Wednesday, September 30, 2009

BANGUN MENJADIKAN MIMPI SEBAGAI REALITI

Tidak semua dari kita dilahirkan dalam dulang emas. Dan tidak semua dari kita yang lahir terus mengecap kemewahan. Ada yang terbatas kehidupannya. Ada di antara kita yang lahir diceruk kampung, jauh dari kemudahan, jauh dari segala peralatan moden. Jadi, marilah sama- sama kita renungkan..

Tetapi, ketahuilah bahawa keterbatasan yang telah ditentukan untuk kita, seperti yang yang lahir di ceruk kampung, jauh dari kemudahan, jauh dari peralatan moden dan sebagainya. Ingatlah sesungguhnya semua itu tidak sesekali boleh menjadi penghalang untuk kita semua dari terus berusaha dan berusaha, dari terus maju, dan seharusnya kita semua mesti memperbaiki kehidupan dan diri kita untuk menjadi lebih baik dan terbaik.

Keterbatasan atau kemiskinan tidak sama sekali dapat membezakan akal dan kemampuan berfikir kita dari orang lain. Itu cumalah satu ujian kecil kepada kita. Maka, marilah kita semua terus bangkit dan bangun mencapai cita-cita kita kerana,

Setiap orang berhak bermimpi dan menjadikan mimpi sebagai satu realiti! termasuk lah diri ku sendiri..Kerana aku juga mempunyai mimpi dan impian yang ingin ku capai..

aku juga adalah insan yang lemah, hinggakan kadang- kala aku mengeluh dan sedih dalam kesempitan yang aku lalui ini...tetapi aku tetap bersyukur dalam kealpaan aku ni masih ada Allah untuk aku mengadu...sesungguhnya dengan mendekatkan diri kita kepada- NYA kita akan mendapat kekuatan dan akan lebih bersemangat untuk terus berusaha dan tak akan pernah mengeluh dan sedih dalam kesempitan yang kita hadapi. tetapi sebaliknya lebih bersemangat untuk meneroka hidup dan minda kita untuk terus menjadikan mimpi kita sebagai realiti..

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." [-Surah At-Taubah ayat 129-].

“Jika kamu mahu menjadi seorang yang mempunyai pandangan, jadilah seorang yang mempunyai pendirian. Sesungguhnya pandangan menjadi rosak, apabila kamu berbelah bagi”.

"tunjangkan resahmu di dada solat,himpunkan taubatmu di genggaman doa,tutupkan kecewamu dengan taqwa,nilaikan kesucian hati orang lain melalui cermin2 kesucian hatimu..". InsyALLAH hidup kita akan sentiasa di bawah lindungan-NYA dan hati akan menjadi lebih tenang...

"Dengan gemerlap dan bersinarnya hati, maka akan lahirlah kebaikan. Tetapi dengan gelapnya hati akan lahirlah kejahatan. Apabila manusia telah mengenali hatinya, maka dia akan mengenali dirinya, maka akan mengenal Tuhannya." ( Imam Al- Ghazali r.a.)

Igatan ni adalah untuk diri ku sendiri...sesungguhnya kadang- kala aku turut alpa dalam menilai pendirian ku...sesungguhnya ynag baik itu adalah dari ALLAH, dan yang kurang itu adalah dari kelemahan diri ku sendiri...

so..untuk semua rakan- rakan seperjuangan marilah kita semua bangun dan terus berusaha untuk menjadikan mimpi sebagai realiti, kerana hanya tinggal satu sem ja lagi untuk kita semua terus berjuang..moga Allah memberkati segala usaha kita ini...InsyAllah....aminnnnnnnn



SESUATU YANG TERJADI PASTI ADA HIKMAHNYA

Malam ni baru ja lepas buat presentation Asia Barat...macam dikatakan sesuai dengan tajuk mungkin semua yang terjadi ada hikmahnya..dan kita saja yang tidak tahu apa yang Allah rancang untuk hambanya.Dan ini tidak terkecuali untuk diri ku sebagai hambanya...Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya...ini adalah peringatan untuk diri aku semua sahabat- sahabat...

Biasa la org perempuan kan sensitif skit..so..bila ada orang mengata ke apa ke, jadi la moody skit...nak dijadikan cerita lepas aku buat presentation ni la tergerak hati nak menulis semua ini...
so..apa yang terjadi pasti ada hikmah..kan hidup manusia ni macam roda, kadang- kadang kita di atas dan kadang- kadang kita di bawah...setuju tak???...

ADA HIKMAH!

peganglah dan ingatlah ayat ini sampai bila2.........

aku sendiri selalu letak mindset PASTI SESUATU TERJADI ADA HIKMAH DAN AKU TAK TAW APA YANG TERSEMBUNYI!!!!! Tapi biasa la aku pun manusia biasa yang kadang- kadang terleka skit, itu semua atas diri sendiri untuk merubah sesuatu...

bagi aku mindset ni akan buat kita lebih brsyukur pada Allah...InsyAllah

fikirkan dan renung- renungkanlah...

apa rasional jika kita pegang ADA HIKMAH dalam setiap kejadian yang berlaku dalam hidup kita?

ingat la selalu........

bukankah Allah dah janji...

setiap musibah,kesedihan, bahkan duri yang buat kita luka itu merupakan 1 kifarah yakni pengampunan dosa... kifarah yang dimaksudkan kat sini bukan denda tau... hehhe jangan salah faham plak....

ADA HIKMAH!

Rasional?

sometime benda yg kite nak tp x dpt... mybe Allah nk bg yg lg baik drpd itu... ADA HIKMAH!

sometime nak nek bas tp ketinggalan bas.. mybe Allah nk selamatkn kite drpd accident atau H1N1.. ADA HIKMAH!!

Sometime kita xda duit nak makan.. mybe Allah nak tarbiyyah kita agar ingat org yang lagi susah apabila dah kaya.. ADA HIKMAH!

sometime kita buat dosa.... mybe Allah nak tunjukkan kita dosa dan pahala dpn mata... ADA HIKMAH...

sometime kita bgn lewat p keje... mybe Allah saja bg tidor mana nak tahu masa on d way kene langgar.. ADA HIKMAH...

sometime kita sedih sgt2... mybe ALLAH nak ampunkan dosa kita melalui sedi yg kita alami.. ADA HIKMAH...

sometime kita demam... mybe Allah nak ajar kita pasal 5 perkara sblm 5 perkara: sihat sebelum sakit, hidup sebelum mati, lapang sebelum sempit, kaya sebelum miskin, muda sebelum tua...so setiap perkara tu mesti... ADA HIKMAH....

sometime kita x kaya miskin.. mybe kaya kang buat maksiat lupa diri pulak... ADA HIKMAH...

sometime kita kene tipu.. mybe someday org tu kne tipu... ADA HIKMAH.....

sometime org sakitkan hati kita.. mybe ALLAH nak naikkan taraf kita di sisinya.. ADA HIKMAH...

ada hikmah?

anda fikir, saya fikir dan mari la kita sama- sama tentukan.....tepuk dada tanya lah iman...bukan tanya selera plak...hehhee

hikmah itu kdgkala terhijab di hadapan mata kita... kadangkala hijab hikmah itu trbuka luas di depan mata kita...

cara Allah tarbiyyah...

kdgkala tabiyyah Allah ada pada air mata kita...

kdgkala tarbiyyah Allah ada pada gelak tawa anda...

kdgkala tarbiyyah Allah ada pada sudut 360 darjah dari dalam diri kita sendiri...

so...sebagai kesimpulannya apa pun yang aku bentang malam ni dalam presentation tadi sampai kena kondem...so..mungkin ada hikmahnya...dengan ini aku boleh tahu mana letaknya kesalahan yang tak patut dilakukan dan kat mana lagi yang perlu ditambah untuk menjadikan esei aku lebih bagus, so dengan cara ini aku boleh mendapat markah yang baik....

so..nothing to say..just do the best...n chaiyok...2x !!!!!

Untuk Renungan Dan Motivasi Bersama

Bila Allah cepat makbulkan doamu, Maka Dia Ingin Menyayangimu,

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,

Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.


Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...

Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

Wednesday, September 16, 2009

Lebaran yang bakal menjelang...



Assalamualaikum wat semua sahabat yang mengenali diri ku....Salam Aidilfitri 1430 H...

Aidilfitri makin terasa bahangnya. jadi, tidak salah kita semua bersama- sama memeriahkan lagi Hari Raya yang akan bakal menjelma tak lagi...

Jadi sempena dengan raya yang makin hampir ini, aku nak mengucapkan Salam Lebaran buat my Beloved parents n family's dan semua kenalan yang mengenali diri ini terutamanya semua kawan2 satu cos n semua sahabat- sahabat yang ada di UKM dan mengenali diriku..Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua, dan bersabarlah menunggu detik 'kemenangan' kita semua di 1 Syawal nanti...Semoga ukhwah yang terjalin antara kita semua bertambah utuh dan diredhai-NYA...insyAllah...

So..sempena Hari Raya yang bakal menjelma nk mohon ampun dan maaf kat semua kenalan andainya...

- TERkasar bahasa
- TERsilap bicara
- TERmarah korang tak tentu pasal
- TERtanya benda yang bukan- bukan ke
- TERSASUL YANG TAK SENGAJA
- TERpukul kat mana- mana ke or tercubit ke
- TERpinjam harta benda ke
- TERmoody x semena- mena
- TERumpat bila- bila dan
- TERmacam- macam lagi la yang kena- mengena

semoga segala salah dan silap aku dimaafkan kerana korang la sahabat aku dunia dan akhirat...

Ucapan:

saya Nur ZAIMAH RAMLI menyusun jari memohon belas ihsan semua agar diampunkan segala dosa yang telah dilakukan, yang sedang dilakukan, dan yang akan dilakukan sama ada secara sengaja atau tak sengaja..Di sini saya mengharapkan keampunan dari kalian semua atas kekurangan diri ku yang serba kekurangan..
sesungguhnya memaafkan adalah satu sifat yang mulia....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN....