Friday, October 30, 2009

Pengemis Cinta-NYA

href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEierUzrP3r3xF4qvVLp1G17zFbSmdNdG9jFSC0OlPRx2PLIvdwHAozuzHAX0EfwTxWrVIYvLazYalRcdPnFO77wira9aBHYJU67-tqkHgT4sy08zXpsS6yQPNgIS2U4coOqIjsUCJye-Og/s1600-h/3909053417_ebc1c19a0c.jpg">
ASSALAMUALAIKUM...DAH LAMA RASANYA TAK MENULIS PAPE DALAM BLOG NI, bila dah terasa penat mengulangkaji pelajran for final exam...bila dah penat n letih mula la nak mencari sedikit kelainan, inilah cara aku iaitu dengan menulis sesedap rasa dan apa yang aku rasa...itu lah aku...who am I...masih seperti dulu...mencari dan ingin terus mencari kerdhaan ILAHI...


Terasa ingin mencurahkan segala rasa cinta yang aku rasa ini....setelah sekian lama tidak berhubung dan di saat ingin melepaskan segala- galanya..Tapi aku sebagai manusia biasa tak pernah terlepas daripada segala ujian dan dugaan ini. Aku redha dengan segala ketentuan- NYA.

Begitulah lumrah kehidupan Tidak akan diketahui kecintaan seseorang sehingga tiba saat berpisah. Tidak akan diketahui kesabaran seseorang sehingga tiba masanya dia patut marah.Dan tidak akan diketahui keberanian seseorang sehingga tiba waktu berperang. Hebat dan begitu puitis kata- kata tersebut.

sesungguhnya Tuhan tidak menilai rupa, Tuhan tidak menilai harta, Tuhan hanya menilai hati iaitu hati yang bertaqwa kepada-Nya...OH!! TUHANKU SIAPAKAH Diriku INI PADA pandangan-MU?..Termenung aku memikirkan apa yang telah ku nyatakan ini...

Jika aku atau kamu yang akan Berbicara tentang rindu dan cinta, tidak akan dapat lari daripada soal hati dan rasa. Ya, rindu dan cinta letaknya di hati – raja dalam kerajaan diri manusia.

Sabda Rasulullah saw:

“Bahawasanya di dalam jasad anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, baiklah seluruh anggotanya. Sebaliknya, jika jahat daging itu, jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah daging itu ialah hati.”
Riwayat Al-Bukhari...

alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5398432424326229458" />




Ini bermakna, rindu dan cinta yang harus bersemi di hati mestilah rindu dan cinta yang ‘baik’. Barulah hati akan menjadi baik, dan seluruh anggota jadi baik. Tapi jika rindu dan cinta itu ‘jahat’ maka jahatlah hati. Akibatnya jahatlah seluruh anggota. Kata orang, “berhati-hatilah menjaga hati.” Jangan dibiarkan hati itu penuh dengan rindu dan cinta yang salah… akibatnya terlalu buruk. Jadi, Tuhan sahaja yang memiliki segala-gala-NYA iaitu apa yang diinginkan oleh manusia.Tetapi apabila dua hati itu bertemu atas satu matlamat iaitu kerana ALLAH, itulah kebahagiaan yang dicari oleh setiap pasangan. insyAllah akan kekal hingga ke syurga...

saling mencintai lah hanya kerana ALLAH, saling menyayangi lah hanya kerana ALLAH, saling membahagiakanlah hanya kerana ALLAH, Kerana hanya ALLAH- lah yang dapat menimbulkan rasa cinta, kasih- sayang dan kebahagiaan tersebut..cinta pada bunga kan layu, Cinta pada manusia akan berpisah, Cinta pada ALLAH akan kekal abadi...




Apabila hati kita resah dan gelisah inginkan pembelaan, hakikatnya pada ketika itu hati kita sedang merindui yang Maha Adil. Ketika kasih-sayang terputus atau cinta terkandas di tengah jalan, kita inginkan sambungan… maka ketika itu sebenarnya kita sedang merindui Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ketika melakuakn kesalahan, diri kita akan merintih inginkan keampunan dan kemaafan, maka pada saat itu kita sebenarnya merindui Al Ghafar Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengetahui...

Oleh itu, Semua keinginan iaitu apa yang kita ingin, dan rasakan itu hanya akan dapat dipenuhi apabila manusia merapatkan dirinya kepada Allah. Allah yang punya segala-galanya itu. Allah sentiasa mahu dan mampu memberi apa yang diinginkan oleh setiap manusia sebagaimana Firman Allah S.W.T:

“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kepada-Ku nescaya Aku akan perkenankan".(AL- MUKMIN 60)

terasa Kerdilnya diriku ini, Terasa Rindu dan cintaku ini masih belum sempurna..
YA ALLAH PADAMU LAH AKU BERHUKUM DAN PADAMU LAH AKU BERSERAH DIRI, KAU AMPUNILAH SEGALA DOSA DAN KESALAHAN YANG TELAH AKU LAKUKAN BAIK YG AKU SEMBUNYIKAN ATAU KU NYATAKAN....

No comments: