Tuesday, August 18, 2009

Bila kesunyian Melanda…

Wah napa ni tetiba je keluar idea nk tulis bila kesunyian melanda. Mungkin kesunyian ini pernah melanda diri ku n sesiapa ja. Dan mungkin juga kita semua pernah merasakan kesunyian yang pernah melanda sanubari kita. Kesunyian yang dimaksudkan di sini ialah perasaan yg hening senyap, suasana senyap sunyi dan masing- masing membisu. Tetapi terpulang pada diri individu itu sendiri untuk mentafsirkan tajuk di atas yakni ” Bila Kesunyian Melanda”.



Apabila hal ini terjadi, kita semua termasukla diri aku sendiri akan merasa amat hampa, sedih, jadi tak tentu hala, kemudian kita pasti merasa diri kita ini amat hampa, ada sesuatu yang seakan hilang tapi kita x tau kemana sesuatu itu menghilang entah ke mana.

Hati kita pasti akan terasa macam terseksa hingga tidur kita sentiasa terganggu. Bila hal ini terjadi semasa kita merasa tak ada seorang pun yang dapat memahami kita, sehingga kita merasakan diri keseorangan kerana tidak ada tempat untuk berkongsi cerita duka dan derita dan berkongsi rasa. Sehingga ada ja hati kecil berbisik bahawa hidup kita akan merasa hidup ini makin tersiksa hingga ianya tak da pape makna lagi.

Bila itu la yang kita rasakan, mungkin diri kita ini sedikit alpa dan leka atau mungkin kita lalai. Kemudian barulah kita sedar dari mimpi yang lama, kemudian termanggu- manggu dalam kesunyian, pada hal di saat kita merasa semua kesunyian itu, sebenarnya Allah ada bersama kita.



Dia la Yang Maha Esa selalu memantau dan menemani dengan kasih sayang yang begitu mendalam. Dia la Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang yang selalu dan sentiasa menemani tidur kita yang sepi dan sentiasa melindungi diri kita yang lemah ini. Namun, adakah diri kita sedar dari tidur yang lena, bahawa hal ini hanya akan trjadi bila diri kita ini benar-benar mahu meyakini bahawa Allah itu benar dengan kewujudanNYA dan adakah namaNYa sudah benar2 tersemat dan termateri di hati kita. Atau dengan kata lainya , kita mahu beriman dan mencintai- NYA dgn sepenuh jiwa.



Pernah tak kita sedari akan hal ini???. Dimana Allah telah memberikan sebegitu banyak nikmat dan anugerah yang tak terhitung banyaknya, maka nikmat mana lagi yang nak kita dustakan.

Sesungguhnya Allah telah memebuatkan hati yang muram menjadi tenang, yang suram bercahaya dan yang kerdil menjadi raksasa. Jadi, bila kesunyian melanda, hati dan fikiran kita janganlah dibiarkan terus suram dalam kesedihan, kerna boleh jadi Allah ingin menganugerahkan rasa sepi dalam hati kita hanyalah untuk menguji sedalam mana cinta kita kepada- Nya. Sehinggakan dengan sepi dan kesunyian yang hadir dalam diri kita mampu untuk lebih khusyuk untuk mendekati- Nya.


kesunyian yang melanda ini bukanlah disebabkan masalah tetapi adalah disebabkan bila diri aku dan mungkin juga kalian yang terlalu leka dan lalai selama ini hingga terlalu jauh dgn pencipta-Nya..

sedarlah bahawa dari Dia kita datang dan dari Dia kita kembali.walau apu jua yang kita kejar ingatlah tanpa keredhaan dari-Nya siapa la diri kita ini...Wallahualam...


"kadang- kadang Allah Sembunyikan Matahari, didatangkan petir dan kilat, kita menagis dan tertanya- tanya kemana hilangnya sinar, Rupa- rupanya Allah nak mengahdiahkan kita pelangi yang indah."



Monday, August 17, 2009

MUHASABAH CINTA

Wahai ....pemilik nyawaku...

betapa lemah diriku ini...

berat ujian dari MU...

Ku pasrah semua.. Pada MU...

Tuhan...Baruku sedar...

indah, nikmat sehari itu..

tak pandai aku bersyukur...

kini aku harapkan cinta MU...

Kata- kata cinta terucap indah..

mengalir berzikir di kidung doaku...

sakit yang ku rasa biar...

jadi penawar dosaku...

Butir- butir cinta air mataku..

teringat semua yang kau beri untukku...

Ampuni khilaf dan salah....

selama ini ya Ilahi...Muhasabah cintaku...

Hari Ini Dalam Sejarah

Huhuhuu..memeng teruk den kena tadi selepas membuat presentation. menurut pensyarah to be a good Historian don't to emotional with your research..

mendengar kata- katanya bedebuk sebiji kena betul2 kat kepala aku..di sini nak maklumkan bukan rasa sedih atau kecewa pun.tp just nak bg taw bahawa presentation yg aku wat memang betul2 lawak.sampai di gelar sebagai kumpulan yang terlalu emosi..pada hal this is not our mistake..dah buku rujukan yang kai guna tu menggunakan ayat2 yang terlalu emosi..so aku just rujuk buku tu..tp yg silapnya den lupo nak letak pernyataan tu dari sape...hahhaa tu yg dah kena sebiji padan muka..dah taw belajar sejarah n dalam menghasilkan penulisan sejarah mestilah bersikap objektif dan tidak boleh berat sebelah atau bias terhadap mana2 pihak..

Ala aku x kisah pun..pape hal belajar dari kesilapan itu pengajaran buat aku n the group. Apa yang penting adalah kerjasama dari kami sekumpulan kerana perbentangan kami di terima cuma ada ayat2 yg perlu di betulkan dan mesti di nyatakan ayat2 biadap tersebut dinyatakan oleh siapa...

so..hari ini dalam sejarah..memang aku malu pun ada bila kena tegur macam tu coz aku digelar terlalu emosi..Tp hakikatnya tak bolh salahkan aku coz penulis asal yg menyatakan perkara sedemikian aku hanya pelajar merujuk buku tersebut...so.. ini adalah kesilapan yang x boleh dilakukan oleh seorang ahli sejarah. Kerana bagi penulisan sejarah mestilah bersifat objektif..

so..bg memmber cos sejarah ingat jgn terlalu emosi atau bersikap bias dlm melakukan sesuatu kenyataan, kerana sesuatu kenyataan atau penulisan sejarah mestilah berdasarkan fakta yang kukuh dan boleh dipercayai sumbernya...

pape pun good job utk aku n the group coz presentation kami diterima dan boleh dijadikan nota utk exam ni..so dalam sedih ada gumbiranya juga. Padahal xda hal pun cuma perlu dibetulkan sikit ja lg ayat2 yang kureng sesuai gitu..hahhhaaa...

SEJARAH DAN KEHIDUPAN...

"SEJARAH DAN KEHIDUPAN" ni la tajuk blog aku ntah napa pala otak aku tetiba je nak letak tajuk blog cam tu...tetiba je lahir idea ni...myb disebabkan aku adalah ssalah seorang student sejarah kat sini...

setiap permulaan tamadun ada sejarahnya... so, begitu juga dengan setiap kehidupan sesebuah tamadun atau negara dan kehidupan manusia itu bermula dari sejarah...bak kata raja lawak Nabil."Lu pikir la sendiri"...

contohnya mengenai tugasan yg baru saja siap dibentangkan pada jam 11 pg...tajuk tugasa tersebut adalah tentang Hubungan Luar Malaysia- Singapura Serta Jalinan antara kedua- dua hub. tersebut.

ini la tajuk tugasan yang di beri. so, kami bertiga diminta untuk menghuraikan bentuk tradisi atau hub. tradisi yg telah terjalin lagi antara Malaysia - Singapura. kemudian kami juga diminta menyatakan sebab2 mengapa Singapura masuk Malaysia n kenapa berlaku pemisahan setelah 2 tahun bergabung dgn Malaysia. dan akhir sekali kami diminta menyatakan isu- isu yang melibatkan malaysia - Singapura yg sudah selesai dan masih juga x selesai sampai la sekrang..

HUbungan TRADISI MALAYSIA - SINGAPURA
Slide 3
§
Singapura asalnya adalah sebahagian daripada tanah jajahan kerajaan Melayu Johor Riau Lingga.
§Nama asalnya ialah Temasik yg merupakan sebuah perkampungan Nelayan
§Berdasarkan Sejarah Melayu, Temasik telah dibuka oleh Sang Nila Utama pada tahun 1299.
§Sultan Iskandar Syah atau dikenali sebagai parameswara yg merupakan pengasas Kesultanan Melayu Melaka, pernah menjadi pemerintah di Temasik selama lebih kurang 5 thun.
Slide 4
•Pada abad ke-19 Temasik berada di bwh pemerintahan Temenggung Abdul Rahman. Setelah itu Temasik dimiliki oleh Inggeris dan dinamakan Singapura.
•Namun Belanda juga mendakwa Singapura milik mereka.

Akhirnya termeterai perjanjian Inggeris -Belanda pada tahun 1824.
•Setelah menjadi hak Inggeris sepenuhnya , Singapura telah digabungkan dgn Melaka serta Pulau Pinang pada tahun 1826 dan dinamakan Negeri-negeri Selat.
•Di bawah British, Singapura telah membangun dari sebuah perkampungan nelayan menjadi pusat perdagangan serantau.

§
Slide 4
Pada abad ke-19 Temasik berada di bwh pemerintahan Temenggung Abdul Rahman. Setelah itu Temasik dimiliki oleh Inggeris dan dinamakan Singapura.
•Namun Belanda juga mendakwa Singapura milik mereka. Akhirnya termeterai perjanjian Inggeris -Belanda pada tahun 1824.
•Setelah menjadi hak Inggeris sepenuhnya , Singapura telah digabungkan dgn Melaka serta Pulau Pinang pada tahun 1826 dan dinamakan Negeri-negeri Selat.
•Di bawah British, Singapura telah membangun dari sebuah perkampungan nelayan menjadi pusat perdagangan serantau.

Slide 13
•Penubuhan GM –telah mengundang byk reaksi negatif
•Antara yang membantah ialah-Barisan Sosialis dan Parti Sekerja-bertentangan dgn reaksi rakyat yg mahukan kemerdekaan penuh bg Singapura.
•Persatuan2 di Sabah dan Sarawak-menggap penubuhan GM –neokolonialisme-
•Pemebrontakan juga tercetus juga di Brunei-
•Punca Konfrontasi dari Indonesia
•Di pihak TM-parti PAS menentang-Zulkiflee Muhammad ( wakil PAS menyal kewajaran Singapura mnyertai Malaysia)-dapat ditangani
•Akhirnya pada 16 September 1963 Malaysia telah diisytiharkan secara rasmi( TM, Singapura, Sabah dan Sarawak)

Slide 14
•Sepanjang penyertaan Singapura ke Malaysia- timbul pelbagai masalah terutamanya dlm politik. Kejujuran Tunku ternyata tidak dihargai oleh Lee-mengambil kesempatan.
•Buktinya- Lee telah menggunakan cogan kata “ Malaysian Malaysia” utk meraih sokongan bukan Melayu.
•Perbuatan Lee ini membawa kepada perpisahan Singapura dari Malaysia pada 9 Ogos 1965.

sebab2 pemisahan Singapura dari Malaysia adalah disebabkan:
1) masalah pertikaian politik antara semenanjung dan Singapura.
2) masalah sosial atau perkauman.
3) masalah peribadi dan ekonomi.

kesan daripada pemisahan:

Slide 22
•Pemisahan Singapura tlh menimbulkan bbrapa masalah bg Malaysia baik di dlm negeri mahupun di luar negeri.
•Berlaku rusuhan perkauman di Singapura sblm perpisahan dgn Malaysia. Berlaku 2 kali iaitu pd Julai & September 1964.akibat drpd penubuhan ‘Malaysian Malaysia’- bertujuan melwn UMNO & org2 melayu.
•Kesanya- org Eropah berpendapat bahwa org2 melayu tlh menguasai kerajaan pusat & tidak berlaku adil kpd bangsa2 lain- menimbulkan rasa tdak puas hati Tengku & org melayu
•Akibat drpd pemisahan ini Malaysia kehilangan sebuah drpd pelabuhan yg terbesar sekali di seluruh dunia & satu2nya unit yg paling dinamis, maju & memiliki industri yg besar di Asia Tenggara.
•Akibatnya- org melayu Sgapura kemudiannya merasa kesal krn sebaik saja berpisah dgn Malaysia. Bbrpa faedah politik yg dinikmati olh mrk tlh ditarik balik & trpaksa menyesuaikan dgn keadaan baru ini. Bila org melayu tertarik dgn keuntungan yg dijanjikan kerajaan Petir.

Kemudian dilihat kepada faktor berlakunya Konflik antara Malaysia- Singapura:

1) Hubungan Sejarah- melibatkan isu pulau batu Putih @ Pedra Branca dan Tanjong Pagar.
2) Ekonomi- melibatkan penambakan laut dan perdagangan Malaysia.
3) Keselamatan- MELIBATKAN pembelian peralatan kelengkapan perang yang canggih.

Slide 3
Slide 14
•

Ayat Seribu Dinar

pada petang yang indah dan syahdu ini..walaupun terasa sedikit keletihan setelah seharian menghadiri kuliah..

tp aku tetap nk menaip juga sesuatu..kerana bagi ku di sini lah duniaku kerana aku ingin kongsi rasa ku di sini...

mengikut tajuk yang diberi Ayat Seribu Dinar...kenapa ya?? tetiba je terasa nak letak tajuk tu...
hehhee saja nak syer n kongsi nabi kita Muhammada S.A.W...Menyeru supaya untuk menambah kan rezeki kita amalkan membaca doa ni selepas subuh..

tetiba ja baru teringat napa aku nk letak tjuk Ayat Seribu Dinar....coz bila aku menghayati maksudnya barulah aku faham bahwa sesiapa yang bertakwa nescaya Allah akan memberi @ membuka jln keluar bg hambanya..sesungguhnya dlm kesulitan aku menimba ilmu ini, aku yakin jika niat aku betul nescaya Allah akn mempermudahkan urusan aku dalam menimba ilmu ini. Aminnnnnnn.

di sini den nak poskan maksud ayat seribu dinar:

Bismillah-hirahmanirrahim....
Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
memberikannya rezeki dari arah yang tak disangkakannya.
barangsiapa bertawakkal kepada Allah, ALLAH akan mencukupkan (keperluannya).
sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakinya.
Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap- tiap sesuatu...

....AMINNNNNNNN....

Friday, July 17, 2009

PROGRAM SIREH PULANG KE GANGGANG




INI ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA PROGRAM YANG AKU TERLIBAT SEMASA CUTI SEM LEPAS....di samping aku n member menganjurkan program utk budak lower n upper 6...dengan wujudnya program ni membuktikan bahawa kami sangat menghargai bekas guru- guru kami yang telah mencurahkan ilmu pada kami semua...dan program yang kami namakan sireh pulang ke ganggang ini bertepatan dengan kami semua yang merupakan bekas2 pelajar sekolah menengah Kebangsaan Datuk Haji Ahmad Badawi, Kepala Batas

ketenangan

ya itulah ungkapan yang sesuai ku nyatakan disini....ingin rasanya ku mencari sesuatu yang baru..tapi...menjadi persoalanya sekarang aku tidak tahu apa yg ingin ku cari...aku akui kita sebagai manusia biasa kadang2 tidak puas dengan apa yang sudh kita miliki...

di sini aku ingin ungkapkan kenapa mereka tidak mahu bersyukur atas pa yang terjadi kerana sudah ku katakan manusia tidak tahu bersyukur dengan apa yang mereka peroleh.,..bila sesuatu yang mereka ada itu pergi atau hilang baru mereka tertanya- tanya kemana ianya menghilang...sedangkan pabila ianya muncul kita langsung tidak tahu menghargai...masyaALLAH....APA SUMA INI...