Sunday, November 15, 2009

Pendudukan Yahudi di Palestin

Pendudukan haram yahudi sejak 1967 dan respon rakyat Palestin
penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya.

Reaksi Rakyat Palestin Terhadap Kemasukan Pendatang Haram Yahudi.
Pengeluaran dokumen white paper pada sekitar tahun 1930-an adalah salah satu indikator yang menunjukkan bahawa sejak dari awal lagi penduduk Palestin baik islam, kristian mahupun yahudi oriental tidak menyenangi kemasukan pendatang yahudi ashkenazi yang semakin hari menjadi semakin ramai. Kedatangan pendatang yahudi menurut mereka memberikan kekacauan dan masalah ekonomi serta sosial. Oleh kerana itu British atas desakan penduduk Arab Palestin telah membuat resolusi white paper bagi mengehadkan kemasukan pendatang yahudi ke tanah Palestin. Bgai penduduk Palestin, kemasukan pendatang yahudi yang semakin ramai dianggap akan mengancam identiti nasional mereka sebagai warga peribumi Palestin.
Oleh kerana white paper dianggap sebagai sebuah resolusi yang kurang berjaya, akibat daripada tiadanya penguatkuasaan yang ketat serta tekanan dari pihak luar kepada British supaya membuka pintu masuk Palestin kepada pendatang yahudi, penduduk Arab Palestin telah mengadakan rusuhan dan gerakan-gerakan keganasan bagi mengusir pendatang yahudi ini. Tindakan ini telah dibalas oleh pendatang yahudi yang bergerak dengan pertubuhan pengganas bawah tanah seperti haganah dan irhun and levi atau stern gang. Kejadian balas membalas serangan semakin berleluasa antara kedua belah pihak dan British tidak berbuat apa-apa bagi meleraikan kekacauan yang berlaku. Kemasukan secara haram pendatang yahudi yang diatur oleh Yishuve dan mossad juga meningkatkan lagi ketegangan diantara yahudi dan palestinian. Oleh keranan isu konflik ini tidak dapat diselesaikan oleh pihak British, maka British telah menyerahkan masalah ini kepada pertubuhan bangsa-bangsa bersatu yang baru sahaja ditubuhkan pada masa ini.

Bagi menyelesaikan isu perbalahan diantara warga Palestin dan pendatang yahudi, PBB telah mengeluarkan satu pelan iaitu Pelan Pembahagian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Palestin atau Resolusi 181. Resolusi ini merupakan pelan yang diambil daripada keputusan Perhimpunan Agung pada 29 November 1947. Keputusan tersebut membenarkan penubuhan dua negara, satu untuk orang Arab dan satu untuk Yahudi dan menyediakan rangka kerja untuk kesatuan ekonomi serantau. Perhimpunan Agung itu juga memutuskan bandar Baitulmaqdis hendaklah ditadbir oleh pentadbiran antArabangsa khas di bawah PBB. Satu jangka waktu peralihan di bawah kelolaan PBB bermula dengan pelaksanaan resolusi tersebut yang mahukan pengunduran beransur-ansur tentera British, penamatan Mandat British atas Palestin pada 1 Ogos 1948 dan kemerdekaan penuh dua negara tersebut pada 1 Oktober 1948.

No comments: