Wednesday, October 28, 2009

kONTRAK SOSIAL DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA




KONTRAK SOSIAL DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA. SATU PENILAIAN DARI SUDUT SEJARAH.

Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang memperlihatkan perkembngan politik yang diwarnai oleh politik komunal. Ia merupakan sebahagian daripada warisan penjajah yang telah meninggalkan impak yang begitu besar dalam kehidupan masyarakat kita. Dasar kolonialisasi oleh kuasa- kuasa barattelah membawa kepada kewujudan masyarakat Pluralisme malah mencorak dan mempengaruhi perkembangan sejarah tanah air kita. Dapat dilihat sebagai satu bentuk hubungan yang yang bersifat dominasi dan eksplotasi krn kolonialisme bukan sekadar melibatkan penguasaan ekonomi dan politik malah turut cenderung menguasai minda penduduk.


Penggubalan Perlambagaan ersekutuan Tanah Melayu 1957, telah mengambil kira pelbagai aspek. Perkara yang penting ialah toleransi dan tolak ansur antara penduduk berbilang kaum telah berjaya membentuk satu pakatan murni dan menerima satu kontrak sosial dalam dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Kontrak sosial terdiri darpd dua elemen, pertama, penerimaan orang melayu terhadap sebilangan besar penduduk bukan melayu sebagai rakyat 'jus soli' bagi negara yang baru merdeka. Kedua, penerimaan penduduk bukan melayu terhadap pengiktirafan hak istimewa serta kepentingan kaum melayu. Aspek penting yang dimaksudkan di sini ialah kepentingan dan hak istimewa orang melayu, kedaulatan sultan melayu, kedudukan agama islam, dan bahasa malaysia sebagai bahasa kebangsaan.

Kontrak sosial merupakan persoalan yang sering dibahaskan oleh ahli- ahli politik mahupun gol. akademik. persoalan yg timbul sejauhmanakah ia masih releven dn kepentingan perjanjian tersebut dalam usaha pembentukan sebuah negara bangsa di Malaysia. Idea Kontrak sosial bermula di Eropah pada abad 17 dan 18 dan dipelopori oleh tokoh- tokoh seperti Jacque Rosseau, John Locke, dan Thomas Hobbes. Pada dasarnya, ia merujuk kepada persetujuan bersama di kalangan rakyat sesebuah negara berkaitan dengan hak dan tanggungjawab mereka.

Menurut John Locke ( 1632- 1704)dalam karyannya An Essay Concerning the True Original, Extent and End of Civil Government dalam SOSIAL CONTRACT. Beliau menjelaskan bahawa wujudnya tiga pihak dalam proses kontrak sosial ini iaitu, orang yang mencipta kepercayaan ( The Trustor), orang yang diberi kepercayaan (The trustee), dan mereka yang beroleh manfaat daripada pemberian kepercayaan tersebut (The Beneficiary).


manakala istilah Kontrak sosial mula mewarnai politik negara pada tahun 1986 dan ia digunakan buat kali pertama oleh ahli parlimen UMNO, Abdullah Ahmad menegaskan bahawa kemerdekaan neara serta kesinambungan politik Malaysia adalah berdasarkan kepada sistem politik yang didominasi oleh orang melayu. Kedudukan orang melayu dalam politik Malaysia perlu dipelihara dan sebarang usaha untuk mengahapuskannya bakal menggugat kestabilan negara.

Kontrak Sosial telah diperkenalkan dengan konsep dominasi melayu atau ketuanan melayu. Ia dilihat sebagai kesinambungan kuasa politik orang melayu dan turut memberi jaminan terhadap kedudukan serta keistimewaan orang melayu di Malaysia. malah Kontrak sosial dilihat semakin 'rigid' dibawah dominasi UMNO yang sering menajdikan isu tersebut sebagai modal untuk kepentingan politik masing- masing.

Ini jelas, apabila isu kontrak sosial mahupun ketuanan melayu sering menjadi tumpuan dalam setiap Perjimpunan Agong UMNO dimna para perwakilan mengambil kesempatan untuk menonjolkan diri dengan mamanipulasi isu kontrak sosial mahupun hak- hak orang melayu. Misalnya dalam Perhimpunan UMNO pada 2006, Perwakilan dari Melaka Hasnoor Sidang Hussin dengan lantang menegaskan bahawa UMNO sanggup berkorban dan bermandi darah untuk pertahankan bengsa dan agama mereka. Manakala, Perwakilan dari Terennganu pula memberi amaran bahawa hak orang melayu tidak harus dipertikaikan dan jika ia berlaku orang melayu bakal mengamuk dan peristiwa 13 Mei 1969 bakal berulang.

Konsep Ketuanan melayu yang dianggap sebagai pelindung orang Melayu dan dikaitkan dengan hak raja- raja melayu sebagai pemerintah negara sering menimbulkan perasaan kurang senang kaum lain. Ia seolah- olah meletakkan kaum lain di satu kelas yang lebih rendah daripada orang melayu. Ini jelas bercanggah dengan perlembagaan negara yang menekankan persamaan hak bagi semua warganegara tanpa adanya diskriminasi terhadap mana- mana bangsa mahupun agama. Malah konsep Ketuanan melayu dilihgatr sebagai satu elemen yang berunsur negatif dan melemahkan orang melayu dan boleh dikatakan sebagai bersifat perkauman. Menurut Datuk aid IBRAHIM, BEKAS MENTERI DI JABATAN PM.'ia mencerminkan orang melayu hanya mahu menjadi tuan tanpa mahu berusaha dan bertanggungjawab kepada diri sendiri. Ini jelas, memebri satu gambaran negatif kepada orang melayu yang dianggap hanya mahu hak- hak tertentu dan penghormatan serta pengiktirafan tetapi tidak mahu berusaha. Pada masa yang sama mereka tidak mahu membuktikan kemampuan diri sendiri serta mengelak daripada persaingan secara global.

Isu kontrak sosial makin menjadi panas selepas pilihan raya umum ke- 12 pada 8 mac 2008. Ia menyaksikan kehadiran lebih ramai ahli Pe=arlimen bukan melayu yang dipelopori oleh PKR dan PAP. Pelbagai polemik dan kontroversi yang tercetus dalam membicarakan kontrak sosial yang jelas menggambarkan ketidakmatangan politik negara yang masih diselubungi oleh politik perkauman. selain itu, turut disaksikan apabila ada segelintir pemimpin yang sengaja menegeluarkan kenyataan yang berbau perkauman yang tindakan tersebut dilihat mencurah minyak ke atas api yang marak. Dalam usaha untuk mengawal situasi yang semakin genting ini, kerajaan telah bertindak dengan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi menahan aktivis- aktivis mahupun wartawan yang terlibat dalam forum mahupun penghasilan artikel yang dikatakan menyentuk sentimen perkauman.

Tindakan sesetengah phak yang mempertikaikan kontrak sosial mendapat perhatian serius MAJLIS Raja- RAJA Melayu yang meminta semua pihak menghormati Perlembagaan Negara serta tidak menguji mahupun mencabare kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh pemimpin terdahulu.

kONTRAK sosial merupakan satu persetujuan bersama di kalangan pemimpin- pemimpin berbilang kaum dalam menentukan hala tuju negara kita ketika era kemerdekaan. Ia dilihat sebagai satu pakatan murni yang melibatkan toleransi antara kaum. Nmaun begitu, kontrak sosial sering dimanipulasikan oleh ahli- ahli politik demi kelangsungan politik masing- masing. Tindakan ini boleh mengakibatkan pemasalahn yang lebih kompleks dan sering mengakibatkan ketegangan antara kaum.

Lantaran itu, kontrak sosial terus diselubungi pelbagai kontroversi akibat daripada corak politik perkauman yang terlalu sempit. Ia sering menajdi percaturan politik oleh sesetengah ahli politik yang ingin menonjolkan diri sebagai jaguh untuk kaum tertentu. Tindakan yang menghalang untuk diadakan sebarang perbincangan tentang isu- isu yang dianggap sensitif tidak mampu menyelesaikan masalah, sebaliknya akan menjadikannya lebih rumit. Sebaliknya perbincangan secara terbuka yang dilakukan secara terkawal dan penuh diplomasi dan profesional mampu untuk menyelesaikan pelbgai pemasalahan yang telah merenngangkan hubungan antara kaum.

Rujukan.

Berita Harian, 5 November. 2008
The Star, 31 August. 1986
Malaysiakini, 22 Novenber. 2006
Utusan Malaysia 17 Oktober 2008
New Sunday Times, 23 Disember 2007

PERINGATAN!!!!

Penulisan ini adalah atas dasar sejarah dan tidak ada kaitan pro kerajaan atau bukan kerajaan..aku adalah pelajar sejarah. Jadi, tulisan ini adalah berdasarkan faktor sejarah sekian terima kasih...

No comments: