Thursday, October 8, 2009

ketensionan melanda jadi la ayat merapu

Assalamualaikum....tetiba jer kuar tajuk macam tu...hahhaa nmpak sangat malam ni kepala aku tengah berserabut....ntah la apa yg difikirkan pun x taw...nasib baik fikiran aku masih waras...kalo x pandai nak kontrol dah lama jadi salah seorang penghuni wad kat hospitl Tanjung Rambutan or Tampoi....

tengok tu merapu lagi...bila nak berubah pun x taw..teruk betul behavior aku ni....Astafirullahalazim....iemah..2..x

bukan apa tengah dok mengkorek asgmnt lama yg dari tahun satu sampai la ke thn dua...tetiba je terjumpa somthing madah yang telah dihantar oleh seorang kawan...so bila baca nampak macam menarik la plak...tapi agak kejiwang- jiwangan la skit...hehhehee...


MADAH CINTA

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa

mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

coz dia ada jauh dari aku skrg..hahhaaa

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan

untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua

mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya

menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan

telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang

untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu

masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu

masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu

tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat

melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan

walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang

masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.

Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun

mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka

yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk

membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang

tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran

akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu

pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta

yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada

hayatnya.

(ni mesti di luahkan pada yg berhak ye.eg: yg dah bergelar suami isteri ok)

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta

dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang

yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima

kasih atas kurniaan itu.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih

emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh,

penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan

kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak

mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai

seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian

untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati

seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting

sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum

mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri

mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu

bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya

untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak

bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai

kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya.

Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya

tanpa berpatah lagi.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang

dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak

perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya

setulus hati.

Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman

percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara

dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya

kerana dianggap seperti lautan madu -

lps tu terjadi la maksiat yg membawa kpd dosa.


Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat

membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi

kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi

miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut

oleh para pecinta palsu.

Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai

tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa

yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada

perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya

bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta

kepada Tuhan ertinya Takwa.

Lemparkan seorang yang bahagia dlm percintaan ke dalam

laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan

pula seorang yang gagal dlm percintaan ke dalam gudang

roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa

manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan

cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang

bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.

Cinta adalah keabadian... dan kenangan adalah hal

terindah yang pernah dialami

Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg

pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh

di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat

ditilik melalui hati dan perasaan.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu,

membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan

padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah

dasyatnya cinta !

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu

cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya

menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu

hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu

temukan di dalam dirinya.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta.

namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua

tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta

rasa tanda tanya dihatinya.

dan ikatlah cinta ini menjadi satu iaitu dengan termeterainya ikatan perkahwinan

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari

mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang

indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang

mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai

itulah yang sukar diperoleh.

Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan,

lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

Cinta sesuatu yg mengasyikkan, ia boleh membuat kita

hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah

jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi

racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta.

Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang

suci tanpa menodai keaslian pantai itu.

Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang

murni, luhur dan diperlukan.

Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu

tanpa pertimbangan yg rasional.



cinta pada manusia, manusia akn mati,

cinta pada bunga, ia akn layu,

hanya cinta pada Allah akan kekal abadi buat selama- lamanya..





No comments: