam terseksa hingga tidur kita sentiasa terganggu. Bila hal ini terjadi semasa kita merasa tak ada seorang pun yang dapat memahami kita, sehingga kita merasakan diri keseorangan kerana tidak ada tempat untuk berkongsi cerita duka dan derita dan berkongsi rasa. Sehingga ada ja hati kecil berbisik bahawa hidup kita akan merasa hidup ini makin tersiksa hingga ianya tak da pape makna lagi.

Bila itu la yang kita rasakan, mungkin diri kita ini sedikit alpa dan leka atau mungkin kita lalai. Kemudian barulah kita sedar dari mimpi yang lama, kemudian termanggu- manggu dalam kesunyian, pada hal di saat kita merasa semua kesunyian itu, sebenarnya Allah ada bersama kita.



Dia la Yang Maha Esa selalu memantau dan menemani dengan kasih sayang yang begitu mendalam. Dia la Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang yang selalu dan sentiasa menemani tidur kita yang sepi dan sentiasa melindungi diri kita yang lemah ini. Namun, adakah diri kita sedar dari tidur yang lena, bahawa hal ini hanya akan trjadi bila diri kita ini benar-benar mahu meyakini bahawa Allah itu benar dengan kewujudanNYA dan adakah namaNYa sudah benar2 tersemat dan termateri di hati kita. Atau dengan kata lainya , kita mahu beriman dan mencintai- NYA dgn sepenuh jiwa.



Pernah tak kita sedari akan hal ini???. Dimana Allah telah memberikan sebegitu banyak nikmat dan anugerah yang tak terhitung banyaknya, maka nikmat mana lagi yang nak kita dustakan.

Sesungguhnya Allah telah memebuatkan hati yang muram menjadi tenang, yang suram bercahaya dan yang kerdil menjadi raksasa. Jadi, bila kesunyian melanda, hati dan fikiran kita janganlah dibiarkan terus suram dalam kesedihan, kerna boleh jadi Allah ingin menganugerahkan rasa sepi dalam hati kita hanyalah untuk menguji sedalam mana cinta kita kepada- Nya. Sehinggakan dengan sepi dan kesunyian yang hadir dalam diri kita mampu untuk lebih khusyuk untuk mendekati- Nya.


kesunyian yang melanda ini bukanlah disebabkan masalah tetapi adalah disebabkan bila diri aku dan mungkin juga kalian yang terlalu leka dan lalai selama ini hingga terlalu jauh dgn pencipta-Nya..

sedarlah bahawa dari Dia kita datang dan dari Dia kita kembali.walau apu jua yang kita kejar ingatlah tanpa keredhaan dari-Nya siapa la diri kita ini...Wallahualam...


"kadang- kadang Allah Sembunyikan Matahari, didatangkan petir dan kilat, kita menagis dan tertanya- tanya kemana hilangnya sinar, Rupa- rupanya Allah nak mengahdiahkan kita pelangi yang indah."



No comments: