Tuesday, August 25, 2009

Kenali Peribadi Melalui tulisan..

Rahsia Melalui tulisan Dr. Mohd Fadzilah Kamsah...

Tekanan

1) tekanan Yang kuat
-seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya hingga berbekas di bahagian belakang kertas adalah digambarkan sebagai seorang yang sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif.

2) tekanan yang ringan
- seseorang yang menulis dengan lembut dan tidak berbekas digambarkan sebagai seorang yang kurang bertenaga, kurang sihat, dan mudah diserang penyakit.


Bentuk Tulisan


1) tulisan yang bulat- bulat
- semua huruf ditulis dengan bulat digambarkan sebg seorang yg emosional, prihatin, pengasih, penyayang, kepekaan tinggi dan banyak menggunakan otak sebelah kanan ( otak kreatif).

2) tulisan yang tajam atau leper
- tulisan yang angular dan sharp- gambaran sbg seorang yang rasional, bekerja dengan sistematik, pandai mengurus dan banyak menggunakan otak sebelah kiri ( otak logik)

Kecondongan

1)
tulisan condong ke kanan adalah seoarang yg extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dengan orang lain,peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah mempamerkan kasih sayang, berani dan bersifat pemurah.

2) condong ke kiri- seorang yang introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, x suka berubah, amat setia pada kekasih, keluarga, organisasi, dan negara tapi tak suka bercampur dengan orang.

3) tegak- seorang yang sistematik, mudah kawal diri, suka berkawan tapi tak mencari kawan sebaliknya kawan yang cari dia, tak suka gaduh- gaduh, suka ambil jalan tangah dan jadi orang tengah.

4) tulisan yang campur- campur ada tegak, condong ke kiri atau kanan- seorang yang emosi x tetap macam remaja yang belum cukup umur atau perangai macam orang perempuan yang datang bulan.

Kerapatan

1)
tulisan yang jarang- jarang- seorang yang tidak suka bercampur dengan orang lain, kurang mesra dan sedikit boros.

2) rapat- rapat- seorang yang suka bercampur dengan orang lain, amat bergantung kepada orang lain, seorang yang jimat dan kedekut.

pada huruf J, G, Y, Z

1)
jika huruf di atas ada ekor dan ditulis dengan besar, panjang dan sempurna
- menunjukkan tahap emosi yang di pamer adalah jelas, pengasih dan penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, suka mempamerkan tahap kerajinan.

2) bila ditulis dengan kecil dan tidak sempurna.
- menggambarkan seorang yang tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalm diri.

Pada palang huruf kecil (t)

-Kalau palang kecil huruf (t) tinggi- menunjukkan tahap aspirasinya tinggi.

-kalu rendah- mudah berpuas hati, cita- cita rendah.

-
tengah- tengah-= usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana.

Rumusanya...

Tulisan mencerminkan peribadi seseorang...kita mampu mengubah perangai kita jika kita berusaha untuk mengubah bentuk tulisan kita untuk mengubah peribadi dan personaliti, kita dengan sengaja,atau pun secara tak sengaja..supaya kita cemerlang dalam hidup di dunia dan akhirat...InsyAllah...segala yang baik itu datang dari Allah dan yang kurang itu adalah dari kelemahan kita sendiri sbg hambanya yang khilaf...

Jadikan yang tebal itu IMAN, yang nipis itu lidah, yang tajam itu AKAl, yang lembut itu HATI, Yang ringan itu sOLAT, Yang halus itu Suara, YAng Luas itu Ilmu, yang manis itu Senyuman...

Thursday, August 20, 2009

Yang Terbuku di Hati


بسم الله الرحمن الرحيم

di mulakan dengan lafaz Bismillah dan diakhiri dengan lafaz Alahamdulillah..begitulah sehari dalam hidup kita, moga2 diberkati oleh Allah....jadi kepada semua kawan2 seperjuangan yang dikasihi. dalam menghadapi ramadhan yang mulia ini marilah kita saling ingat mengingati, maaf segala kesalahan, dan buangkan segala apa yang terbuku di hati kita agar menjadi lebih tenang.

yang terbuku di hati, begitulah lumrah kita sebagai manusia dan insan biasa yang masih banyak kelemahan dan kekurangan yang perlu diperbaiki. ingatan ini termasuklah diri ku sendiri. kadang- kadang kita sebagai manusia biasa tidak menyedari akan kelamahan diri sendiri. Hanya sahabat yang baik akan menegur kelemahan kita, so..sbg manusia terima la segala teguran baik yang dilakukan oleh sahabat kita.Kerana sesungguhnya "seorang manusia itu harus cukup rendah hati untuk mengaku kesilapannya, cukup bijak mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup bijak untuk membetulkan kesilapannya."

seperti kata- kata hikmah yang dinyatakan oleh Hamka.."supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang...".
so..nak bagi taw kawan yang baik adalah dia akan menegur segala kesalahan kita untuk membentuk kearah kebaikan dan bukan bertujuan memuji dan mamalukan sahabat sendiri walaupun sedar sahabat tersebut melakukan sesuatu perkara yang tidak baik. syukur yang tidak terhingga sesungguhnya aku dikurniakan sahabat yang memahami diri ku ini,yang sudi menegur segala kesalahan dan khilaf aku selama ini. kerana kawan atau sahabat yang sejati ialah sahabat yang mencintai diri kita, meskipun telah mengenal diri kita yang sebenar- benarnya iaitu tentang kebaikan dan keburukkan diri kita. tepuk dada tanya lah iman..di mana tahap diri kita.

"apabila semua yang kita lakukan semata-mata kerana Allah kita akan temui ketenangan yang abadi..tiada kekecewaan, hanyalah redha dan sabar bila bersedih dan syukur bila gembira..."Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram". kerana sesungguhnya orang yang terlalu mengikut emosinya akan menyebabkan dirinya kehilangan adab.." Dengan gemerlap dan bersinarnya hati, maka akan lahirlah kebaikan. Tetapi dengan gelapnya hati akan lahirlah kejahatan. Apabila manusia telah mengenali hatinya, maka dia akan mengenali dirinya, maka akan mengenal Tuhannya."


sebelum kita sebagai manusia dan hamba-NYA ini yang banyak kekurangan. jadi, eloklah jika kita ingin memulakan suatu ucapan untuk menasihati sahabat dengan ucapan yang akan kita ungkapkan, eloklah terlebih dahulu kita menasihati seseorang itu dengan perbuatan yang kita lakukan untuk menasihati sahabat kita ke arah kebaikan. kerana kadang- kadang kata- kata yang diungkapkan sembarangan akan dapat mewujudkan perselisihan, kata- kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan, tetapi kata- kata yang diucapkan kena pada tempatnya dan penuh hemah akan meredakan ketegangan, manakala kata- kata cinta dan penuh dengan keindahan dapat menyembuh dan merawat hati yang sedang duka lara..

kerana dengan kata- katalah menyebabkan hubungan yang rapat menjadi renggang. ini disebabkan lidah yang panjangya 3 inci boleh membunuh diri manusia yang panjangnya 6 kaki. Lihat betapa hebatnya penangan "kata". tetapi sebaliknya pula dimana, kata- kata yang lembut bisa melembutkan hati seseorang yang keras seperti batu, manakala kata- kata yang kasar boleh mengasarkan hati yang lunak sperti sutera..Lihat betapa halus dan lembutnya perasaan manusia, hanya dengan kata- kata sahaja bisa membunuh, membuatkan seseorang itu berduka..

kadang- kadang kita sebagai manusia biasa sukar untuk memberi kemaafan bila hati telah terluka. tetapi pada hakikatnya, dengan memberi kemaafanlah dapat mengubat hati kita yang terluka.


untuk yang menjadi sahabat ku syukran ya-zillan / terima kasih atas teguran kalian selama ini..sesungguhnya dengan teguran kalian aku dapat memeperbaiki lagi segala kelemahan dan kekurangan ini ke aarah yang lebih baik..InsyAllah..Sahabat yang setia dan baik adalah pewangi yang mengharumkan, manakala sahabat sejati akan menjadi pendorong impian, sahabat yang berhati mulia akan membimbing kita ke arah kebaikan dan membawa kita ke jalan Allah.

di sini ku tinggalkan sebuah cerpen yang ku ambil dari laman web www.iluvislam.com..moga dgn cerita pisang dan hati ini menjadi iktibar buat kita semua...insyAllah..


Pisang dan hati….


Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup.
Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.













Meraikan Kedatangan Ramadhan




hanya tinggal beberapa hari ja lagi untuk menyambut ramadhan, alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana kita masih lagi diberi ruang dan peluang oleh Allah untuk bertemu lagi dengan ramadhan pada kali ini. - bulan pertarbiyahan dan penyucian jiwa bagi semua umat islam..merupakan satu bulan yang di nanti- natikan kemunculanya bagi setiap mukmin yang beriman...so, apa khabar dengan iman kita hari ini..renung- renungkanlah...
..

moga2 ramadhan yang hadir pada kali ini dapat memberikan kita peluang untuk merenung semula perjalanan hidup sebagai hamba Allah dan khalifah Allah di muka bumi ini - samada kita insan yang bersyukur dengan segala apa yang telah dikurniakan olehNYA atau menjadi seorang hamba Allah yang selalu lupa dan lalai kepada tuntutan dan tanggungjawab sbg seorang muslim..
..sesungguhnya lautan ibadah itu tersergam luas dan indah untuk diterokai.

bak kata syeikhul Islam, Imam Ibnu Taimiyah rahimahullah apabila mengulas makna ibadah:
“Setiap istilah yang menyeluruh, terkait setiap yang dicintai Allah dan diredhaiNya, baik bentuk ucapan, perbuatan, yang nyata atau yang tersembunyi...”

..Ambillah ruang yang masih ada dalam hidup kita ini untuk memperbaiki diri dengan amalan yang baik, konsep hidup yang lebih positif, memperkuatkan tekad, azam, semangat dan usaha agar segala aktiviti yang kita lakukan dalam kehidupan kita ini baik semasa menuntut ilmu, bekerja, bersosial atau seumpamanya tergolong dalam amal ibadah yang diredhai dan diberkati oleh Allah S.W.T..


Moga pertemuan dengan ramadhan pada kali ini akan membuka jalan ke arah keampunan dan keredhaan Allah.., menjadikan kita seorang hamba yang lebih tawaduk, membuka pintu kefahaman yang lebih dalam tentang erti kehambaan kepada Allah Yang Maha Esa.. ...marilah kita membina hati yang tenang dan hidup yang aman dengan iman dan taqwa.. :) Tepuk dada tanya la iman...

ISLAM IS THE WAY OF LIFE

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI


Melangkah itu adalah sesuatu yang mudah, namun untuk mencari arah itulah yang yang kekadang mengundang payah, mencari jalan itu adalah mudah, tetapi untuk kita menuju noktah itu pasti akan mendatangkan lelah dan payah untuk hadapi semua ini.



Menjaga istiqhamah itulah yang paling susah, payah dan lelah, namun ingatlah kita bahawa DIA amat memahami segala- gala tentang hambanya, DIA tidak meminta manusia untuk menjadi yang terbaik, Tetapi kita sebagai hambanya perlulah berusaha untuk melakukan yang terbaik. Sentiasa meletakkan sandaran dan keyakinan yang penuh kepada-NYA.



Jadi, nescaya Alllah akan mencukupkan dan melaksanakan sesuatu urusan yang dikehendaki-NYA. Agar apa yang terbaik menjadi milik manusia, moga perjalanan kita sentiasa di dan kerdhaan Allah s.w.t. AMINN..



BINGKISAN DOA KU


Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada-Mu

Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta dunia.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku
merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.



IMPIANKU….DAN HARAPAN KU…..

Impianku ialah menjadi orang yang beriman
Disaluti rasa gerun dan takwa kepada Allah
Jiwaku penuh penghayatan dan keyakinan terhadap ISLAM
Solatku lambang maruah diriku
Ilmu sentiasa diburu, disebar dan diimarah
Sentiasa lapar dan dahaga akan pahala
Sentiasa bersama mujahid yang berjuang fisabilillah
Tidak takut berkata benar
Tidak pernah gentar melawan nafsu

Impianku ialah menjadi orang yang menjaga tutur
katanya
Tidak bermegah dengan ilmu di dada
Tidak menyombong dengan harta dunia yang dianugerahkan
Sentiasa berbuat kebajikan kerana mengejar sifat
pemurah
Mempunyai ramai sahabat yang sentiasa bertambah

Impianku ialah menjadi orang yang menghormati ibu dan
ayah
Sentiasa berbakti kepada keluarga dan masyarakat
Memimpin dan menjaga kerukunan rumahtangga
Mendidik dan menyerapkan peradaban islam ke dalam jiwa
Isteri tercinta dan anak-anak tersayang
Hidupku penuh kesederhanaan
Kerana dunia bagiku ialah rumah sementara dalam menuju
akhirat hakiki

Impianku ialah menjadi orang yang sentiasa bersedia
menjadi imam
Hidup dibawah naungan Al-Quran dan As-Sunnah
Rasulullah s.a.w
Mudah diajak berbincang dan berbicara
Sentiasa menundukkan pandangan
Sujudku membuahkan rasa hina diri sebagai hamba
Tulus ikhlas mengharapkan rahmat Allah

Impianku ialah peka dan optimis akan masa yang
sentiasa mencemburui
Mataku layu kerana rakus menelaah
Suaraku lesu kerana keletihan mengaji dan berzikir
Tidurku lena bertemankan cahaya keimanan
Bangunku subuh ibarat sang harimau kelaparan
Buah tahajjud dan air mata tangisan menjadi hidangan
Kerana usiaku lanjut meniti kematangan

Impianku ialah peringatan mati sebagai teman sejati
Kerana bagiku alam dunia adalah ladang akhirat
Panorama kehidupan perlu dibaja dan disemai

Bingkisan Doa.


Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…


Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…



Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran…

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….


Amin.. Ya Rabbal A’lamin

Wednesday, August 19, 2009

SELAMAT Datang Ramadhan.....




“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (QS. Al Baqarah [2] : 183)

kepada suma sahabt2 yang dikasihi selamat menyambut ramadhan yang akan tiba, moga kita semua mendapat syafaat dan keberkatan di bulan yang mulia ini....salam Ramadhan buat semua jika ada salah dan silap maaf di pinta...

Tuesday, August 18, 2009

Bila kesunyian Melanda…

Wah napa ni tetiba je keluar idea nk tulis bila kesunyian melanda. Mungkin kesunyian ini pernah melanda diri ku n sesiapa ja. Dan mungkin juga kita semua pernah merasakan kesunyian yang pernah melanda sanubari kita. Kesunyian yang dimaksudkan di sini ialah perasaan yg hening senyap, suasana senyap sunyi dan masing- masing membisu. Tetapi terpulang pada diri individu itu sendiri untuk mentafsirkan tajuk di atas yakni ” Bila Kesunyian Melanda”.



Apabila hal ini terjadi, kita semua termasukla diri aku sendiri akan merasa amat hampa, sedih, jadi tak tentu hala, kemudian kita pasti merasa diri kita ini amat hampa, ada sesuatu yang seakan hilang tapi kita x tau kemana sesuatu itu menghilang entah ke mana.

Hati kita pasti akan terasa macam terseksa hingga tidur kita sentiasa terganggu. Bila hal ini terjadi semasa kita merasa tak ada seorang pun yang dapat memahami kita, sehingga kita merasakan diri keseorangan kerana tidak ada tempat untuk berkongsi cerita duka dan derita dan berkongsi rasa. Sehingga ada ja hati kecil berbisik bahawa hidup kita akan merasa hidup ini makin tersiksa hingga ianya tak da pape makna lagi.

Bila itu la yang kita rasakan, mungkin diri kita ini sedikit alpa dan leka atau mungkin kita lalai. Kemudian barulah kita sedar dari mimpi yang lama, kemudian termanggu- manggu dalam kesunyian, pada hal di saat kita merasa semua kesunyian itu, sebenarnya Allah ada bersama kita.



Dia la Yang Maha Esa selalu memantau dan menemani dengan kasih sayang yang begitu mendalam. Dia la Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang yang selalu dan sentiasa menemani tidur kita yang sepi dan sentiasa melindungi diri kita yang lemah ini. Namun, adakah diri kita sedar dari tidur yang lena, bahawa hal ini hanya akan trjadi bila diri kita ini benar-benar mahu meyakini bahawa Allah itu benar dengan kewujudanNYA dan adakah namaNYa sudah benar2 tersemat dan termateri di hati kita. Atau dengan kata lainya , kita mahu beriman dan mencintai- NYA dgn sepenuh jiwa.



Pernah tak kita sedari akan hal ini???. Dimana Allah telah memberikan sebegitu banyak nikmat dan anugerah yang tak terhitung banyaknya, maka nikmat mana lagi yang nak kita dustakan.

Sesungguhnya Allah telah memebuatkan hati yang muram menjadi tenang, yang suram bercahaya dan yang kerdil menjadi raksasa. Jadi, bila kesunyian melanda, hati dan fikiran kita janganlah dibiarkan terus suram dalam kesedihan, kerna boleh jadi Allah ingin menganugerahkan rasa sepi dalam hati kita hanyalah untuk menguji sedalam mana cinta kita kepada- Nya. Sehinggakan dengan sepi dan kesunyian yang hadir dalam diri kita mampu untuk lebih khusyuk untuk mendekati- Nya.


kesunyian yang melanda ini bukanlah disebabkan masalah tetapi adalah disebabkan bila diri aku dan mungkin juga kalian yang terlalu leka dan lalai selama ini hingga terlalu jauh dgn pencipta-Nya..

sedarlah bahawa dari Dia kita datang dan dari Dia kita kembali.walau apu jua yang kita kejar ingatlah tanpa keredhaan dari-Nya siapa la diri kita ini...Wallahualam...


"kadang- kadang Allah Sembunyikan Matahari, didatangkan petir dan kilat, kita menagis dan tertanya- tanya kemana hilangnya sinar, Rupa- rupanya Allah nak mengahdiahkan kita pelangi yang indah."



Monday, August 17, 2009

MUHASABAH CINTA

Wahai ....pemilik nyawaku...

betapa lemah diriku ini...

berat ujian dari MU...

Ku pasrah semua.. Pada MU...

Tuhan...Baruku sedar...

indah, nikmat sehari itu..

tak pandai aku bersyukur...

kini aku harapkan cinta MU...

Kata- kata cinta terucap indah..

mengalir berzikir di kidung doaku...

sakit yang ku rasa biar...

jadi penawar dosaku...

Butir- butir cinta air mataku..

teringat semua yang kau beri untukku...

Ampuni khilaf dan salah....

selama ini ya Ilahi...Muhasabah cintaku...

Hari Ini Dalam Sejarah

Huhuhuu..memeng teruk den kena tadi selepas membuat presentation. menurut pensyarah to be a good Historian don't to emotional with your research..

mendengar kata- katanya bedebuk sebiji kena betul2 kat kepala aku..di sini nak maklumkan bukan rasa sedih atau kecewa pun.tp just nak bg taw bahawa presentation yg aku wat memang betul2 lawak.sampai di gelar sebagai kumpulan yang terlalu emosi..pada hal this is not our mistake..dah buku rujukan yang kai guna tu menggunakan ayat2 yang terlalu emosi..so aku just rujuk buku tu..tp yg silapnya den lupo nak letak pernyataan tu dari sape...hahhaa tu yg dah kena sebiji padan muka..dah taw belajar sejarah n dalam menghasilkan penulisan sejarah mestilah bersikap objektif dan tidak boleh berat sebelah atau bias terhadap mana2 pihak..

Ala aku x kisah pun..pape hal belajar dari kesilapan itu pengajaran buat aku n the group. Apa yang penting adalah kerjasama dari kami sekumpulan kerana perbentangan kami di terima cuma ada ayat2 yg perlu di betulkan dan mesti di nyatakan ayat2 biadap tersebut dinyatakan oleh siapa...

so..hari ini dalam sejarah..memang aku malu pun ada bila kena tegur macam tu coz aku digelar terlalu emosi..Tp hakikatnya tak bolh salahkan aku coz penulis asal yg menyatakan perkara sedemikian aku hanya pelajar merujuk buku tersebut...so.. ini adalah kesilapan yang x boleh dilakukan oleh seorang ahli sejarah. Kerana bagi penulisan sejarah mestilah bersifat objektif..

so..bg memmber cos sejarah ingat jgn terlalu emosi atau bersikap bias dlm melakukan sesuatu kenyataan, kerana sesuatu kenyataan atau penulisan sejarah mestilah berdasarkan fakta yang kukuh dan boleh dipercayai sumbernya...

pape pun good job utk aku n the group coz presentation kami diterima dan boleh dijadikan nota utk exam ni..so dalam sedih ada gumbiranya juga. Padahal xda hal pun cuma perlu dibetulkan sikit ja lg ayat2 yang kureng sesuai gitu..hahhhaaa...

SEJARAH DAN KEHIDUPAN...

"SEJARAH DAN KEHIDUPAN" ni la tajuk blog aku ntah napa pala otak aku tetiba je nak letak tajuk blog cam tu...tetiba je lahir idea ni...myb disebabkan aku adalah ssalah seorang student sejarah kat sini...

setiap permulaan tamadun ada sejarahnya... so, begitu juga dengan setiap kehidupan sesebuah tamadun atau negara dan kehidupan manusia itu bermula dari sejarah...bak kata raja lawak Nabil."Lu pikir la sendiri"...

contohnya mengenai tugasan yg baru saja siap dibentangkan pada jam 11 pg...tajuk tugasa tersebut adalah tentang Hubungan Luar Malaysia- Singapura Serta Jalinan antara kedua- dua hub. tersebut.

ini la tajuk tugasan yang di beri. so, kami bertiga diminta untuk menghuraikan bentuk tradisi atau hub. tradisi yg telah terjalin lagi antara Malaysia - Singapura. kemudian kami juga diminta menyatakan sebab2 mengapa Singapura masuk Malaysia n kenapa berlaku pemisahan setelah 2 tahun bergabung dgn Malaysia. dan akhir sekali kami diminta menyatakan isu- isu yang melibatkan malaysia - Singapura yg sudah selesai dan masih juga x selesai sampai la sekrang..

HUbungan TRADISI MALAYSIA - SINGAPURA
Slide 3
§
Singapura asalnya adalah sebahagian daripada tanah jajahan kerajaan Melayu Johor Riau Lingga.
§Nama asalnya ialah Temasik yg merupakan sebuah perkampungan Nelayan
§Berdasarkan Sejarah Melayu, Temasik telah dibuka oleh Sang Nila Utama pada tahun 1299.
§Sultan Iskandar Syah atau dikenali sebagai parameswara yg merupakan pengasas Kesultanan Melayu Melaka, pernah menjadi pemerintah di Temasik selama lebih kurang 5 thun.
Slide 4
Pada abad ke-19 Temasik berada di bwh pemerintahan Temenggung Abdul Rahman. Setelah itu Temasik dimiliki oleh Inggeris dan dinamakan Singapura.
Namun Belanda juga mendakwa Singapura milik mereka.

Akhirnya termeterai perjanjian Inggeris -Belanda pada tahun 1824.
Setelah menjadi hak Inggeris sepenuhnya , Singapura telah digabungkan dgn Melaka serta Pulau Pinang pada tahun 1826 dan dinamakan Negeri-negeri Selat.
Di bawah British, Singapura telah membangun dari sebuah perkampungan nelayan menjadi pusat perdagangan serantau.

§
Slide 4
Pada abad ke-19 Temasik berada di bwh pemerintahan Temenggung Abdul Rahman. Setelah itu Temasik dimiliki oleh Inggeris dan dinamakan Singapura.
Namun Belanda juga mendakwa Singapura milik mereka. Akhirnya termeterai perjanjian Inggeris -Belanda pada tahun 1824.
Setelah menjadi hak Inggeris sepenuhnya , Singapura telah digabungkan dgn Melaka serta Pulau Pinang pada tahun 1826 dan dinamakan Negeri-negeri Selat.
Di bawah British, Singapura telah membangun dari sebuah perkampungan nelayan menjadi pusat perdagangan serantau.

Slide 13
Penubuhan GM –telah mengundang byk reaksi negatif
Antara yang membantah ialah-Barisan Sosialis dan Parti Sekerja-bertentangan dgn reaksi rakyat yg mahukan kemerdekaan penuh bg Singapura.
Persatuan2 di Sabah dan Sarawak-menggap penubuhan GM –neokolonialisme-
Pemebrontakan juga tercetus juga di Brunei-
Punca Konfrontasi dari Indonesia
Di pihak TM-parti PAS menentang-Zulkiflee Muhammad ( wakil PAS menyal kewajaran Singapura mnyertai Malaysia)-dapat ditangani
Akhirnya pada 16 September 1963 Malaysia telah diisytiharkan secara rasmi( TM, Singapura, Sabah dan Sarawak)

Slide 14
Sepanjang penyertaan Singapura ke Malaysia- timbul pelbagai masalah terutamanya dlm politik. Kejujuran Tunku ternyata tidak dihargai oleh Lee-mengambil kesempatan.
Buktinya- Lee telah menggunakan cogan kata “ Malaysian Malaysia” utk meraih sokongan bukan Melayu.
Perbuatan Lee ini membawa kepada perpisahan Singapura dari Malaysia pada 9 Ogos 1965.

sebab2 pemisahan Singapura dari Malaysia adalah disebabkan:
1) masalah pertikaian politik antara semenanjung dan Singapura.
2) masalah sosial atau perkauman.
3) masalah peribadi dan ekonomi.

kesan daripada pemisahan:

Slide 22
Pemisahan Singapura tlh menimbulkan bbrapa masalah bg Malaysia baik di dlm negeri mahupun di luar negeri.
Berlaku rusuhan perkauman di Singapura sblm perpisahan dgn Malaysia. Berlaku 2 kali iaitu pd Julai & September 1964.akibat drpd penubuhan ‘Malaysian Malaysia’- bertujuan melwn UMNO & org2 melayu.
Kesanya- org Eropah berpendapat bahwa org2 melayu tlh menguasai kerajaan pusat & tidak berlaku adil kpd bangsa2 lain- menimbulkan rasa tdak puas hati Tengku & org melayu
Akibat drpd pemisahan ini Malaysia kehilangan sebuah drpd pelabuhan yg terbesar sekali di seluruh dunia & satu2nya unit yg paling dinamis, maju & memiliki industri yg besar di Asia Tenggara.
Akibatnya- org melayu Sgapura kemudiannya merasa kesal krn sebaik saja berpisah dgn Malaysia. Bbrpa faedah politik yg dinikmati olh mrk tlh ditarik balik & trpaksa menyesuaikan dgn keadaan baru ini. Bila org melayu tertarik dgn keuntungan yg dijanjikan kerajaan Petir.

Kemudian dilihat kepada faktor berlakunya Konflik antara Malaysia- Singapura:

1) Hubungan Sejarah- melibatkan isu pulau batu Putih @ Pedra Branca dan Tanjong Pagar.
2) Ekonomi- melibatkan penambakan laut dan perdagangan Malaysia.
3) Keselamatan- MELIBATKAN pembelian peralatan kelengkapan perang yang canggih.

Slide 3
Slide 14