Wednesday, September 30, 2009

BANGUN MENJADIKAN MIMPI SEBAGAI REALITI

Tidak semua dari kita dilahirkan dalam dulang emas. Dan tidak semua dari kita yang lahir terus mengecap kemewahan. Ada yang terbatas kehidupannya. Ada di antara kita yang lahir diceruk kampung, jauh dari kemudahan, jauh dari segala peralatan moden. Jadi, marilah sama- sama kita renungkan..

Tetapi, ketahuilah bahawa keterbatasan yang telah ditentukan untuk kita, seperti yang yang lahir di ceruk kampung, jauh dari kemudahan, jauh dari peralatan moden dan sebagainya. Ingatlah sesungguhnya semua itu tidak sesekali boleh menjadi penghalang untuk kita semua dari terus berusaha dan berusaha, dari terus maju, dan seharusnya kita semua mesti memperbaiki kehidupan dan diri kita untuk menjadi lebih baik dan terbaik.

Keterbatasan atau kemiskinan tidak sama sekali dapat membezakan akal dan kemampuan berfikir kita dari orang lain. Itu cumalah satu ujian kecil kepada kita. Maka, marilah kita semua terus bangkit dan bangun mencapai cita-cita kita kerana,

Setiap orang berhak bermimpi dan menjadikan mimpi sebagai satu realiti! termasuk lah diri ku sendiri..Kerana aku juga mempunyai mimpi dan impian yang ingin ku capai..

aku juga adalah insan yang lemah, hinggakan kadang- kala aku mengeluh dan sedih dalam kesempitan yang aku lalui ini...tetapi aku tetap bersyukur dalam kealpaan aku ni masih ada Allah untuk aku mengadu...sesungguhnya dengan mendekatkan diri kita kepada- NYA kita akan mendapat kekuatan dan akan lebih bersemangat untuk terus berusaha dan tak akan pernah mengeluh dan sedih dalam kesempitan yang kita hadapi. tetapi sebaliknya lebih bersemangat untuk meneroka hidup dan minda kita untuk terus menjadikan mimpi kita sebagai realiti..

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." [-Surah At-Taubah ayat 129-].

“Jika kamu mahu menjadi seorang yang mempunyai pandangan, jadilah seorang yang mempunyai pendirian. Sesungguhnya pandangan menjadi rosak, apabila kamu berbelah bagi”.

"tunjangkan resahmu di dada solat,himpunkan taubatmu di genggaman doa,tutupkan kecewamu dengan taqwa,nilaikan kesucian hati orang lain melalui cermin2 kesucian hatimu..". InsyALLAH hidup kita akan sentiasa di bawah lindungan-NYA dan hati akan menjadi lebih tenang...

"Dengan gemerlap dan bersinarnya hati, maka akan lahirlah kebaikan. Tetapi dengan gelapnya hati akan lahirlah kejahatan. Apabila manusia telah mengenali hatinya, maka dia akan mengenali dirinya, maka akan mengenal Tuhannya." ( Imam Al- Ghazali r.a.)

Igatan ni adalah untuk diri ku sendiri...sesungguhnya kadang- kala aku turut alpa dalam menilai pendirian ku...sesungguhnya ynag baik itu adalah dari ALLAH, dan yang kurang itu adalah dari kelemahan diri ku sendiri...

so..untuk semua rakan- rakan seperjuangan marilah kita semua bangun dan terus berusaha untuk menjadikan mimpi sebagai realiti, kerana hanya tinggal satu sem ja lagi untuk kita semua terus berjuang..moga Allah memberkati segala usaha kita ini...InsyAllah....aminnnnnnnn



No comments: