Friday, November 20, 2009

Alhamdulillah aku masih hidup pada usia ini...

Semalam 19/11/ 2009 genap usiaku 22 tahun..Terima Kasih pada kedua ibubapaku, keluarga dan semua teman- teman yang turut mendoakan kesejahteraan hidup ku...InsyAllah moga doa kita semua di makbulkan...Aminnn...Tiada apa yang aku dambakan cukup sekadar doa yang kalian sudi titIpkan buatku...hanya ucapan terima kasih yang mampu ku ungkapkan dan hanya Allah yang mampu membalas semuanya..InsyALLAH...Pejam celik sungguh pantas masa berlalu..

Aku tertanya- tanya adakah diriku sudah matang untuk terus meneroka hidup ini. Memang tak dapat dinafikan aku ada cita- cita yang ingin aku kejar, Terasa ingin mencoretkan sesuatu, tak dapat dinafikan dengan gelaran pelajar tahun akhir telah membuatkan diri aku terlalu sibuk..sehinggakan aku tidak pulang ke kampung pada cuti semester ini...

kalaulah ada insan- insan yang mengerti di sinilah duniaku, walaupun apa yang aku coretkan ini bukanlah 100 % kebenaran..tapi itu lah hakikat dan realiti yang harus aku, kamu atau kita semua harus hadapi dan lalui dalam menjalani kehidupan di dunia fana ini..apa yang aku coretkan di sini adalah dari pengalaman hidup aku dan teman- temanku sendiri...

Aku tertanya- tanya apa yang aku inginkan dalam hidupku ini??? Aku tidak mahu membuat apa2 permintaan, tapi aku ingin membuat satu titik perubahan dalam hidupku. Aku sedar umurku sekarang sudah menjangkau 22 tahun bukan lagi seorang yang berusia belasan tahun yang boleh mengambil mudah dalam semua hal..

tertanya- tanya pada diriku..apakah yang sudah aku lakukan sepanjang usiaku 21 tahun, sifatku dan sikapku adakah masih sama, suka membebel dan marah..aku juga masih lagi bersifat 'childish'..tu pun berlaku kadang- kadang tanpa diriku sedari..apa yang aku ketahui aku, masih ambil mudah terhadap semua perkara dan masih lagi bersendirian...tapi aku yakin semua itu ada hikmah disebaliknya..."Hasbunallah wa ni' mal wakil..Cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Dia adalah sebaik- baik pelindung"...

Tuesday, November 17, 2009

Apa Yang tidak diduga selalu jadi dgn tiba- tiba

merenung keindahan alam di waktu pagi yang dipenuhi kabus...kenangan di Fraser Hill...4- 5 April 2009...suasan yang hening dan penuh syahdu menjadikan aku bersyukur dgn ciptaan Allah yang Maha Agung...Subhanallah...


Persoalan yang pertama kenapa aku menulis di dalam blog ini...apa yang menarik...itu hanya diri aku sendiri yang mengetahuinya...memang mudah untuk menulis apa sahaja yang tersirat dan tersirat...Tapi di samping menulis sesuatu adakah aku mengerti maksud disebaliknya...Ask Yourself????


kadang- kadang betapa Mudahnya mereka bercakap soal hati, tentang perasaan sedangkan diri sendiri pun belum pernah bercinta. memang Mudah untuk kita berkata-kata, tetapi kadang kala memang sukar untuk diri kita melakukannya. bak kata orang, Cakap memang la senang dan mudah, tapi cuba la buat. Betul kata orang tua, bahu yang memikul lebih berat dari mata yang memandang. Benar juga kata pepatah orang putih, "try to be in her/his shoe, then you will understand".Maksud yang mendalam tu...

kenapa ye kadang- kadang kita sebagai manusia biasa terlalu berhati- hati dan berwaspada, Sehinggakan kadang-kadang menjadikan saya 'manusia yang pelik'. Tetapi bagi diriku, pengalaman hidup lah yang akan mengajar aku seribu satu ilmu. Liku-liku dan ranjau kehidupan yang dilalui selama ini, penuh onak dan duri menjadikan siapa diri aku yang sebenar pada hari ini. Aku akui, aku pernah melakukan kesilapan dan telah pun mengakui kesilapan yang aku telah lakukan.Tetapi yang peliknya tiadakah unsur kemanusiaan yang boleh dipertimbangkan. Memang manusia yang pelik kan, bagi aku, seolah- olah tiada hati perut apabila kesalahan yang telah diakui seperti tidak diberi pertimbangan.. Dan aku juga sedar, bahawa sejarah tidak mungkin dapat diubah apa yang tealah terjadi memang sudah terjadi dan akan terus kekal. Aku memang tidak mungkin mampu dan berdaya untuk mengubah masa. Biar mengalir airmata darah sekalipun, aku tetap tak mungkin mampu mengubah apa-apa.


Mahu atau tidak, aku menjdi redha dan pasrah dengan segala ketentuan Ilahi.Mungkin inilah Harga yang perlu dibayar kerana dosa semalam bukan sedikit. apa pun aku tetap Yakin bahawa Allah itu Maha Adil, suka atau tidak, aku harus menebus segala dosa-dosa yang pernah aku ukir dalam diari kehidupan aku selama aku hidup di dunia yang fana ini. Bagi ku Harganya memang tidak ternilai.
Akuhidup hari ini adalah kerana apa yang telah aku lakukan pada hari semalam.


Namun apa yang akan berlaku pada hari esok bukan kerana apa yang telah berlaku semalam. Jadi aku mesti berusaha sedaya upaya, bagi memastikan apa yang berlaku pada hari ini, penentu bagi sesuatu yang baik atau buruk pada hari esok. Kemarin yang berlaku adalah sejarah yang telah membuatkan aku menangis. Aku harus bangkit dan mencuba, meneruskan kehidupan ini tanpa terus dihantui kesilapan semalam. Bukan mudah untuk menghilangkan sejarah yang telah terjadi, tapi aku terpaksa! Terpaksa bangkit dari kesilapan lalu untuk terus maju di dunia dan akhirat...InsyAllah.



Memang diakui Sakit dan pedih yang aku rasa bukan sedikit. Bagi mereka yang pernah melaluinya mungkin akan memahami penderitaan dan kesakitan tersebut. Tiada siapa yang tahu cerita duka aku ini sepenuhnya kecuali Allah S.W.T? Ain, Najaha, krul teman saya yang paling baik dan rapat pun cuma tahu 1% daripada keseluruhan cerita. Dan mereka pernah memberi aku semangat dan kekuatan..Thanks A lot my friends..I'm Really appreciate. Thanx friends for always being there for me. Support me no matter how hard i am.Hanya Allah yang mampu membalas segalanya.. Alhamdulillah, selepas apa yang berlaku, aku memang telah hilang arah dan teramat kecewa dgn apa yang telah terjadi..tapi Alhamdulillah aku mendapat kekuatan dan waktu itu aku percaya, Tuhan akan memberi dugaan hanya kepada hamba2-Nya yang mampu dan alhamdulillah, i am still alive. till now..

Namun apa pun, aku sangat2 bersyukur kerana dengan nikmat Iman dan Islam ini masih kukuh ada dalam diri aku. Syukur kerana dikurniakan Keluarga yang amat menyayangi diriku. Alhamdulillah. Itu sudah lebih dari memadai.
Betul kata orang 'Experience is the best teacher' iaitu Pengalaman mampu mematangkan diri seseorang. Ramai yang belajar dari pengalaman, namun jangan kerana mahu belajar dari pengalaman sendiri, kita akan menyesal seumur hidup. Nasi sudah menjadi bubur tak mungkin dapat jadi beras semula.

justeru itu, berilah kemaafan kepada semua musuh atau orang yang pernah menyakiti hati kita, agar diri kita ini terhindar dari segala pemusuhan, iri hati, bentuk balas dendam, dan kebencian yang akan terus menyelubungi hidup kita.

Diantara perkara yang boleh membuatkan hati seseorang menjadi tenang dan lapang adalah dengan merenungkan keindahan ciptaan Allah Yang Maha Agung di alam semesta. maksudnya, semua ciptaan Allah dilakukan dengan perhitungan yang cermat, dgn hikmah, dengan kerapian, dan dgn berperaturan. sesiapa pun yg melihat alam semesta ini akan tahu bahawa di sana ada Tuhan Yang Maha Kuasa yang melakukan segala sesuatu dgn tidak main- main. Dialah TUHAN YANG MAHA AGUNG lagi MAHA MULIA...

Sunday, November 15, 2009

Faktor Perpindahan Yahudi Ke Palestin

Faktor Perpindahan Yahudi Askhenazim ke Palestin sebelum Perang Dunia Kedua
Perpindahan Yahudi Askhenazim ke Palestin disebabkan oleh beberapa faktor luaran dan dalaman. Faktor luaran yang menyebabkan perpindahan ialah Gerakan Zionis dan Deklarasi Balfour dan Perang Dunia Pertama. Manakala faktor dalaman ialah faktor ekonomi dan kewujudan Stern Geng.

2.1 Gerakan Zionis Dunia / WZO
Zionis terdiri daripada Yahudi. Namun tidak semua Yahudi adalah zionis. Petempatan awal zionis ialah di Bukit Zion. Orang-orang Yahudi telah mengagas projek untuk kembali ke Tanah yang dijanjikan yang terletak di Palestin. Gagasan ini muncul seiring dengan seruan untuk perbaiki kondisi sosial, politik dan penyatuan orang-orang Yahudi dalam wilayah suci seperti Palestin. Hal ini kerana menurut mereka penting dilakukan untuk menyelamatkan bangsa Yahudi dari kepunahan dan percampuran dengan bangsa-bangsa lain. Sebenarnya seruan untuk Yahudi balik ke Palestin telah muncul sebelum penubuhan gerakan Zionis ini.

Gerakan Zionist telah dipelopori oleh Moses Hess pada abad ke-18. Gerakan Zionis Antarabangsa ini mencapai usia lebih seratus tahun. Kongres pertama gerakan ini ialah pada tahun 1897 yang diadakan di Kota Bassel, Swiss. Kongres ini di ketuai oleh Theodore Hertzl mencapai kata sepakat untuk mewujudkan sebuah negara Yahudi.

Oleh yang demikian untuk merealisasikan hasrat ini hasil kongres ini meletakkan dua agenda utama iaitu pertama menyusun agenda Zionis yang dikenal dengan Agenda Basle. Manakala yang kedua mendirikan organisasi Zionis internasional untuk mewujudkan agenda Basl iaitu mendirikan negara nasional Yahudi di Palestina yang dijamin oleh undang-undang publik. Keadaan ini menyebabkan beberapa langkah telah diambil untuk merealisasikan agenda ini. Langkah yang pertama ialah mengembangkan pemukiman Yahudi di Palestina dan mendirikan perumahan-perumahan. Langkah yang kedua ialah koordinasi Yahudi internasional dan legalisasi hubungan yang mengikat mereka dengan organisasi dan institusi Zionis.

Selain itu, zionis juga menyebarkan semangat nasionalisme, mengembangkan rasa dan kesadaran nasional Yahudi internasional. Akhir sekali mendapatkan sokongan dan persetujuan negara-negara asing berkenaan dengan konsep negara nasional Yahudi di Palestina dan menguasai dunia dengan menundukkan bangsa non-Yahudi yang dalam terminologinya mereka sebut sebagai Goyim yang bermaksud kafir.

Melalui langkah-langkah dan objektif Zionis Antarabangsa ini merupakan faktor luaran yang menyebabkan perpindahan Yahudi Askhenazim ke Palestin. Gerakan ini mendapat sokongan yang kuat daripada pihak Inggeris. Keadaan ini dibuktikan apabila seorang pendukung setia gerakan Zionis berbangsa Inggeris iaitu Lord Shavetsiery mengusulkan projek untuk pendudukan Yahudi di Palestin. Selain Lord Shavetsiery terdapat juga penyokong gerakan ini di kalangan orang Inggeris antaranya ialah Toly Kraebak, penyair Byron dan novelis Walter Scott.

2.2 Deklarasi Balfour
Selain Gerakan Zionis, perpindahan Yahudi Askhenazim ke Palestin juga disebabkan termeterainya Deklarasi Balfour. Sewaktu Britain mengambil alih pentadbiran Palestin, jumlah penduduk Yahudi ialah 60,000 orang, iaitu kira-kira 10 peratus dari keseluruhan penduduk yang kebanyakan orang Arab yang beragama Islam. British telah meluluskan satu deklarasi, iaitu Deklarasi Balfour. Delkarasi tersebut dikemukakan oleh Author Balfour dan diluluskan oleh kabinet British. Surat tersebut ditulis pada 2 November 1917. Deklarasi Balfour merupakan bukti tentang penglibatan British dalam merealisasikan cita-cita Zionis di Palestin.

Deklarasi Balfour juga merupakan faktor luaran perpindahan Yahudi Askhenazim ke Palestin. General Alenby yang memimpin pasukan Amerika Syarikat di Timur Tengah telah mendapat bantuan peralatan senjata dari Rotschild. Akhirnya golongan Zionis telah mendesak Rotschild supaya mendekati Inggeris melalui penjualan senjata bagi membuka jalan bagi kaum Yahudi ke Palestin. Hasilnya, General Alenby yang memimpin pasukan Amerika Syarikat Timur Tengah telah mendapat bantuan alat senjata perang dari Rotschild bagi memudahkan perebutan Palestin dari tangan orang Turki-Jerman.
Sementara itu, bangsa Yahudi juga dijanjikan tanah Palestin. Inggeris pada ketika itu sedar mengalami kesukaran kerana tentera Jerman sudah banyak merebut daerah di Perancis Utara dan mendirikan garis pertahanan yang kuat untuk mengepung Paris, di Balkan. Tentera Amerika Syarikat di Timur Tengah turut mengalami kesulitan yang sukar diatasi maka, tawaran Rotschild diterima oleh Inggeris. Maka termeterainya perjanjian pada 2 November 1917 antara Menteri Luar Negeri Inggeris, J. A. Balfour dengan bankier Rotschild, ketua gerakan Zionis di Inggeris. Sejak itu, orang Yahudi giat membantu Amerika Syarikat supaya menang dalam peperangan dan mereka pula boleh balik ke Palestin.

2.3 Perang Dunia Pertama
Bagi British dan Perancis, Perang Dunia Pertama merupakan satu kesempatan yang baik bagi meluaskan empayarnya. Salah satu objektif mereka ialah melemahkan dan menamatkan kekuasaan Turki Uthamaniah demi kepentingan mereka di Timur Tengah. Selepas kekalahan Turki dan Jerman, kuasa berikat (British, Perancis dan Amerika Syarikat) telah membentuk mandat untuk mengambil alih tanah Jerman dan Turki yang ditawan semasa peperangan. Sistem mandat ini dibentuk pada tahun 1919 dibawah pengawasan Liga Bangsa-bangsa (League of Nations) dan selepas Perang Dunia Kedua oleh PBB. Kekalahan Turki Uthmaniah dan kelahiran sistem mandat ini merupakan peluang kepada pihak Zionis untuk menubuhkan sebuah negara Yahudi yang merdeka dan berdaulat di Palestin.

Akibatnya kemasukan yahudi secara haram pula berlaku dan hal ini menimbulkan kekacauan antara penduduk tempatan dengan pendatang ini. Rusuhan dan aktiviti gerila semakin berleluasa sehingga september 1939 walaupun white paper dikatakan masih berjalan pada masa ini. Pembunuhan dan pelanggaran hak asasi manusia terhadap Yahudi di Eropah turut menjejaskan lagi keadaan di palestin. Hal ini kerana semakin ramai yahudi yang masuk ke tanah palestine secara haram. Negara-negara lain baik di eropah atau di timur tengah tidak mahu menerima pendatang yahudi. Di samping itu, sepanjang abad pertengahan iaitu pada abad ketiga belas dan keempat belas, sejarah Yahudi menyaksikan kejadian berdarah penolakan terhadap bangsa Yahudi. Keadaan ini dibuktikan pada akhir abad ketigabelas diusir dari Inggeris dan dari perancis pada abad keempat belas. Hal ini menyebabkan bukan sahaja yahudi zionist malahan keseluruhan kesatuan Yahudi dunia mengistiharkan palestin adalah tempat bagi mereka menyelamatkan diri daripada penindasan di Eropah.

Kegiatan kemasukan haram yahudi ini sebahagian besarnya diuruskan oleh sebuah pertubuhan Yahudi yang bernama Mossad l'aliya Bet .Walau sehebat manapun pihak British cuba untuk menghalang kemasukan pendatang Yahudi ini namun sebahagian besar daripada mereka masih dapat lolos. Hal ini dikatakan oleh sebab bantuan daripada pertubuhan bawah tanah zionis iaitu haganah dan irhun lehi.

2.3 Penguasaan Ekonomi
Orang-orang yahudi Askhenazim bersikap kejam kerana mewarisi racun dan sikap yang negatif dari para pemimpin agama mereka yang jahat. Menurut Adolf Hitler, untuk menguasai perekonomian Jerman, orang-orang Yahudi Askenazim mulai dengan memberi pinjaman kepada masyarakat dengan bunga tinggi dan dengan cara kotor yang tidak wajar dikalangan masyarakat Nasrani Jerman.

Setelah mereka menguasai perdagangan dan perniagaan, mereka akan bergerak di dalam lingkungan mereka sendiri. Selain itu, mereka juga mendirikan negara di dalam negara lain sebagaimana kebiasaan mereka yang sudah diketahui banyak orang. Bunga yang mereka kenakan adalah untuk menheksploitasi kehidupan masyarakat lain. Semakin luas tanah yang dimiliki oleh mereka semakin buas tindakan mereka. Kekuatan yang mereka miliki dari segi ekonomi menyebabkan mereka berani bertindak sedemikian.

Gerakan perpindahan Yahudi Askhenazim ke Palestin
Gerakan perpindahan akan dilihat dari dua sudut iaitu gerakan dan pertubuhan yang menggerakkan perpindahan Yahudi Askhenazim serta proses gerakan Yahudi Askhenazim ke Palestin. Terdapat beberapa gerakan iaitu pertubuhan yang terlibat dalam perpindahan yang berlaku iaitu Stern Geng, Haganah dan Histodrut.

1)Pertubuhan Stern Geng
Stern Geng dikenali juga sebagai Irgun Zvai Leumi. Stern Geng merupakan sebuah pertubuhan yang memperjuangkan kebebasan Israel serta bergerak aktif di bawah British. Pertubuhan ini diasaskan oleh Avraham Stern. Selain itu, keanggotaan Stern Geng tidaklah ramai iaitu tidak melebihi beberapa ratus orang. Hal ini kerana Stern Geng lebih gemar bergerak dalam kumpulan yang kecil dan menumpukan kepada rancangan pembunuhan pegawai kerajaan.

Selain itu, Stern Geng dianggap sebagai pengganas dan radikal. Keadaan ini terbukti kerana mereka menyokong perampasan Palestin oleh British. Perpindahan Askhenazim ke Palestin sememangnya dibantu oleh Stern Geng. Hal ini misi utama penubuhan Stern Geng untuk membantu Yahudi perjuangkan kebebasan dan menubuhkan negara sendiri.

2)Pertubuhan Haganah
Haganah merupakan pertubuhan bawah tanah Yahudi yang ditubuhkan pada tahun 1920 hingga tahun 1948. Haganah ditubuhkan bagi menentang rusuhan orang-orang Arab yang berlaku sekitar tahun 1920. Haganah pada sembilan tahun pertama merupakan satu pertubuhan yang longgar dan tidak mendapat perhatian. Keadaan ini disebabkan tiada persenjataan yang lengkap serta latihan untuk melatih ahli-ahlinya.

Namun, selepas berlakunya rusuhan pada tahun 1929 Haganah telah muncul sebagai satu pertubuhan yang kuat dan membantu dalam perpindahan kelompok Askhenazim ke Palestin. Setelah menjadi pertubuhan yang aktif dan kuat, Haganah telah mengalami beberapa perubahan antaranya ialah sebuah pertubuhan yang keahliannya terdiri daripada dewasa dan remaja serta mempunyai jumlah ahli lebih 700 ahli di setiap bandar. Di samping itu juga Haganah telah menyediakan program latihan untuk ahlinya dan pegawai kerajaan.

Peranan yang dimainkan oleh Haganah seblum Perang Dunia Kedua tidaklah begitu banyak berbanding dengan selepas Perang Dunia Kedua. Walaubagaimanapun tetap membantu dalam perpindahan kelompok Askhenazim.

Bagaimana Yahudi Perolehi Tanah di Palestin
Seperti yang diketahui Kongres Yahudi telah memutuskan untuk merealisasikan impian Zionis iaitu kembali ke Palestin dan mendirikan negara di sana. Persoalannya bagaimana Yahudi mula-mula memperolehi tanah di Palestin. Pada mulanya Kongres Yahudi telah mengirim delagasi untuk berunding denagn Sultan Abdul Hamid yang merupakan Khalifah Muslimin yang tinggal di Turki. Sebenarnya pihak Yahudi telah berulang kali menghantar delagasi untuk mempengaruhi Sultan Abdul Hamid dengan emas yang banyak untuk mengembalikan Yahudi ke Palestin. Namun dapat dilihat usaha-usaha yang dilakukan gagal kerana keteguhan hati Sultan.

Selain itu, Perutusan Yahudi terus mnerus kepada Sultan contohnya salah seorangutusan menemui Sultan untuk meminta keizinan masuknya orang-orang Yahudi ke Palestin dengan tujuan melawat tempat-tempat suci mereka dan mendirikan sebuah perkampungan kecil berdekatan kota Jurusalem. Keadaan ini menunjukkan Yahudi sentiasa memujuk dan mencari peluang untuk masuk ke Palestin. Akibatnya Yahudi telah melancarkan provokasi dan gangguan kepada Sultan. Keadaan ini terjadi kerana orang-orang Yahudi berpura-pura masuk Islam untuk memegang jawatan tinggi dalam pemerintahan untuk melawan pemimpin-pemimpin Usmaniyah.

Di samping itu, Yahudi ini juga telah bersepakat dengan Parti Fatah Turki untuk menentang Sultan. Seterusnya pada tahun 1909 telah datang tiga orang lelaki mengadap Pemerintah Usmaniyah. Ketiga-tiga lelaki ini mempunyai perwatakan yan berbeza namun persamaannya masing-masing tidak sopan terhadap Sultan namun gagal. Walaubagaimanapun Yahudi tidak putus-putus menganggu pemerintahan Usmaniyah dengan melemparkan pelbagai fitnah. Keadaan ini terbukti apabila Yahudi berperanan dalam Perang Dunia Pertama.

Selepas berakhir Perang Dunia Pertama, pemerintah Usmaniyah telah berpihak kepada Jerman, manakala Yahudi pula terbahagi kepada dua iaitu satu berpihak kepada Jerman dan satu lagi tidak. Di samping itu, Jerman telah benar-benar mencapai kemenangan pada tahun 1915 dan telah berbincang dengan Sultan atas desakan Yahudi untuk mendapat tempat di Palestin namun masih tidak berjaya. Seterusnya dapat dilihat Jerman dan munculnya Amerika sebagai sekutu yang kuat dan menyebelahi Yahudi apabila lahirnya perjanjian Balfour.

Seterusnya, Orang-orang Yahudi telah dibenarkan oleh Inggeris untuk menziarahi ke ‘Dinding Tangis’ yang terletak bersebelahan Masjid A-l-Aqsa. Selain itu, mereka juga inginmeruntuhkan masjid tersebut dengan alasan tapak masjid tersebut adalah tapak kuil meraka yang diruntuhkan beberapa ribu tahun dahulu. Setelah itu pendudukan Yahudi berlaku secara bertahap dan Yahudi yang datang ini adalah kelompok Askhenazim.

3.3 Perpindahan Pertama Askehnazim
Perpindahan Yahudi Akhenazim ke Eropah bermula sekitar tahun 1800. Yahudi askhenazim berpindah secara beransur-ansuran masuk ke Palestin. Selain itu, bagi Hertzel, Palestin adalah target utama. Namun jika tidak dapat memiliki Palestin, Cyprus adalah pilihan kedua Hertzel. Napoleon merupakan orang yang pertama mengizinkan berdirinya kumpulan Yahudi di Eropah. Namun disebabkan faktor dalaman dan luaran yang berlaku Yahudi Askehazim ini telah berpindah kembali ke Palestin. Keadaan ini dapat dilihat apabila orang Napoleon mengajak orang-orang Yahudi bergabung dengannya merebut Palestin.

Selain itu, pada tahun 1878, Blackstone telah menerbitkan karya pertamanya yang berjudul “ Jesus is Coming” yang telah diterjemahkan ke dalam lebih 48 bahasa termasuklah bahasa Arab. Di dalam bukunya pada tahun 1909, Blackstone menyatakan bahawa kepulangan Yahudi ke Palestin adalah petanda datangnya akhir zaman. Di samping itu pada awal tahun 1891, Blackstone telah memimpin gerakan tanda tangan nasional di Amerika untuk mendukung negara Yahudi Palestin. Gerakan untuk mendapatkan tanda tangan ini mendapat respon positif daripada 413 orang terkemuka Amerika.

Di samping itu, di dalam buku “Keselamatan Alami” menyarankan agar orang Yahudi melakukan hijrah dan pendudukan serta mengajak para invenstor Yahudi memberikan bantuan kewangan yang diperlukan untuk membangun pemukiman dan kawasan pertanian di Palestin. Selain itu, mendirikan sekolah-sekolah pertanian untuk mengajar cara bercucuk-tanam kepada para imigran Yahudi Eropah.

Di samping itu, Adalah Yahuda al-Kalai (1798-1878), tokoh Yahudi pertama yang melemparkan gagasan untuk mendirikan sebuah negara yahudi di Palestina. Gagasan itu didukung oleh Izvi Hirsch Kalischer (1795-1874) melalui bukunya yang ditulis dalam bahasa Ibrani ‘Derishat Zion’ (1826), tentang kemungkinan mendirikan sebuah negara Yahudi di Palestina.Buku itu disusul oleh tulisan Moses Hess dalam bahasa Jerman, berjudul ‘Roma and Jerusalem’ pada tahun 1862, yang memuat pemikiran tentang solusi masalah Yahudi di Eropah dengan cara mendorong migrasi orang Yahudi ke Palestina.

Menurutt Hess kehadiran bangsa Yahudi di Palestin akan turut membantu memikul misi orang suci kulit putih untuk mengadabkan bangsa-bangsa Asia yang masih primitif dan memperkenalkan peradaban Barat kepada mereka. Selain itu, buku ini memuatkan pemikiran awal kerjasama konspirasi Yahudi dengan Barat-Kristian untuk menghadapi bangsa-bangsa Asia pada umumnya, dan dunia Islam pada khususnya. Seterusnya, untuk mendukung gagasan itu berdirilah sebuah organisasi mahasiswa Yahudi militan bernama ‘Ahavat Zion’ di St.Petersburg, Rusia, pada tahun 1818. Organisasi ini yang menyatakan bahwa, “setiap anak Israel mengakui bahawa tidak akan ada penyelamatan bagi Israel, kecuali mendirikan pemerintahan sendiri di Tanah Israel.

3.4 Gerakan Perpindahan Tahap Kedua.

Setelah mandat British mula terhadap Palestin, dasar yang pertama dilakukan ialah Ordinan imigrasi pada Ogos 1926. Semua orang Yahudi pulang ke tanah asal mereka. Golongan yang imigran ke tanah Palestin pada ketika itu golongan yang akan menghijrah ke Palestin dibahagikan kepada dua golongan oleh kerajaan Inggeris. Golongan yang pertama adalah mereka yang mampu memulakan kehidupan baru dengan cepat setelah sampai di tanah Palestin. Mereka akan menjalankan perniagaan atau perindustrian atau sebagai pedagang dan pertukangan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru.

Golongan yang kedua adalah mereka yang tidak berkemampuan memulakan kehidupan baru dengan cepat pada peringkat awal sampainya di Palestin. Maka golongan ini akan dibantu oleh organisasi Zionist untuk sementara. Maka, di bawah pembahagian ini, golongan pertama dibenarkan memasuki tanah Palestin tanpa had bilangannya. Namun, golongan kedua telah dihadkan oleh kerajaan dengan 16,500 keluarga pada tahun pertama di bawah jagaan organisasi Zionist. Dengan cara inilah orang Yahudi Askhanezim memasukki Palestin dan bilangan ini semakin bertambah. Di samping itu, Yahudi Askhenazim yang berpindah pada tahap kedua ke Palestin bukan sahaja datang dari Jerman tetapi dari negara-negara Eropah yang lain. Selain itu, orang-orang Yahudi adalah pendukung tersetia para raja dalam seterunya dengan para Bangsawan.
Yahudi yang tinggal di Inggeris turut dikenali sebagai kelompok Akhenazim.

Setelah berakhirnya Perang Salib pada tahun 1921, Raja Inngeris iaitu Edward telah mengusir orang-oarang Yahudi dari Inggeris. Setelah peristiwa tersebut, para pemimpin puncak di bangsa Yahudi telah merancang untuk mengacau bilaukan Inggeris. Keadaan ini dapat dilihat apabila belaku pertentangan antara Raja Inggeris dengan kebinetnya dan kemudian antara negara dengan gereja. Keadaan ini menunjukkan kelompok Askhenazim di Inggeris melakukan perpindahan setelah mendapat penindasan daripada Raja. Penindasan inilah yang memulakan gerakan perpindahan Askhenazim Inggeris ke Palestin.

Di samping itu, Yahudi kelompok Askhenazim juga terdapat di Sepanyol. Perpindahan Askhenazim di Sepanyol ke Palestin kerana diusir dan diperlakukan dengan kejam oleh kerajaan Sepanyol pada abad keenam belas. Selain itu, kebebasan mereka sebelum ini tergugat apabila raja Sepanyol, Ferdinand dan isterinya, Isabella memerintah Sepanyol sejak tahun 1492. Hal ini kerana pasangan ratu dan raja Katolik ini sangat kejam dan menyimpan dendam di dalam hati terhadap orang-orang Yahudi. Kedua-dua mereka ini berdendam kerana pengkhianatan Yahudi terhadap Isa al-Masih a.s dan penyerbuan mereka terhadap bank-bank rakyat yang telah mengakibatkan keruntuhan sendi ekonomi Sepanyol dengan sistem peminjaman yang dikenakan oleh Yahudi. Sikap Yahudi yang sedemikian telah menyebabkan raja Ferdinand menghalau mereka dan mereka telah bergerak pindah ke pelbagai wilayah dataran rendah seperti Amsterdam, London dan Perancis.

Seterusnya Yahudi di Rusia juga menerima nasib yang sama seperti Yahudi Eropah yang lain. Perpindahan Askhenazim ke Rusiabermula setelah kehancuran negara mereka di tangan bangsa Slavik. Keadaan ini telah menyebabkan mereka membentuk koloni-koloni yang ekslusif di Rusia buktinya Rusia adalah satu-satu negara yang mempunyai penduduk Yahudi terbanyak. Hal ini kerana Napoleon ini mengembalikan kekuatan nasional Rusia dengan memperkenalkan pelbagai aturan dan menghapuskan undang-undang yang telah membatasi gerak sosial dan ekonomi orang Yahudi sebelum ini. Keadaan ini memberi kesempatan dan peluang kepada Yahudi untuk bergerak secara bebas dan menguasai ekonomi serta menggunakan bahasa meraka secara eksklusif di tengah-tengah masyarakat Rusia. Namun, segala dasar baik yang dilakukan oleh pihak pemerintah tidaklah mendapat balasan yang baik dari orang Yahudi. Yahudi Kelompok Askhenazim telah menganggap pemerintah ketika itu iaitu Kaisar sebagai musuh lalu merancang pembunuhan Kaisar. Akibatnya Yahudi bergerak keluar menuju ke Palestin.

3.5 Statistik Kedatangan Kelompok Aaskhenazim ke Palestin.

Secara jelasnya kedatangan kelompok Askhenazim datang ke Palestin secara beransur-ansur. Pada tahun 1925, satu per empat dari pendatang Yahudi telah berjaya mengambil alih tanah-tanah ladang yang sebelumnya dimiliki oleh tuan-tuan tanah berbangsa Turki. Sebahagian besar mereka menetap di Tel Aviv. Dengan kemasukan imigran Yahudi secara besar-besaran, mereka dalam jangka waktu yang singkat berjaya menubuhkan institusi-institusi pendidikan, kebajikan, perniagaan, dan perubatan. Secara perlahan-perlahan umat Arab Palestin disingkirkan dari tanah air mereka sendiri. Pada tahun 1936, penduduk Yahudi telah meningkat kepada 384,000 atau hampir 30 peratus daripada penduduk Palestin. Hal ini telah menyebabkan penduduk Arab Palestin tersisih. Orang Arab tidak dibenarkan untuk terlibat secara langsung dalam soal-soal pentadbiran Palestin dan dihalang dari menganggotai kesatuan-kesatuan sekerja.
Golongan Zionis telah menyisihkan umat Arab dari tanah air mereka sendiri. Pihak Zionis yang memiliki institusi kewangan yang kukuh dan kuasa beli yang tinggi telah menebus tanah Arab dari pemilik-pemilik yang tidak menetap di sana. Agensi Yahudi kemudiannya bertindak mengeluarkan peladang Arab yang mengusahakan tanah tersebut dan menyerahkan geran-geran tanah kepada imigran Yahudi. Tekanan yang dihadapi oleh rakyat Palestin mencetuskan pertempuran antara Palestin dengan Israel pada tahun 1935,1937,1939,1946,1949, dan 1950.

Kesan perpindahan Yahudi Askhenazim berlaku Ketegangan hubungan Yahudi, Palestin dan penyelesaiannya.

Ketidakpuasan bangsa Arab telah menyebabkan banyak pemberontakan telah meletus sejak tahun 1929 sehingga Mogok umum diadakan di seluruh Palestin oleh bangsa Arab pada tahun 1936. Herbert Samuel, Pesuruhjaya Tinggi British telah melantik seorang tokoh agama, As-syeikh Amin Husaini al-Haj sebagai Mufti Besar Palestin. Syeikh Amin Husaini telah memperkuatkan kedudukan Majilis Tertinggi Syariah di Palestin bagi menghadapi konspirasi Zionis. Beliau berjaya mendapat sokongan padu dari umat Islam Palestin dengan menubuhkan satu rangkaian sosio-ekonomi yang berkesan bagi membela masyarakat Arab yang ditindas.

Beliau juga membangkitkan semangat jihad umat Islam Palestin dengan mendedahkan perancangan Yahudi untuk mengambil alih Masjidil Aqsa dan membina sebuah kuil di atasnya. Pendedahan ini telah mencetuskan satu rusuhan berdarah di Baitul Maqdis pada tahun 1929 yang dikenali dengan insiden peberontakan Tembok Tangisan. Syeikh Amin Husaini Al-Haj telah menjadikan isu pendudukan Yahudi sebagai isu yang menyentuh aqidah umah Islam. Buat kali pertama isu Palestin menjadi fokus negara-negara Arab dan umat Islam sejagat. Pada tahun 1934, beliau dilantik sebagai Datuk Bandar Baitul Maqdis.

Perpindahan Yahudi Askhenazim telah menyebabkan ketegangan hubungan antara mereka dengan rakyat Palestin. Keadaan ini dapat dilihat apabila menjelang akhir 1936, bilangan umat Islam yang menentang British secara bersenjata meningkat kepada 5,000 orang. Kerajaan British pula bertindak balas dengan membawa masuk tentera tambahan dari Mesir dan Malta dan membedil bandar Jaffa. Menjelang akhir tahun 1936, bilangan umat Islam yang terbunuh dan cedera meningkat kepada 1,000 orang.


Akhirnya Inggeris mengirimkan misi Peel ke Palestin, namun misi tersebut gagal menyelesaikan pemberontakkan tersebut. Inggeris telah mengadakan suatu persidangan meja bulat pada Februari 1939 antara pihak Yahudi dengan Arab palestin dan wakil-wakil dari negara-negara Arab merdeka seperti Mesir, Arab Saudi, Yaman, Irak, dan Jordan. Pada 13 Ogos 1945, Persidangan Zionis Internasional telah menuntut agar Inggeris memenuhi perjanjian untuk membawa masuk orang Yahudi ke Palestin untuk kepentingan pembangunan, stabilisasi, dan menuntut supaya Palestin dijadikan negara Yahudi. Terdorong oleh tekanan Amerika Syarikat dan terdesak dalam persengketan antara Arab dan Yahudi, serta keamanan Palestin yang semakin memburuk, akhirnya Inggeris menyerahkan masalah tersebut kepada PBB. Pada 14 Mei 1948, diumumkan lahirnya negara Israel yang beribu kota Tel Aviv dan Inggeris telah menarik balik mandatnya. Dengan ini peperangan terus meletus antara Arab dengan Israel. Selain itu, Perang Arab-Israel (1948-1949) telah mengecewakan bangsa Arab serta bertambah kecewa apabila negara Israel yang baru didirikan itu diiktiraf oleh Amerika Syarikat, Britain, Soviet Union, dan Perancis.

Kesimpulan.Yahudi Akhenazim dianggap sebagai anak luar nikah yahudi. Hal ini kerana kewujudan kelompok Askhenazim tidak diterima dan diiktiraf oleh kelompok Yahudi yang lain. Kelompok Askhenazim ini telah ditindas oleh masyarakat tempatan di Eropah sehingga memaksa mereka melarikan diri ke tempat yang selamat. Akhirnya mereka berpendapat Palestin adalah tempat yang sesuai untuk dijadikan negara baru bagi mereka walaupun pada hakikatnya ketika itu telah wujud penduduk di Palestin.

Pendudukan Yahudi di Palestin

Pendudukan haram yahudi sejak 1967 dan respon rakyat Palestin
penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya.

Reaksi Rakyat Palestin Terhadap Kemasukan Pendatang Haram Yahudi.
Pengeluaran dokumen white paper pada sekitar tahun 1930-an adalah salah satu indikator yang menunjukkan bahawa sejak dari awal lagi penduduk Palestin baik islam, kristian mahupun yahudi oriental tidak menyenangi kemasukan pendatang yahudi ashkenazi yang semakin hari menjadi semakin ramai. Kedatangan pendatang yahudi menurut mereka memberikan kekacauan dan masalah ekonomi serta sosial. Oleh kerana itu British atas desakan penduduk Arab Palestin telah membuat resolusi white paper bagi mengehadkan kemasukan pendatang yahudi ke tanah Palestin. Bgai penduduk Palestin, kemasukan pendatang yahudi yang semakin ramai dianggap akan mengancam identiti nasional mereka sebagai warga peribumi Palestin.
Oleh kerana white paper dianggap sebagai sebuah resolusi yang kurang berjaya, akibat daripada tiadanya penguatkuasaan yang ketat serta tekanan dari pihak luar kepada British supaya membuka pintu masuk Palestin kepada pendatang yahudi, penduduk Arab Palestin telah mengadakan rusuhan dan gerakan-gerakan keganasan bagi mengusir pendatang yahudi ini. Tindakan ini telah dibalas oleh pendatang yahudi yang bergerak dengan pertubuhan pengganas bawah tanah seperti haganah dan irhun and levi atau stern gang. Kejadian balas membalas serangan semakin berleluasa antara kedua belah pihak dan British tidak berbuat apa-apa bagi meleraikan kekacauan yang berlaku. Kemasukan secara haram pendatang yahudi yang diatur oleh Yishuve dan mossad juga meningkatkan lagi ketegangan diantara yahudi dan palestinian. Oleh keranan isu konflik ini tidak dapat diselesaikan oleh pihak British, maka British telah menyerahkan masalah ini kepada pertubuhan bangsa-bangsa bersatu yang baru sahaja ditubuhkan pada masa ini.

Bagi menyelesaikan isu perbalahan diantara warga Palestin dan pendatang yahudi, PBB telah mengeluarkan satu pelan iaitu Pelan Pembahagian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Palestin atau Resolusi 181. Resolusi ini merupakan pelan yang diambil daripada keputusan Perhimpunan Agung pada 29 November 1947. Keputusan tersebut membenarkan penubuhan dua negara, satu untuk orang Arab dan satu untuk Yahudi dan menyediakan rangka kerja untuk kesatuan ekonomi serantau. Perhimpunan Agung itu juga memutuskan bandar Baitulmaqdis hendaklah ditadbir oleh pentadbiran antArabangsa khas di bawah PBB. Satu jangka waktu peralihan di bawah kelolaan PBB bermula dengan pelaksanaan resolusi tersebut yang mahukan pengunduran beransur-ansur tentera British, penamatan Mandat British atas Palestin pada 1 Ogos 1948 dan kemerdekaan penuh dua negara tersebut pada 1 Oktober 1948.

Lelaki Idaman

LELAKI IDAMANKU UTK MENUJU KEBAHAGIAAN DI DUNIA N AKHIRAT

Lelaki idamanku adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disalut rasa takwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang2 yang berjuang dijalan Allah

Lelaki idamanku adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak pernah bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak pernah bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajkan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Lelaki idamanku adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga
Yang bakal menjaga kerukunan rumah tangga
Yang akan mendidik isteri dan anak2 mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idamanku tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki idamanku sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki idamanku adalah lelaki
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan Syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa ku bersama
Dialah lelaki idaman ku…..